Dah lama rasanya tak update blog ni... Minta maaf sangat-sangat kepada kawan-kawan follower yang ternanti =nanti entri baru dari cik Ikhyar.. Kesibukan sebagai seorang pelajar membataskan cik Ikhyar untuk meluangkan masa untuk membuat catatan di sini. Sebagai hamba yang lemah, ini sebenarnya satu alasan saja, padahal di mana ada kemahuan , di situ ada jalannya. Semua atas diri kita, nak ke tak nak..
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, cik Ikhyar nak kongsi sati video yang Insyaallah dapat membantu memberikan ketenangan kepada kita dalam apa-apa hal pun. CiK Ikhyar baru-baru ni ja dapat tahu masa melawat blog irine nedia tu, Masa dengar zikir terapi ni, Masyaallah, mengalir air mata cik Ikhyar..
Bulan Ramadhan ni adalah Ramadhan yang paling sibuk bagi cik Ikhyar, sibuk dengan jualan kuih raya cik Ikhyar yang sedap lagi maeveles tu, dengan preparation untuk hari bahagia cik Ikhyar lagi.. Aha, lepas ni cik Ikhyar kena tukar 'cik' jadi 'puan' dah.. Alhamdulillah, terbuka pintu hati bakal suami cik ikhyar untuk melamar cik Ikhyar, dulu masa musim kawan-kawan sekolah melangsungkan perkahwinan, cik Ikhyar agak tertekan dan hari-hari tanya bakal suami cik ikhyar kita bila pula. sapa yang tak tertekan kan bila satu per satu kawan-kawan mendirikan rumah tangga. Agak stress juga cik ikhyar masa tu. Sampai cik ikhyar sendiri dah give up untuk tanya dia dan biar masa ja yang menentukan.. Lepas daripada tu cik ikhyar langsung tak bangkitkan pasal nikah kawin ni sampai la dia bg sms plan dia untuk kami berdua. ALhamdulillah...
Untuk kawan-kawan yang belum bertemu jodoh/belum sampai jodoh, insyaallah tuhan dah aturkan segalanya buat kita, dan aturan Allah itu maha sempurna dan indah.. belajar berfikiran positif, jangan terlalu memikirkan hal tersebut, dan yakin bahawa jodoh yg terbaik menanti anda di luar sana.. Buat kawan-kawan yang dah atau bakal melangsungkan perkahwinan pula, termasuk diri cik ikhyar sendiri, hormatilah perasaan kawan-kawan kita.. anda tahu bagaimana..
Moga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH...