09 Oktober 2012

RESEPSI @ GURUN

Assalamualaikum..

On that day (23 Ogos 2012), alhamdulillah semua berjalan seperti yang diaturkan.. perancangan ALLAH lebih indah berbanding perancangan manusia. Walaupun pada mulanya pihak katering lambat buat dekorasi khemah dan meja pengantin, tapi nasib baik sempat siap jugak. Bayangkan aku dah balik daripada butik pengantin, diorg baru siap pasang backdrop meja makan.. aku pesan kat abah suruh ingatkan katering pengantin lelaki mungkin tiba dalam kul 12.. Alhandulillah sempat juga makcik-makcik tu siapkan.

Perasaan aku pada hari resepsi ni sangatlah indah. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku tak boleh berenti senyum kot. haha. Dari pagi sampai ke petang senyum ja. Feeling-feeling model gitew..ahakz! Yang syoknya kawan-kawan tak putus-putus datang. ALHAMDULILLAH... Niat aku nak jumpa kawan-kawan aku balik tercapai juga. Bayangkan kawan sepermainan aku ,Shiela ( bukan shiela nasir ye ) dan Adeqna yang sama2 dok gila nyanyi lagu MAWARKU zaman dulu-dulu tu datang kenduri aku. Kami dah terpisah hampir 15 tahun,walaupun umah dekat2 ja.. Zumizah pula keja dgn laki aku masa kat PETRONAS Gurun dulu tapi hari kenduri baru dia tau si buyung tu boifren aku (time tu boifren lg). Ni geng-geng tangkap ikan kat sungai, panjat pokok getah, men guli..ha ni la dia..

.Kawan-kawan SBG-14 pun Farhana dengan Masna ja takdak. Hat len ada. Terima kasihlah tolong 'menghingaqkan' suasana umah aku. Jeles tau i tak dapat join gossip..huhu. Oh lupa, mak abah, again thank you so much,my siblings n my mak sedara n also kazen tq so much banyak tolong aku on that day.. Tanpa anda siapalah saya. Jom layan gambaq oleh encik OP, Nasir Zin.  








my HERO dah sampai ^__^

ok HEROIN tengah semangat p kat HERO ^__^






Abqari is so adorable!


ni baru separuh, separuh lagi belum sampai

puas hati sangat2 dengan kek ni

tQ for coming geng.. munet,ziana belum sampai lg..

tQ family.. saranghae


kazen2

mak sedara kena dera posing manja


Tambah kapsyen

TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG HADIR. MOHON MAAF ANDAI ADA KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG. DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMI SELAMANYA.


next entry: Bertandang... stay tune!

08 Oktober 2012

REVIEW KAWEN 1 #AKAD NIKAH#

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini genap 47 hari bergelar isteri kepada Fakhri Akmal Bin Che Rosslim.. Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan dan perkahwinan yang telah berlangsung pada 22 dan 23 Ogos 2012 yang lepas.  Terima Kasih kepada semua yang terlibat, mak abah, abang,kak ina, ummi,nanim ipah n acet, kepada maksu lina dan paksu mie  serta makteh dan akmar yang sudi bermalam di teratak buruk kami untuk membantu urusan kenduri.. dan saudara mara yang lain yang sudi hadir ke majlis perkahwinan saya tempoh hari.

Kepada mama dan abah dan seluruh keluarga mertua yang sudi menerima saya sebagai menantu.. Sahabat yang sentiasa berada di sisi saya masa akad dan sanding, Shiela dan Diyana,thank you so much! Budi anda tidak akan saya lupakan.. Dah lama sebenarnya nak buat ucapan macam ni, tapi tak berkesempatan..huhu. Hari ni kena buat jugak..

Majlis akad nikah berlangsung pada 22 Ogos 2012 selepas solat Isyak. Abah yang request nak buat malam, mulanya kitorang bincang buat pagi kenduri tu ja sebab senang sekali harung ja, tapi abah takut kelam kabut pagi tu, so kita buat malam. Mama n abah mertua pulak jenis tak kisah..kira ok ja la..

Siang akad nikah tu dok rilek2 lagi.. Kalut buat itu buat ini, tgk2 dah nak maghrib rupanya. Kelam kabut mandi dan bersiap-siap.Nak pulak untuk akad nikah aku just sewa baju ja kat butik,konon nak try mekap sendiri, menggelupur jugak la aku calit mekap kat muka, nasib baik akak iparku dan kazenku sudi membantu jadi pengkritik dan pengkomen.. Cerita banyak tak guna, layankan gambaq ja la....

i'm happy ^__^

masa ni kepala pikirin macam2

Alhamdulillah,selamat bergelar isteri kepada Fakhri Akmal dengan sekali lafaz

lega doh..

ini bunga karya kreatif my sister ummi

bunga ini kurangkan gemuruh saya,terima kasih

after 8 years he's waiting for me, finally i'm yours. thanks dear!

thank you so much mak n abah. jasamu kukenang hingga akhir hayat

dee's family 

"tangan ke dada, mata ke atas"

Hubby & Wifey