Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini genap 47 hari bergelar isteri kepada Fakhri Akmal Bin Che Rosslim.. Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan dan perkahwinan yang telah berlangsung pada 22 dan 23 Ogos 2012 yang lepas. Terima Kasih kepada semua yang terlibat, mak abah, abang,kak ina, ummi,nanim ipah n acet, kepada maksu lina dan paksu mie serta makteh dan akmar yang sudi bermalam di teratak buruk kami untuk membantu urusan kenduri.. dan saudara mara yang lain yang sudi hadir ke majlis perkahwinan saya tempoh hari.
Kepada mama dan abah dan seluruh keluarga mertua yang sudi menerima saya sebagai menantu.. Sahabat yang sentiasa berada di sisi saya masa akad dan sanding, Shiela dan Diyana,thank you so much! Budi anda tidak akan saya lupakan.. Dah lama sebenarnya nak buat ucapan macam ni, tapi tak berkesempatan..huhu. Hari ni kena buat jugak..
Majlis akad nikah berlangsung pada 22 Ogos 2012 selepas solat Isyak. Abah yang request nak buat malam, mulanya kitorang bincang buat pagi kenduri tu ja sebab senang sekali harung ja, tapi abah takut kelam kabut pagi tu, so kita buat malam. Mama n abah mertua pulak jenis tak kisah..kira ok ja la..
Siang akad nikah tu dok rilek2 lagi.. Kalut buat itu buat ini, tgk2 dah nak maghrib rupanya. Kelam kabut mandi dan bersiap-siap.Nak pulak untuk akad nikah aku just sewa baju ja kat butik,konon nak try mekap sendiri, menggelupur jugak la aku calit mekap kat muka, nasib baik akak iparku dan kazenku sudi membantu jadi pengkritik dan pengkomen.. Cerita banyak tak guna, layankan gambaq ja la....
|
i'm happy ^__^ |
|
masa ni kepala pikirin macam2 |
|
Alhamdulillah,selamat bergelar isteri kepada Fakhri Akmal dengan sekali lafaz |
|
lega doh.. |
|
ini bunga karya kreatif my sister ummi |
|
bunga ini kurangkan gemuruh saya,terima kasih |
|
after 8 years he's waiting for me, finally i'm yours. thanks dear! |
|
thank you so much mak n abah. jasamu kukenang hingga akhir hayat |
|
dee's family |
|
"tangan ke dada, mata ke atas" |
|
Hubby & Wifey |
1 ulasan:
alhamdulillah....deq2 antara yg sgt gembira bila qeat dh selamat diijabkabulkan...maka selamat sudah lagi sorang kawan deq2....
deq2 doakan moga semua sahabat deq2 terus dilimpahi rahmat kekayaan,kejayaan,kesihatan,kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat...
selamat menjalani alam rumah tangga...ingat utk sentiasa bersangka baik dan positif walau apa pun ujian yg datang...setiap masalah atau persoalan pasti ada jawapannya...semuanya datang dari Allah....
Cepat2 dapatkan baby ye....:-)
Catat Ulasan