Wah! wah! tajuk entri tak boleh blah :)
Sebab buat entri ni adalah petang tadi tetiba teringat dekat arwah tok yang baru meninggal tahun lepas ( Allahyarhamah Fatimah binti Putih). Arwah meninggal disebabkan kanser.. Tapi bukan kanser payudara,pasal ni nanti aku buat entri lain ok...wait for me. :)
Semua orang ada payudara.Baik lelaki mahupun perempuan. Eh lelaki ko jgn tak baca entri ni sebabnya sekarang lelaki pun ada payudara dan berisiko untuk dapat kanser payudara sama macam perempuan tau..
Kanser payudara tergolong antara penyakit yang digeruni oleh wanita. Padahal kalau kita tahu gejala kanser ini sejak remaja lagi,peluangnya untuk berkembang menjadi kanser jauh lebih rendah daripada wanita yang lebih tua. Sebab tu la kita kena jaga kesihatan dari usia muda...
ada beberapa tips yang boleh dikongsi dalam usaha menjaga payudara anda ialah :
1) Maintain berat badan ideal.
Kalau berat kita maintain dan ideal,mesti penyakit-penyakit tak datang kan? Tapi kalau berat kita berlebihan,kita akan rasa cepat penat, badan lemah dan macam-macam lagi. Bila badan lemah,kanser akan mudah menyerang dan badan tidak mampu melawannya .. Kalau kita rasa kita dalam kategori obes,baik cepat-cepat berusaha turunkan berat badan (merujuk kepada diri sendiri) untuk mengelakkan kehadiran penyakit.
2) Senanam..ok!
Please please please la bersenam. Bersenam dapat meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh kita serta menurunkan kadar estrogen dan insulin. Memang susah kita nak start bersenam kan,tapi bila kita dah start bersenam ianya akan menjadi lebih mudah. Bersenam selama 30-45minit 3 hari seminggu pun dah cukup..
3) Jauhi alkohol
Dalamapa cara sekalipun,jangan sesekali mengambil alkohol. Alkohol sebenarnya meningkatkan risiko kita mendapat kanser payudara sebanyak 2 kali ganda!.Gantikan dengan mengambil buah anggur yang segar kerana Resveratrol,bahan yang apa pada kulit anggur dapat mengurangi kadar estrogen sekaligus mengurangkan risiko pengembangan kanser payudara.
4) Makan brokoli mentah.
Ha lepas ni habis la brokoli kat pasar tu kita p borong...hehe. Semua sayur pun ada manfaatnya. termasuk la si brokoli ni.. Sayuran jenis ini mampu memberi perlindungan ekstra pada payudara contohnya brokoli dan kale (sejenis kol hijau). Sayuran ini mengandung sulforaphane, yang boleh membantu mencegah pembelahan sel-sel kanser. Agar efeknya dalam melawan kanser bertambah kuat, makanlah dalam keadaan mentah. :)
5) Check keturunan anda
Wanita yang pernah mengidap kanser payudara memang tidak secara automatik akan "mewariskan" penyakit ini pada anak-anak perempuannya. Tetapi, "Dari sekitar 15% kes kanser payudara, ada riwayat keluarga yang terkena penyakit tersebut," kata Freeman. Jika anda memiliki seorang anggota keluarga tingkat pertama (maksudnya atas pada kita,mak/makcik/lain-lain) yang pernah mengidap kanser payudara, risiko anda memang tinggi. Jika ada dua anggota keluarga yang terkena, risiko anda meningkat lima kali ganda.
6. Pilih coli/bra yang betul
Ha yang ni penting sebabnya kita pakai benda alah ni sampai dewasa kan?? So kena pandai pilih coli yang bersesuaian dengan kita. Macam ni ye nak tentukan saiz coli kita :
BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-
Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jka anda mndpt nombor genap, tmbah 4 inci.Jka anda mndpat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sbg contoh:
Jka ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"
Langkah 2
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jka nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.
Bagaimana menentukan saiz cup anda:-
1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E
7) Pemeriksaan berkala
Kalau rasa ada tanda-tanda kanser payudara kat diri kita,cepat-cepat pergi hospital untuk buat pemeriksaan. Takpun kita boleh buat sendiri pemeriksaan payudara di rumah.
Mulalah daripada sekarang. Jaga kesihatan anda,jauhi gaya hidup yang tidak sihat :)
2 ulasan:
macam menarik je.tapi takot pon ade..hehe
>gigiAriEma : jangan takut dear,ingatan untuk kita semua :)
Catat Ulasan