Assalamualaikum semua...
How are you today? HEBAT?? Bagus2..hehe.
Selepas abes je sambutan Hari Guru di sekolah, aku dengan mak terus bergegas pulang ke rumah untuk amik adik pompuan aku dan terus memecut dengan berhati-hati ke Daerah Yan, Daerah Pelancongan.. Destinasi yang dituju adalah Salak Denai Chalet. Pernah dengar tak Salak Denai Chalet? Terletak kira-kira 10 minit sahaja dari Pekan Yan, lokasinya jalan ke Titi Hayun, ada simpang ke Sungai Batu Hampar, ha ikut jalan tu sahaja..
First time datang ke Salak Denai ni, aku dah jatuh cinta. Masa tu ada reunion batch 1998-2002 ex-student SMKAY. Tahun 2008 tak silap aku.. Lepas daripada tu, asyik dok teringat ja kat Salak Denai ni, tapi tak berkesempatan nak pergi. Minggu lepas, aku bertekad jugak call manager dia, Dayah Yusof untuk tanya hari apa yang boleh booking lagi. Alhamdulillah, Dayah kata ada kosong, 16 Mei 2011 start 11.00am-6.00pm. So taknak fikir panjang terus confirm.
Chalet dia sangat best. Setiap chalet ada kolam renang dan tempat memasak+bbq sendiri. Dan kawasannya adalah sangat privasi. Maksudnya, kalau wanita/perempuan Islam yang perlu menjaga aurat dia bila mandi, kat sini bebas. Sebabnya kolam tu takyah share dengan orang lain. Family kita ja yang boleh guna. Dan harganya sangatlah berpatutan. Harga ikut jenis chalet. Ada yang RM100 sehari atau Rm60 setengah hari, dan ada yang RM200 sehari atau RM100 untuk setengah hari.. Yang RM200 tu chalet dia lagi besar, dan ada 2 bilik. Sesuai untuk bawak adik beradik/kawan-kawan gathering dan mandi-manda.. Air yang diorang gunakan untuk kolam pun adalah air sungai atau air mata air. No klorin ok! So bila lepas korang mandi rambut takkan keras macam berus tembaga!
|
ini chalet yg aku sewa |
|
chef bbq kita yer... |
|
boleh gelongsor2 tau.. |
|
Tambah kapsyen |
|
bbq di siang hari |
|
again our chef |
|
konvoi sekeluarga untuk mandi-manda, takde orang time ni, best gila! |
|
nak jiwang2 sambil tengok kolam pun boleh.. |
|
ini chalet baru, siti aishah kot. kolam dia lagi besar weih.. |
|
yang ni ada kolam untuk kanak-kanak
|
Kalau nak lagi maklumat lanjut, or nak tengok jenis-jenis chalet kat Salak Denai ni, boleh LIKE Fanpage dekat Facebook. Search SALAK DENAI CHALET je. Aku boleh gerenti memang puas hati datang sini..
Jom cuci mata rehat minda!
6 ulasan:
bes nye berjalan2 akak baru baik demam
menariknya..tp jauh lah plak...huhuuhu
wahhh.. mcm best je nih.. kat mna?
gigi selalu gak jln sana..tp tak tau pun ade.. hihih
last pi masa reunion hari tu...
ingat nak booking juga nanti..
eheheee
Ada lagi ka tempat ni.
Mcm mana nk hubungi pegurus
Catat Ulasan