30 Jun 2011

^____^ BOLEH BUAT DUIT JUGAK NIE...

BUAT DUIT TANPA TINGKAT TRAFIK [ iPanelonline]

+GAM KAT SINI SAMPAI AKU RASA NAK BUANG+
entri bergetah ada kat bawah.... *_*



iPanelonline nie merupakan website yang membuat survey daripada syarikat-syarikat yang terlibat... Nadia yang promote and bagi link,dan aku pun nak kongsikan juga dengan korang semua...... Tak perlu pun trafik tinggi-tinggi semua boleh join... Dan tak payah nak pasang banner ke apa ke... Mudah sangat...

Ikut step nie untuk jana pendapatan

22 Jun 2011

Rindunya!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...



Hai hai hai apa khabar semua???? Rindunya dekat dunia blog ni... Dah lama aku tak update kan.... Bukan malas (walaupun malas tu ada gak sikit) tapi ada banyak sangat komitmen yang lain yang membuatkan aku terpaksa berhenti sekejap berblog... Aku harap sepanjang ketiadaan aku ni, korang jangan lupakan aku ye.... Kalau korang lupakan aku, nanti time tidur aku masuk dalam mimpi korang.... HAHAHAH gelak jahat... :)

Dah terlepas banyak post best-best korang, yang mana aku tak sempat catch up, lain masa aku try jugak k... Korang jangan la merajuk dengan aku... Oh sebelum terlupa, sekarang dah masuk bulan Rejab,dah hujung-hujung pun, Syaaban bakal menyusul dan akhirnya bulan yang dinanti, Ramadhan akan muncul... Buat semua pembaca wanita...jangan lupa qadakan puasa anda ye... Kang tak pasal-pasal kena bayar fidyah pulak...

Jaga diri, jaga kesihatan dan semoga ceria selalu.... ^____^

11 Jun 2011

! AKHIRNYA KU KETEMU JUA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hasil borongan
Hai semua.... Apa khabar korang? Lamanya la tak update blog. Bukan apa, sibuk dengan hal rumah yang entah bila la nak berakhir... dan sebagai kakak yang paling BESAR, banyak tanggungjawab yang perlu digalas bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Siapa lagi yang mak abah nak harapkan melainkan aku kan, selagi terdaya Insyaallah akan ku galas segalanya... Wah gitu ayat intronya...

Minggu lepas, sibuk dengan undangan perkahwinan, sampaikan tak menang tangan mengalahkan pengantin. Bukan apa, banyak sangat undangan, sampai tak tahu nak pergi mana dulu. Buat kawan-kawan yang aku tak sempat p kenduri tu, maaflah ye, aku doakan kalian bahagia hingga ke akhirnya...

Aku selalu cemburu dengan 'warga kota' Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekelilingnyalah... Sebab apa cemburu? Kalau kita lihat dari pelbagai segi, memang boleh dikatakan warga Kuala Lumpur , Selangor, Putrajaya dan sebagainya ni sangatlah beruntung. Segalanyalah ada di sana.. Kalau nak design or produk-produk yang latest, carilah kat sana, mesti ada. Kalau nak harap sampai kat kawasan luar KL ni, mau 2 3 minggu jugak baru sampai..

Tapi bila Kumpulan Karangkraf menganjurkan Mini Karnival di Sungat Petani, rasanya semua warga Kedah khususnya sangat-sangat berterima kasih kepada Kumpulan Karangkraf kerana sudi mengadakan di sini. Jarang sangat la Sungai Petani ni menjadi pilihan untuk karnival-karnival. Walhal populasi penduduk di Sungai Petani rasanya hampir menyamai penduduk Perlis dah...

Dari usia remaja hinggalah ke dewasa, aku tak jemu-jemu mengikuti tulisan hasil Sharah Ibrahim. Benda first kalau beli Majalah REMAJA dulu-dulu, mesti nak baca ruangan editor tu dulu... Boleh dikatakan aku peminat karya Sharah Ibrahim juga la.. Ahamdulillah, di Mini Karnival Karangkraf ni, akhirnya aku dapat juga bersua muka dengan Sharah Ibrahim... Peramah orangnya.. Sempat juga berborak macam-macam dengan beliau.. Dan aku tak lupa merakamkan foto dengannya... Kenang-kenangan...



Mini Karnival Karangkraf berlangsung selama 3 hari bermula 10-12 Jun 2011... Potongan BUKU, MAJALAH DAN NOVEL SEHINGGA 20%. Karnival bermula jam 9.00 pagi hinggalah 7.00 petang... 
Buat semua warga Kedah, jangan lepaskan peluang keemasan ini... Berbaloi-baloi!

10 Jun 2011

MINI KARNIVAL KARANGKRAF di DATARAN JAM BESAR, SUNGAI PETANI,KEDAH.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Pejam celik dah hari jumaat dah.. Bermakna cuti sekolah bakal berakhir,..sama jugak la dengan aku, cuti aku pun berakhir juga. Ahad start keja... 

Dah lama tak update blog, rasa kekok pulak nak menulis..hihihi. Straight to the point, BUAT SEMUA warga utara khususnya yang berada di Sungai Petani, silalah berkunjung ke Mini Karnival Karangkraf anjuran Kumpulan Karangkraf di Dataran Jam Besar Sungai Petani, Kedah... Pelbagai tawaran hebat disediakan. Potongan harga untuk semua buku-buku dan majalah. Buat peminat novel pula, time ni lah nak BORONG novel, untuk novel potongan sehingga 20% tau... Sangat-sangat berpatutan...

Ha buat peminat cerita NORA ELENA , novel Kasih Yang Suci boleh dibeli dengan harga RM15.90 sahaja... Murah kan?

Karnival berlangsung selama 3 hari bermula 10 Jun hingga 12 Jun 2011. Anda juga berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan novelis-novelis yang didatangkan khas sempena karnival ini... Karnival bermula jam 9.00 pagi ingga 7.00 petang sahaja..

Pada 11 Jun 2011, akan ada persembahan daripada artis-artis seperti Imran Ajmain dan ramai lagi. Tak pasti pula artis apa lagi yang akan hadir...

So pakat-pakat p meriahkan karnival ni beramai-ramai. Jadikanlah budaya membaca itu budaya dalam diri kita.... Sayonara!


03 Jun 2011

"1st Giveaway From MIZAYUSOF.COM


1st Giveaway daripada penulis MizaYusof

Sedang mencari-cari tutorial bagaimana nak centerkan header, terjumpa la pulak banner ni, apa lagi, join la...hehe

Giveaway berlangsung selama sebulan yakni bermula 1 Jun 2011 hingga 30 Jun 2011

Ada masa lagi nak join...

6 peserta bertuah akan dipilih secara rawak...tuah manusia siapa yang tahu kan?

nak TAG semua pembaca blog nie...

^___^