Memaparkan catatan dengan label mesti baca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesti baca. Papar semua catatan

24 September 2011

MINTA MAAF...

Asalamualaikum... & Salam Sejahtera...

Apa khabar semuaie.....?
Harap-harap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya...Dah macam nak menulis surat pulak..hehehe. Sesuai dengan tajuk entri which entri pertama aku semenjak last entri pada 22 Jun 2011 yang lalu,aku nak minta MAAF kepada semua kawan-kawan dan readers yang mambaca dan mengikuti blog aku sebelum ni... tak kisah la ada yang baca ke tak, tapi still aku nak jugak minta maaf sebab terlalu lama meninggalkan dunia blog..

Sorry...

Bila aku menonton rancangan The X-Factor di 8TV tadi, ada seorang peserta dari Florida bernama Melanie yang menyanyikan lagu Listen sehingga membuatkan para juri dan penonton begitu kagum dengannya,membuatkan aku terfikir, insan biasa yang tiada sesiapa pun kenal, dapat memberi inspirasi kepada berjuta manusia melalui nyanyiannya... " People like you inspired me" kata Nicole Scherzinger sambil menitiskan air mata..  

                                                THE AMAZING MELANIE AMARO


Bukan senang nak memberi inspirasi kepada orang lain, dan bukan senang juga untuk mencari sumber inspirasi kita yang benar-benar berkualiti, tetapi tiada benda yang mustahil di dunia... Mungkin blog aku atau hasil tulisan aku sebelum ni memberi inspirasi kepada sesetengah orang TETAPI setelah lama aku tinggalkan, mereka hilang inspirasi dan mula beralih arah... Who knows...

Insyaallah, aku akan mula aktifkan semula blog aku ni, dan aku mengharapkan sokongan rakan-rakan dan sahabat blogger yang lain...

life is great!

30 Jun 2011

^____^ BOLEH BUAT DUIT JUGAK NIE...

BUAT DUIT TANPA TINGKAT TRAFIK [ iPanelonline]

+GAM KAT SINI SAMPAI AKU RASA NAK BUANG+
entri bergetah ada kat bawah.... *_*



iPanelonline nie merupakan website yang membuat survey daripada syarikat-syarikat yang terlibat... Nadia yang promote and bagi link,dan aku pun nak kongsikan juga dengan korang semua...... Tak perlu pun trafik tinggi-tinggi semua boleh join... Dan tak payah nak pasang banner ke apa ke... Mudah sangat...

Ikut step nie untuk jana pendapatan

22 Jun 2011

Rindunya!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...



Hai hai hai apa khabar semua???? Rindunya dekat dunia blog ni... Dah lama aku tak update kan.... Bukan malas (walaupun malas tu ada gak sikit) tapi ada banyak sangat komitmen yang lain yang membuatkan aku terpaksa berhenti sekejap berblog... Aku harap sepanjang ketiadaan aku ni, korang jangan lupakan aku ye.... Kalau korang lupakan aku, nanti time tidur aku masuk dalam mimpi korang.... HAHAHAH gelak jahat... :)

Dah terlepas banyak post best-best korang, yang mana aku tak sempat catch up, lain masa aku try jugak k... Korang jangan la merajuk dengan aku... Oh sebelum terlupa, sekarang dah masuk bulan Rejab,dah hujung-hujung pun, Syaaban bakal menyusul dan akhirnya bulan yang dinanti, Ramadhan akan muncul... Buat semua pembaca wanita...jangan lupa qadakan puasa anda ye... Kang tak pasal-pasal kena bayar fidyah pulak...

Jaga diri, jaga kesihatan dan semoga ceria selalu.... ^____^

31 Mei 2011

"GA Header & Template Blogspot!"


Wah wah wah last minit nak join nie...harap-harap sempat!

Chaiyok2...

Sebenarnya saya sangat impikan saya mempunyai citarasa dalam menghias blog. Malangnya anda sendiri nampak kan? Cita rasa saya seperti lidah yang baru terkena air panas. Dalam makna kata yang lain, TIADA CITARASA. Saya inginkan header seperti Yuyu Zulaikha yang mana pari-pari yuyu bergerak mengikut cursor mouse... Sangat cute hokee..

Begitu juga template... Saya dambakan template yang kemas,cantik dan nampak matang sesuai dengan umur saya ini..whoa... Ok. Saya memang nak tukar template, tapi tak reti. Almaklumlah, buta IT..huhu. Jeles tahap gaban tengok rakan-rakan blogger lain punya template blog yang cantik dan sedap mata memandangkan sedangkan saya hanya mampu menelan air liur melihat blog itu... Harap-harap encik Alieff sudi memilih saya sebagai pemenang ...(angkat bakul)

Buat semua pembaca saya, silalah join... ^__^

22 Mei 2011

Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!




BILA nampak banner ni, terus join. Harap-harap sempat...

Sesuai dengan tema blog Hackers ni, " 1 Informasi 1Berita 1Blog", segala gosip hangat, gosip dingin, berita tergempar dan tergempak semua ada di sini... Tengok si Upin Ipin pun dah rasa membuak-buak nak baca kandungan dia kan...hehe

So kalau korang perlukan apa-apa informasi, bolehlah menjengah blog Hackers ni. TERBAEKK!

nak join, KLIK SINI

12 Mei 2011

Ruangan Iklan Untuk Disewa Dicari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku sebenarnya tak tahu nak guna istilah apa untuk entri kali ini. Tapi aku try jugak..

Ada pengiklan sedang mencari beberapa blog untuk mengiklankan produknya. Contoh korang boleh tengok kat bahagian sidebar aku yang warna hijau tu. Ataupun dekat blog Miss Angin. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak sewakan, sila email ke

alfahani@gmail.com


TERIMA KASIH

09 Mei 2011

Somebody Help Me Please!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (sempat jugak tu)

Hari tu kan, aku kan dah beli milkadeal punya coupon, tapi kan, aku lupa nak print... Pastu  bila aku sign in nak print kupon aku tengok-tengok dah takde! huhuhuhu Macam mana ni..? Aku dah hantar email tanya pihak milkadeal tapi takde balasan, dah la aku purchase 2 coupon... Aku ada bukti ini sahaja...


Macam mana nak buat? Ada sesiapa boleh tolong tak???

The Light Of My Life

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Hai semua, harap korang hadapi hari ini dengan INDAH.... aku pun berharap begitu juga... Insyaallah...

Yes aku memang suka lambat, segmen abang Ben pun berapa dah aku terlepas...hehe. Nasib baik yang Gegar 1000 Blog May 2011 sempat catch up. Kalau tak rugi...... Dengarnya kali ni ada hadiah ye? Ha lagi la berebut-rebut para blogger nak join kan...?

Semalam 8 May 2011 adalah Hari Ibu@Mother's Day.. Hanya ucapan sahaja aku dapat berikan untuk mak aku, PUAN JAMILAH BINTI JAAFAR. Nak bawa p makan-makan pun, mak sekarang makan oat, minum susu dengan makan nasi kosong dengan lauk yang tak pedas je... Nanti kalau bawa mak pergi restaurant, kesian kat mak teringin nak makan macam-macam tapi tak boleh...

Terima Kasih mak sebab gigih dari dulu sampai sekarang tolong carikan angah kerja walaupun kerja kejap2 ja, mak saya risau sebab anak dia ni dah tua bangka pun tak dapat kerja lagi, macam mana la nak kawin... haha. Takde rezeki lagi nak kerja tetap... Korang yang nak masuk Universiti nanti, pilih kos tu betul2 yang dah ada cabang kerjaya, kang jadi macam akak aku nie... Takde kesudahan. Dah. Tak baik merungut...

Buat semua ibu dan bakal ibu di dunia, Selamat Hari Ibu.


 "Menjadi seorang ibu merupakan momen yang terindah sekali dalam hidup seorang wanita... "



06 Mei 2011

Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


How are you? Harap-harap semua MARVELOUS hari ini... Malas nak membebel panjang, entri kali ini ada isi-isi penting sahaja tanpa ada penanda wacana...

Aku nak kongsikan dengan semua Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline korang yang korang dah collect tu.. Dulu2 aku pun buta kare juga,tak tahu macam mana kan.. Almaklumlah bukannya expert sangat bab-bab ni... Tapi alhamdulillah, dengan bantuan adik Saiful Nazmi, aku berjaya juga tebus dan duit tu dah masuk ke akaun paypal aku dah...



Sebelum anda join iPanelonline ni, aku galakkan korang buka dulu akaun paypal. Kalau sesiapa yang belum daftar, boleh daftar kat sini. Kalau tak dapat akses korang taip ja paypal kat google, pastu nanti Sign Up... Tahu kan???  *--*

Bila dah ada akaun paypal, bolehlah daftar iPanelonline pula... Nak join ke? KLIK sini ye...
Okey dah siap segala. Nanti korang jawab2 survey semua, korang dapat la kumpul mata. Then bila mata dah lebih 500 pun dah boleh redeem da. Sebabnya dalam iPanelonline ni paling rendah korang boleh redeem adalah RM5 bersamaan dengan 500 mata. 

Proses untuk tebus mata :

1.  Klik Menebus Markah


Pilih la nak tebus berapa RM...
Kalau RM5, dia akan keluar macam ni..


2. Lepas tu klik TEBUS SEKARANG 
Kalau sesiapa yang belum kemaskini informasi untuk penebusan, korang akan diminta untuk melengkapkan maklumat itu dahulu..


Isi maklumat korang semua dan paling PENTING jenis mata wang tu (rujuk anak panah) pilih RM kalau ada.Untuk kes aku ni, puas aku mencari Rm tapi takde, aku tanya adik Saiful Nazmi pun dia cakap patutnya ada, last2 aku hantam USD ja la.. Tu yang bayaran aku tak cukup RM50..hehe

Lepas submit siap la.. tunggu pengesahan ja.. Kalau nak check status penebusan korang tu, boleh ke bahagian bawah sekali dan klik ' Nota Penebusan'. Kena tunggu 2-3 hari jugak la untuk duit masuk akaun paypal...

Oh ya.. Jangan lupa linkkan akaun paypal anda dengan bank di Malaysia ya... Boleh tengok tutorial kat sini...

Untuk maklumat lanjut ataupun untuk dapatkan bukti yang lebih hebat lagi dari aku ni, bolehlah ke blog Saiful Nazmi . Mamat ni lagi kencang la dia punya payment dari iPanelonline. Kalau tengok perujuk tertinggi pun, dia top ten kot...hehe

Jom Join Ramai- Ramai!  klik sini untuk daftar iPanelonline 



Selamat Berjaya!

05 Mei 2011

Gadis Xes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Hello hello apa khabar?

OHIO!

 Maaflah sebab lama tak update... Tengah sesuaikan diri dengan keadaan huru-hara di rumah dan tempat kerja.. Kali ni dapat kontrak sampai bulan Julai dengan subjek yang berbeza. Alhamdulillah..  Lagipun sebab down dengan encik nuff, terus dia punya mood nak berblog pun turun. Tapi tapi tapi.... hari menguatkan diri untuk update jugak walaupun seketoi entri..

 Gadis xes...



Ini keyword yang ada dalam untuk analitikal minggu lepas. Ambil dari nuffnang, oh ada orang search gadis xes ye... Apakah motifnya? Adakah beliau tersalah taip sebenarnya nak taip gadis SEX tetapi tertaip gadis XES pulak? Tak paham...

Apapun, XES masih tidak berbaur lucah kan? hehehe. So blog aku boleh dikategorikan sebagai 'blog budak baik' lagi..

Buat semua yang tinggalkan komen dan blogwalking kat sini, terima kasih daun keladi diucapkan... Insyaallah aku pun akan pergi jenguk blog kalian. ni diam-diam berisi tau...

Okey...jumpa lagi pada next entri.... ^______________^

29 April 2011

Ni Semua Salah Makcik Kantin...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kenapa tiba-tiba emo menguasai diri bila menaip TAJUK entri ini??? Ha...  Bukan emo la.. Tak emo pun.. Tertekan je..heh

Seperti semua orang sedia maklum, isu pelajar-pelajar obesiti dan mengidap diabetis semakin hangat kebelakangan ni, dan masing-masing menunding jari ke arah satu sama lain... Kalau sesiapa yang baca paper Berita Harian hari ini, mesti dah baca pasal peniaga JAJAN digempur pihak berkuasa di seluruh negara kan... Rasa-rasa la kan, lepas ni ada lagi tak budak-budak yang obes lepas peniaga jajan ni digempur??

Tipu kalau cakap takde..


Okey sebenarnya aku sendiri yang belum ada anak ni, ada adik-adik yang masih sekolah dan hat bongsu adalah dalam kategori OBES rasa sangat2lah tak releven langkah yang diambil kerajaan iaitu dengan menggempur dan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat yakni makanan ringan kat luar dan di kawasan sekolah.. Aku anggap, jalan penyelesaian ini hanya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa akibat desakan ramai..

Bukan menidakkan jauh sekali mempertikaikan keputusan kerajaan yang sememangnya no 1 dalam hati aku ni, cumanya banyak lagi faktor lain yang kita perlu pertimbangkan. Apa pun, semuanya berpunca dari rumah dan tanggungjawab ibu bapa yang mendidik anak-anak cara pemakanan bagaimana yang bagus untuk kesihatan anak-anak mereka. Ye la nak salahkan pakcik jual jajan tu, dia jual je, anak kau yang pergi beli kopok Super Ring sampai gigi pun dah kaler merah dah.. Duit beli kopok tu, sapa yang bagi??? Takkan pakcik guard kot??? Lagi satu, sekolah mana kantin sekolah dia masak sedap??? Aku rasa cam kebanyakkan kantin tak sedap la diorang masak. Sambal ceroi, ikan bilis ciput, telur senipis yang boleh. Mahal pulak tu.. Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah pun g makan kat kantin. Semua balun kat dewan makan je... Sebabnya jumpa ekor cicak dalam nasi lemak. * Muntah!

Patut ke kita salahkan makcik kantin? Ke nak bakor je???

Gaya hidup ibu bapa kadang terbawa sampai ke anak. Ada aku tengok mak bapak usung anak pukul 12tgh mlam lebih lepak Uptown,dah lepak2 lapar, mesti mau kena nasi goreng sepinggan 2 kan? Fast Food yang 24hours lagi la, MAMAK dah sah-sah la kan... Ha kes macam tu macam mana pulak?

Adik aku start obes bila dia dah pandai dah goreng telur sendiri ( i mean telur ayam ok)... Bila dah pandai guna dapur tu, mula la,tengah2 malam dengar orang dok slurp slurp hirup kuah megi tomyam, asal lapar je dia goreng telur, lapar goreng, goreng lapar... Pastu budak2 tahap nak membesar ni kau cakap la apa pun, bukan dia nak dengar. Sampaikan sepupu aku check gula dia, mak ai.... Tinggi ya amat,lebih dari mak aku lagi.. Pastu insaf la KEJAP, seminggu lepas tu, buat balik...

Rasanya kerajaan kena cari alternatif lain jgk untuk tangani masalah ni, bukan just tunding dekat kantin dan pakcik jual jajan je, iklan tv, restaurant2 lain, segalanyalah perlu dipertimbangkan. Banyak cara yang kita boleh laksanakan contohnya seperti buat kartun macam upin ipin tu atau boboiboy tapi cerita pasal cara/makanan-makanan yang berkhasiat dan cara hidup sihat la. Budak-budak kalau dengan kartun, mesti tak miss punya... Lagi satu, kalau time sekolah ada latihan sukan, mak bapak silalah pastikan anak-anak hadir ye, sebabnya dengan bersukan juga kita dpat mengelakkan anak2 menjadi obes. Jangan pula time ada latihan sukan je mak cakap, tak payah p la. Buang masa....

Buang masa tu la yang buang lemak makcik!!!


Iklan...




  

28 April 2011

takde entri pun trafik cenggini ha!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama kagum dengan owner blog ni lepas Ben Ashaari. Takde entri pun statistik blog dia macam ni ha...




Korang kalau tengah bermuram durja ka, berdukacita ka, putus cinta ka,silalah menjenguk blog beliau. Gerenti terobat hati..hehe

27 April 2011

Kita Tengok Siapa Yang Kena... ^__^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang ada baca entri melekat aku tak pasal ni? Ha kalau tak baca lagi, sila pergi BACA sekarang... Okey lepas tu ada lagi entri pasal lagi RM5 nak boleh cash out kan??? tak baca jugak... haip haip nak kena nie... okey pergi baca cepat!!!!!!



Hari nie, dah cukup RM5. 



So aku dah cash out tadi, tunggu pengesahan dari pihak iPanelonline je...
Benda ni tak mengganggu Nuffnang LANGSUNG. kita just menjawab survey yang dihantar kepada kita dan kita akan diberi point/mata untuk dikumpulkan. 500 mata = RM5. Lagi banyak jawab survey,lagi banyak la mata yang dapat dikumpulkan.. Boleh la korang tebus mata nanti dalam bentuk wang tunai.. 

Ramai yang tak percaya. So sekarang aku nak buktikan.. Aku tak nak kita hanya mengharap rezeki daripada satu jalan sahaja padahal ada banyak jalan lagi yang kita boleh dapatkan rezeki tu, dan yang penting dari jalan yang betul.

Daftar je dulu, free tak kena bayar pun..nanti bosan-bosan korang leh cuba jawab soalan survey dia,dan tengok mata korang bertambah tak,then kalau cukup 500 mata,try cash out tgk... OK? 

sama-samalah kita berusaha dan berjaya...

26 April 2011

FRIENDS! COME AND RACE WITH ME!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Gigih berusaha untuk memenangi churpchurp race.... JOM la JOM la race bersama-sama...




25 April 2011

tiba-tiba rasa BERDEBAR

Assalamualaikum dan SALAM sEJAHTERA...


tengok, taip pun dah kecil besar dah huruf... Hari ni dan sekarang, pening kepala sangat-sangat.. Ni pun gagah buat entri seketui sebelum masuk tidur... Satu hari takde letrik kat umah, berdengung pala dan badan sebab panas.. Mai malam pening. Berdebar sebab 1st time aku menyampuk komen kat wall Ben Ashaari dan.....hahah. Korang g baca sendiri la... Berani buat berani tanggung, dan SIAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDAS!

Mekasiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

23 April 2011

"bloglist biela"


Oleh sebab tuan blog ni sendiri datang jemput DAN yang penting tak kena TAG sesiapa, aku JOIN!

kOmen ye...erm... Sebenarnya sangat jelezzz tahap gigit kuku kaki sebabnya blog nie sangat suit ( i mean sweet). Serius beb. Aku salute betul la blogger yang pandai decorate blog diorang jadi AMAZING macam blog Biela nie, aku habis gigih dah decorate blog aku sampai jadi macam nie.. Ni kira yang paling puas hati la. Header ja rasa macam nak tukaq..

Okey lagi satu,sebabnya biela orang KEDAH,so saya join!


BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Santai Bersama BEN ASHAARI

BEN ASHAARI PUNYA SEGMEN

Sedang enak berguling-guling gelak tengok Maharaja Lawak kat Youtube (maklumlah rumah takde ASTRO) tiba-tiba terasa mahu menjengah blog Ben Ashaari kejap. Rupanya ada segmen baru... Apa lagi, join dulu la ^__^

Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog

Sebelum aku ada blog, aku memang dah start baca blog orang laindah.. Blog yang aku suka sangat baca adalah si Cantik Manis Hanis Zalikha. Masa tu rasanya Hanis je yang aku tahu blog dia best. Lagipun tak ramai kawan-kawan aku yang ada blog. Kebanyakannya adalah silent reader jugak macam aku. 

Lepas ditamatkan kontrak GSTT pada bulan Oktober 2010, memang sebulan aku takde arah nak buat apa. Macam orang gila hantar resume sana sini, walk in interview dan segalanya. Memang masa tu rasa kenapalah susah sangat jalan hidup aku,tak macam orang lain.. Tapi mungkin ada hikmah yang kita tak tahu...

Sebulan lepas takde arah buat apa, aku mohon untuk jadi Service Crew kat Sushi King Restaurant kat Sunway Carnival Mall, Penang. Memang macam-macam ragam la bila keja kat fast food restaurant ni.. Sebabkan jarak tempat kerja dan rumah yang agak jauh, cukup sebulan aku resign. 

Bila dah dok saja kat umah takde buat apa,mak aku pun sound la, suruh buat blog. Sebabnya dekat sekolah dia ada program Blogger Muda dan dari blog kita boleh jana pendapatan. Masa tu aku dah start create blog,tapi tak aktif langsung,sehinggalah member segeng aku, deQdeq support aku untuk aktif,dan aku terus aktif hingga kini dengan tunjuk ajar semua... Untuk mak dan deQdeq,thanks..

Siapakah sumber inspirasi anda

First nak ucapkan sangat-sangat terima kasih kepada si cantik Hanis Zalikha  sebabnya kalau Hanis takde blog,dan saya tak baca blog dia, mungkin sampai sekarang saya hanya akan jadi silent reader semua blogger kat sini dan tak tahu apa-apa pasal blog.. 

Bila baca blog Hanis,dia selalu ingatkan reader yang takde blog,buat blog dan jangan lupa daftar dengan nuffnang.. Untuk pendapatan sampingan. Memang banyak kali dia ingatkan. Dan oleh kerana ingatan itulah aku kini bergelar blogger.

Tak lupa, sifu saya, deQdeq dan juga mie, kawan sekolah yang sama-sama ada blog. Juga Husna.. Mereka banyak membantu saya untuk terus maju dan maju sebagai blogger.

Ben Ashaari juga salah satu sumber inspirasi aku. Kalau dulu aku malu sangat dan rasa rendah diri nak add,nak komen dan nak join segmen Ben Ashaari ni, tapi sekarang aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana dari segmen Ben Ashaarilah aku mula dikenali...



Cukup tak bro? Ke nak kena tambah lagi???hehehe

Terima Kasih

RM5 more before CASH OUT!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah melayu lama ini nampak biasa jika kita hanya tahu mengungkapnya tetapi ia akan jadi LUARBIASA jika kita tahu mengungkap dan mengAMALkannya...

Masih ingat lagi dengan iPanelonline?
Masih ingatkah dengan entri melekat ini?

Malas nak cakap banyak,



Hasil gigih aku menjawab survey tanpa jemu.. Nanti boleh pergi makan sushi ... ^__^

Okey jangan baca sahaja, tak rugi daftar, untung lagi ada... klik SINI UNTUK mendaftar.

20 April 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

Santai Bersama BEN ASHAARI

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

DSC_0694

tekaan aku adalah.... ^_______^

AKULAH AWEK TUDUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua... Apa khabar anda semua hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka... Wah..macam nak buat rancangan masakan je...

Rasanya dah ramai yang buat entri pasal nie, tapi aku je yang ketinggalan sedikit. Almaklumlah,kalau buat entri benda tengah HOT, mesti readers pilih blogger fofular je kan untuk baca...tajuk je lain2,isi kandungan sama...


Yes,akulah awek bertudung. Awek la dah tak kawin lagi...dan memang aku bertudung pun... Ha...no kontroversi please.... Aku just nak bagitahu kawan-kawan yang bertudung ataupun yang tidak bertudung, tak kisahlah,asal PEREMPUAN, berhati-hatilah bila kita upload atau kongsikan gambar kita dengan semua... Betul,tujuan kita memang murni, untuk berkongsi rasa dengan semua orang, dan rasa itu kita ekspresikan melalui gambar... tetapi, ada makhluk-makhluk ALLAH yang menyalahgunakannya... Mereka mengeksploitasikan gambar-gambar tersebut untuk tujuan yang tak bagus dan demi kepentingan sendiri... Yang menjadi magsa adalah kita iaitu PEREMPUAN.

Seronok je 'orang tu' kalau dia baca entri aku ni,yelah dah niat tak baik,mesti dia ingat aku nak promote dia.. BOLEH BLAH KOT.. Aku kongsikan benda ni untuk rakan-rakan yang miss pasal ni dulu,dan untuk kawan-kawan aku yang datang baca blog aku.. Lepas ni,kita kenalah berhati-hati dengan semua segala-gala tentang diri kita..

Boleh check kat SINI or SINI kalau takut gambar korang ada. Kalau ada, kasi saman saja itu orang. Ambik gambar makcik mak sedara ko adik pompuan,girlfren isteri kau sudah la,jangan melibatkan orang lain..