Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kenapa tiba-tiba emo menguasai diri bila menaip TAJUK entri ini??? Ha... Bukan emo la.. Tak emo pun.. Tertekan je..heh
Seperti semua orang sedia maklum, isu pelajar-pelajar obesiti dan mengidap diabetis semakin hangat kebelakangan ni, dan masing-masing menunding jari ke arah satu sama lain... Kalau sesiapa yang baca paper Berita Harian hari ini, mesti dah baca pasal peniaga JAJAN digempur pihak berkuasa di seluruh negara kan... Rasa-rasa la kan, lepas ni ada lagi tak budak-budak yang obes lepas peniaga jajan ni digempur??
Tipu kalau cakap takde..
Okey sebenarnya aku sendiri yang belum ada anak ni, ada adik-adik yang masih sekolah dan hat bongsu adalah dalam kategori OBES rasa sangat2lah tak releven langkah yang diambil kerajaan iaitu dengan menggempur dan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat yakni makanan ringan kat luar dan di kawasan sekolah.. Aku anggap, jalan penyelesaian ini hanya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa akibat desakan ramai..
Bukan menidakkan jauh sekali mempertikaikan keputusan kerajaan yang sememangnya no 1 dalam hati aku ni, cumanya banyak lagi faktor lain yang kita perlu pertimbangkan. Apa pun, semuanya berpunca dari rumah dan tanggungjawab ibu bapa yang mendidik anak-anak cara pemakanan bagaimana yang bagus untuk kesihatan anak-anak mereka. Ye la nak salahkan pakcik jual jajan tu, dia jual je, anak kau yang pergi beli kopok Super Ring sampai gigi pun dah kaler merah dah.. Duit beli kopok tu, sapa yang bagi??? Takkan pakcik guard kot??? Lagi satu, sekolah mana kantin sekolah dia masak sedap??? Aku rasa cam kebanyakkan kantin tak sedap la diorang masak. Sambal ceroi, ikan bilis ciput, telur senipis yang boleh. Mahal pulak tu.. Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah pun g makan kat kantin. Semua balun kat dewan makan je... Sebabnya jumpa ekor cicak dalam nasi lemak. * Muntah!
Patut ke kita salahkan makcik kantin? Ke nak bakor je???
Gaya hidup ibu bapa kadang terbawa sampai ke anak. Ada aku tengok mak bapak usung anak pukul 12tgh mlam lebih lepak Uptown,dah lepak2 lapar, mesti mau kena nasi goreng sepinggan 2 kan? Fast Food yang 24hours lagi la, MAMAK dah sah-sah la kan... Ha kes macam tu macam mana pulak?
Adik aku start obes bila dia dah pandai dah goreng telur sendiri ( i mean telur ayam ok)... Bila dah pandai guna dapur tu, mula la,tengah2 malam dengar orang dok slurp slurp hirup kuah megi tomyam, asal lapar je dia goreng telur, lapar goreng, goreng lapar... Pastu budak2 tahap nak membesar ni kau cakap la apa pun, bukan dia nak dengar. Sampaikan sepupu aku check gula dia, mak ai.... Tinggi ya amat,lebih dari mak aku lagi.. Pastu insaf la KEJAP, seminggu lepas tu, buat balik...
Rasanya kerajaan kena cari alternatif lain jgk untuk tangani masalah ni, bukan just tunding dekat kantin dan pakcik jual jajan je, iklan tv, restaurant2 lain, segalanyalah perlu dipertimbangkan. Banyak cara yang kita boleh laksanakan contohnya seperti buat kartun macam upin ipin tu atau boboiboy tapi cerita pasal cara/makanan-makanan yang berkhasiat dan cara hidup sihat la. Budak-budak kalau dengan kartun, mesti tak miss punya... Lagi satu, kalau time sekolah ada latihan sukan, mak bapak silalah pastikan anak-anak hadir ye, sebabnya dengan bersukan juga kita dpat mengelakkan anak2 menjadi obes. Jangan pula time ada latihan sukan je mak cakap, tak payah p la. Buang masa....
Buang masa tu la yang buang lemak makcik!!!
Iklan...
2 ulasan:
gemok betol ;)
@cik ayin
yup!!
heh
Catat Ulasan