Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

19 Januari 2012

BAHAYA JIKA TIDAK DAPAT MENGATASI TEKANAN

assalamualaikum dan salam sejahtera...

entri pendek untuk melepaskan tekanan.

ya aku rasa semua orang ada tekanan dalam hidup dia. tekanan ni pulak ada macam-macam..bukan takat tekanan perasaan ja... contohnya tekanan kerja,bila nk p keja ja stress, pastu malas nak p keja...selalu dok ingat nak cuti sahaja...bila dok keja tu asyik tengok time ja, bila nak pukui 1, bila nak pukui 5.. takdak orang tengok jam,mintak-mintak lambat masa berjalan hari ni, syok keja ari ni..haha. ada ka lagu tu?

hat ibu bapa pula, tekanan dengan anak-anak. tau la kan zaman ni punya anak-anak macam mana, dengan dunia tanpa sempadan,dunia facebook,twitter segala keturunan depa semua la... ingat senang nak pantau anak-anak daripada semua tu? itu belum lagi dikira dengan kawan-kawan sekolah yang tak ketahuan hala... kawan-kawan cyber cafe,kawan-kawan ronda naik beskal pixie ka fixie ka apa tak tau... Haram nak dengaq cakap mak bapak dah, mak cakap sepatah ja, anak ni jawab seribu patah, 10 kali ganda dari zaman kita dulu tu, yang bebai pun sepasai jgk, maklumlah la ni nak mintak tolong buat apa pun tak boleh, bagi satu tugas kat umah pun tak terdaya nak buat, tiap-tiap hari kena dok peringat. Yang menjawab pun ada. Pantang cakap apa jawab ja... jawab jawab jawab...mau suruh jawab soalan periksa,soalan ulangkaji pun jawab jugak, hat ni double,mulut jawab tangan pun jawab. Tekanan.

yang tekanan bercinta sah-sah la ada. Tipu la kalau ada pasangan yang kata ''eh takde tekanan pun,kitaorang happily ever after''. Sebenarnya pasangan yang tu la yang paling banyak masalah... Dia tekanan la tu, tu yang dia cover cakap takdak masalah...hehehe.

Ni tak cerita tekana nak kawin,tekanan dah kawin, tekanan anak kecik, tekanan anak dengan ibu bapa...macam-macam la...

Bahaya kalau tak dapat handle tekanan. Ini pun penyakit jugak. Tapi penyakit yang kebanyakan orang tak mau mengaku.. Biasa la manusia mana mau mengaku kita ada masalah. Itu mendedahkan kelemahan sendiri.. Kalau rasa kepala tu dah berdenyut-denyut,mata berpinar-pinar, ha cepat-cepat tinggalkan semua yang anda tengah dok buat....cepat-cepat p dok kt luar rumah ka ofis ka dan tengoklah benda-benda hijau.... jangan tengok orng hijau, nanti tambah tekanan...hehehe. tak pun menulis, tulis dlm blog ka, macam aku la, ni salah satu cara nak tunjuk aku tengah mengredakan tekanan aku,hilang takleh, redakan boleh... ada yg kata p karok utk hilangkan tekanan, tapi tipu la aku rasa, mau pening pala jugak tu kalo p karok, sah2 kena pakai duit, nak nyanyi jerit kuat-kuat pening pala oo..pastu dahaga duit lg... nak beli minuman...huhu

Buat yang Islam sesaudara seagama,solatlah yng terbaik sekali, tapi time solat tu kena khyusuk betul-betul, kdg2 org ni terbawa2 sampai ke solat, time amik wudhuk tu siap2 clearkan mind,supaya mudah untuk kita fokus dalam solat..

Tapi cara yang paling cepat dan mudah untuk meredakan tekanan adalah Istifar....istifar dan istifar..



(bacaan versi loghat utara)

11 Mei 2011

Malaysia Tiada Agama Rasmi?

Assalamualaikum...

Opps opps jangan serang aku dulu wei... Aku pun baru terbaca kat tempat lain then terpanggil untuk bagi maklumat kat korang pulak... Bagi aku, benda ni kalau takde toleransi sesama kita, memang sampai kiamat pun tak habis..

Apa la nak jadi dengan tanah tumpah darahku nie..*sob sob..


Renung-renungkan...


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.
Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.
“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.
Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.
“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.
“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.
Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.
“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.
“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.
Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.
“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.