04 April 2011

Saya nak join bloglist lulu-pages oleh Lulu Caldina




Saya nak join bloglist lulu-pages oleh Lulu Caldina







Lepas tengok ABPBH 2010 yang sempoi habes terus check blog...inilah yang aku jumpa...

"Saya nak join bloglist lulu-pages oleh Lulu Caldina"

sebabnya lulu suka Chelsea,so saya bagi nie kat lulu..





Sudi tak Lulu terima???

Thanks ^_^

03 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Santai Bersama BEN ASHAARI

Segmen GEGAR lagi oleh brader Ben Ashaari..
sila KLIK untuk maklumat lanjut

Sepanjang menyertai segmen anjuran Encik Ben nie,alhamdulillah satu pun tak pernag mengecewakan lagi... Moga-moga sesama blogger akan terus menyokong antara satu sama lain...

Tempoh pengumpulan 3/4/2011 jam 5 petang sehingga 5/4/2011 tepat jam 5 petang

JOM GEGAR!!!!!

meeting mak bapak dengan cikgu..

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum kepada semua umat Muhammad....

Alhamdulillah,kita diberi kesempatan untuk masih bernafas di bumi Allah ini...

Tinggal lagi dua hari untuk aku bergelar guru,Insyaallah,isnin nanti (4.4.2011) kontrak aku sebagai guru ganti akan berakhir,dan lepas nie tak tahu bila pula nak ada rezeki untuk bekerja lagi...

Okey,takyah sedih-sedih...Khamis lepas,sekolah tempat aku kerja telah mengadakan meeting antara mak bapak dengan cikgu...atau nama rasminya Mesyuarat Agung PIBG.... Dah nama pun mesyuarat persatuan,gila boring aku yang dok mendengar, menguap takyah cakap dah la,terkeluaq habis kerongsang2 kat tudung ni dah dok menguap sangat... Sebab boring,aku snap la beberapa keping gambar...

nampak nombor 075 kat atas tu? no ekor...hehehe
nombor untuk cabutan bertuah da...

aku layan ni je masa meeting tu,ngantuk tahap gaban wehh..
nanti nak g mesyuarat PIBG anak aku macam mana la...

hadiah utama yang menjadi rebutan ramai (termasuk aku)

tengok hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah nie,dah macam bantuan banjir pun ada,segala jenis pencuci pakaian,beras pelbagai jenama,minyak masak...complete!

bosan bosan ambik gambar dulu...

tuah ayam nampak di kaki,dapat jugak aku cabutan bertuah tu...kira hadiah perpisahan la ni..deret tempat aku duduk,semua dapat...bertuah badan :)


Rupanya,penting cabutan bertuah tu,kehadiran ibu bapa dan kesanggupan guru-guru menunggu bergantung kepada cabutan bertuah tu.. Kalau cabut awal,awal la ibu bapa cabut,kalau cabut last sekali,ha ramai la yang menunggu ...


CABUT jangan tak cabut...

02 April 2011

nak tunjuk skill sikit la...

Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca...



Sebabnya dua tiga hari ni takdak idea nak terbitkan entri apa,makanya aku nak berkongsi resepi dengan pembaca semua lah...tak pernah lagi ni kongsi resepi dengan korang,sebabnya bukannya pandai sangat memasak pun,takat masak makan seisi keluarga boleh la...hehehe

Maaf ye,skill memasak saya tak sehebat Auntie Nani...



01 April 2011

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Santai Bersama BEN ASHAARI

1. Kenapa anda tak suka ANONYMOUS


sebab.....sebab.... sebab tak tahu anon tu sapa....and takleh nak pergi cari balik anon yang bagi komen-komen negatif tu...huhu (ayat cam gengster)

2. Pengalamanan  anda bersama ANONYMOUS.. Cer cite...(patutnya abang Ben tulis camni ^_^)


erm...erm...sebenarnya takde pengalaman pun dengan anon nie,sebab blog tak femes pun...(tolong jangan marah). anon yang datang sini suma member2 yang takde blog tapi nak komen...TAPI....ha ada tapi ok..
Bila saya pergi melawat blog-blog yang lain yang pembacanya agak ramai,ada juga terbaca komen-komen dari anon yang mengkritik tuan blog tu... Si anon boleh la suka ati kritik sebab dia tahu orang takleh nak detect dia kat mana... Banyak jugak la komen-komen dari anon yang gila hebat punya kritik,lebih dari pengkritik Akademi Fantasia lagi...huhu


3. Nasihat anda pada mereka yang gemar mencaci maki dalam blog ?.. 


Walau siapa pun anda,sehebat mana pun anda, sekaya mana pun anda,seglemer mana pun anda,ANDA TIADA HAK UNTUK MENCACI MAKI ORANG LAIN. Takde pun dalam AL-Quran ayat-ayat yang membenarkan kita mencaci maki orang... Kalau tak puas hati ke tak suka ke,patutnya tegur elok-elok... BILA kita mencaci-maki orang lain dalam,blog atau kat mana-mana sekalipun,kita telah mewujudkan rasa tidak suka orang lain kepada kita... bila perasaan itu timbul,bukankah itu hanya akan menjurangkan lagi ukhwah kita sesama manusia???? Dan siapa yang akan bertepuk tangan bila ukhwah sesama manusia mulai renggang???






Lu pikirlah sendiri...