Perasan tak sekarang ramai gadis kahwin dengan lelaki berumur? Tu mesti sebab masa diorang memasak diorang suka nyanyi kan??? Hehehe. Dulu pernah juga la nyanyi-nyanyi sa,mbil eden memasak kek dapo ha,tapi apo jadi. ikan goreng hangit...haha
Sebab itu la kita tidak digalakkan untuk menyanyi kat dapur atau dalam erti kata lain time memasak,sebabnya bila kita tengah feel lagu tu kan,mesti kena pejam-pejam mata kan...for sure la ikan or apa-apa yang korang masak hangit. Yang penting waktu memasak adalah fokus. diulang FOKUS.
Sebenarnya ada lagi pantang larang tok nenek kita ni,ada baaaanyak lagi. Alkisah nak diceritakan,aku ni suka berinai. Tau apa tu berinai? Letak inai kat jari bagi jari jadi merah. Tapi selalu buat kat kampung ja la sebabnya kat kampung ada pokok inai dan ada orang tolong pakaikan...macam pengantin.hehe. Ada satu hari tu,merap kat maksu nak pakai inai,punya la nak jugak,aku sendiri yang pergi guling2kan daun inai tu sampai lumat. Dah siap maksu nak tolong pakaikan la. Port pakai depan pintu. Waktu tu tokwan nen ada lagi. Dia datang dekat aku n ckp..."pakai la depan pintu,ayam tengok nanti inai tak merah". Macam nak percaya taknak ja ka,tapi hakikatnya memang inai tak merah... huhuuhu. Lepas tu memang aku ingat sampai bila-bila la,jgn bagi ayam nampak kalau nak pakai inai :)
Kat bawah ni aku senaraikan serba sedikit pantang yang aku tau...
1. Kalau kupas kulit buah/apa-apa la,jangan kupas start dari bawah,takut anak songsang.
2. Malam-malam jangan kerat kuku,nanti ... datang.
3. Jangan mandi waktu malam,nanti paru-paru berair.
4.Tak boleh duduk atas bantal,nanti bisul naik...
5. Makan nasi kena habiskan,nanti tak habis nangis la nasi tu...
6. Lempar baju atas bumbung kalau tak nak hujan masa majlis perkahwinan berlangsung
7. Makan nasi jangan bersulam air,nanti perut buncit.
8. Lepas makan jangan mandi,nanti perut buncit jugak..
Ada banyak lagi sebenarnya,tapi dah lupa...hoho. Kalau korang nak tambah,sila tambah di ruangan komen ya... Arigato neh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan