Memaparkan catatan dengan label gstt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gstt. Papar semua catatan

26 April 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011. Tawaran ini adalah dibuka kepada semua GSTT yang sedang dan pernah berkhidmat diSK, SJKC dan SJKT yang memenuhi syarat asas/syarat pelantikanopsyen serta melepasi prosedur pengambilan guru.
Bidang-bidang kursus yang ditawarkan ialah:
1. Bahasa Inggeris – SK,SJKC dan SJKT
2. Bahasa Tamil – SK
3. Bahasa Cina – SK
4. Bahasa Arab – SK
5. Bahasa Iban – SK
6. Bahasa Kadazandusun – Sk


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada atau sebelum 16 Mei 2011.

04 Mac 2011

TERKINI! surat pemberhentian gstt 2010 ditarik balik



mesti dah tengok berita tv3 or tv1 tadi kan???
mesti dah baca dalam surat khabar utusan kan???

"sebagai salah seorang GSTT yang diberhentikan dan belum dapat surat penyambungan kontrak lagi bagi tahun 2011,saya mewakili semua sahabat gstt yang lain mengharapkan penarik balikan surat pemberhentian itu akan membawa sinar kepada kami. Walaupun kami belum cukup 3 tahun tempoh perkhidmatan,tetapi kami juga berhak diberi peluang untuk meneruskannya... "

okey ini bukan aku yang cakap,ini kawan aku yang cakap...hehehe percaya tak?
perit weih putus duit poket selama sebulan...pernah tak rasa apa yang aku rasa???
itu baru sebulan,belum berbulan-bulan. Itu pun aku dah habis segan dengan mak ayah aku dah,besar panjang pun abah tanggung lagi...huhu

malas nak cakap lagi...nak maklumat lanjut lawatilah web ini

"SEMOGA IMPIAN JADI KENYATAAN"

30 Januari 2011

Pengambilan GSTT Tahun 2011

Sebabnya hari ini mahu pulang memancing di kampung,awal-awal pagi emak sudah membangunkan anaknya ini... On the way nak balik kampung tu kena hantar abah pergi Seminar dekat Sekolah Sains Kubang Pasu dulu,selepas itu barulah bertolak pulang ke Perlis...

Pukul 1135am,bertempat di Rumah Makteh Con,henponku menyanyi riang lagu " Tentang Seseorang" ost dari filem 'Ada Apa Dengan Cinta'. Ku angkat ku tanya " Siapa itu? " Rupanya rakan x-gstt SMK Bandar yang call, Suraya. Tak dan ( tak sempat ) nak "wei lama tak dengaq brita,buat pa la ni?" terus dia kata "Qeat isi tak lagi borang GSTT 2011 online kat website ppdkmy? Tarikh tutup 30 haribulan before 12.00pm.
What the......... Aku nak isi macam mananya dah aku kat kampung ni. laptop internet wireless suma mana ada... Bengong. Nasib la kawan aku tu sedia membantu. Lepas tu terus aku draf msg and terus forward dekat member-member x-gstt 2010 dan sapa-sapa yang teringin nak jadi gstt untuk tahun 2011.

sabo-sabo

Kepada semua x-gstt,rajin-rajinlah lawati laman sesawang yang penuh sawang ppd daerah masing-masing.Kadang-kadang diorang malas nak layan manusia yang datang bertanya kat kaunter pertanyaan pejabat pendidikan daerah tu (nama pun kaunter pertanyaan) and prefer upload all the form in their website.

Nasib baiksempat tadi,kalau x-gstt daerah KM/Y yang tak sempat submit form tu tadi,sila lah ke ppd untuk pertanyaan lanjut. Maaf la kalau saya tak inform korang awal,tadi masih di kampung.

Jangan risau,insyaallah ada rezeki,kita semua akan berjaya.

Amin...