Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

04 April 2011

diam-diam tapi popular...


Anugerah Bintang Popular 2010 ternyata milik Shahiezy Sam, walaupun ramai yang memberi saingan sengit termasuklah Fara Fauzana yang menang 2 anugerah,tetapi ternyata rezeki tetap berpihak kepada Shahiezy Sam..  Tahniah!

Kemunculan Usop Wilcha ke pentas memang kelakar gila. Tahan tahan gelak bila dia mintak sokongan siapa yang setuju Usop umumkan Bintang Paling Popular angkat tangan macam si Usop ni...semua sporting angkat tangan macam tu... Tak sabar tunggu video ABPBH 2010 dalam youtube...

Apapun,semoga industri seni kita terus maju dalam melahirkan bintang yang berkualiti ^_^









pssst: suka shahiezy sam dengan lisa surihani

06 Mac 2011

DRIVE ANGRY best tapi........

kenapa ada tapi?

agak-agak?

hehe


ok dalam crita drive angry ni,nicholas cage ni kembali ke bumi dari neraka (kononnya) untuk menuntut bela atas kematian anak kesayangannya dan menyelamatkan cucunya daripada menjadi korban Jonah King. (betul kot nama dia nie). Kalau dulu dalam ghost rider tu dia bawa  moto kan,tapi kali ni dia bawa kereta pula dengan satu awek cun ni..

nak tahu lagi lanjut,sila ke pawagam berhampiran anda...full pack of action that can blow you out.. ^_^


yang tak bestnya,masa screening tu,ada budak-budak/student under 18 pun dibenarkan masuk juga. yala tiket free kan,tak kan nak tapis blogger mana yang bawah umur takleh join, tapi sepatutnya nuffnang kena start buat macam tu dah,contoh terdekat cerita ni la,memang agak ganas even pada permulaan cerita,pastu dengan mencarutnya,dengan adengan seks yang tak dipotong dan macam-macam lagi la...kalau yang dewasa ni ok la sebab dah boleh judge mana baik mana buruk,tapi tak bermakna yang dewasa nie boleh tengok yang 18sx punya...hehehe

Lagi satu,ada nuffnanger/blogger yang dapat tiket free ni ada yang bawa anak kecil. Pada pendapat aku lagi la tak sesuai. Sebabnya kesian dengan budak-budak kecik ni,dah diajar tengok cerita-cerita yang ganas dan adengan 18sx lagi,pastu dengan mencarutnya...ish...ish...ish...

Sebelah seat aku ada la encik tu bawak wife dengan anak dia yang baru nak belajar cakap,pastu bila part yang ganas-ganas potong tangan la telinga koyak la,aku dengan mencik pandang je budak tu tengok reaksi dia macam mana,budak tu tengok skrin tak berkelip...natah apa yang dipikirnya. Budak-budak nie dia cepat belajar tau,takut bila diajar tengok cerita cenggitu dia terbawa-bawa pula...

 Apapun,kalau nak layan cerita aksi...cerita nie ok..boleh layan lagi...cuma kena tahan telinga dengar carut marut dia ja la...hehehe


sapa tak pernah sampai first venue,inilah dia tempatnya...


poster drive angry

poyo lepas claim tiket,amik gambar nak tayang kat korang hehe


inilah rupanya pas premier screening ye

1st Avenue ni tinggi tau,cantik pemandangannya,nampak laut...


_tHe EnD_



27 Februari 2011

---di mana di mana---

Lagu best nyanyi masa tengah drive kereta balik dari kerja...part 'ah ah ah' tu kasi manja-manja sikit hokey...

1...2... start



Di mana di mana, di mana ku harus mencari

Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu

A a a ah

Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa

Batin ini…ho wo wooo

Ho o ho o o oooo Oh

Hanyalah kamu di hatiku

23 Februari 2011

*SIAPA GANTI FARA FAUZANA??????

Hari tu masa tengok MELODI,ada zizan dengan fara dengan wahid, pastu minggu seterusnya ada dira abu zahar pulak..rupanya dua-dua orang ni la yang bakalmenjadi pengacara baru program sensasi MELODI di TV3 nanti. Diorang training dulu before nak ambil alih rupanya...hehe



Walaupun saya adalah peminat 'tegar' Fafau,tapi saya merestui pengunduran Fafau daripada mengacara program Melodi tu,bukan sebab dengki ke apa,tapi bagus la buat macam ni,boleh bagi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan diri pula kan...

Zizan tu memang dah saya suka dah sejak-sejak layan SPONTAN kat ASTRo..memang kelakar and serba boleh la si Zizan nie,skrg kalau tak silap dia dah menyanyi pulak... Bagus,sangat berbakat.

Dira pula mula dikenali masa berlakon cerita Merah Putih. Memang dia sebenarnya dah lama berlakon,tapi rasanya lepas tengok cerita merah Putih tu terus tertanya-tanya siapa,sebabnya suka dengan suara Dira yang ala-ala Rock gitu...hehe. Baru-baru ni lakonan Dira dapat dilihat dalam drama Akasia Tiramisu...

Semoga gandingan kedua pengacara baru ini bakal mengsensasikan lagi MELODI...

Nak baca cerita pasal ini dengan lebih lanjut,klik sini

11 Februari 2011

FASHA yang cantik,suka SOFEA JANE

NO NO aku bukan lesbi!


Tadi melayan cerita Samson & Delaila, terkelip-kelip tengok si Fasha Sandha ni...cantik la... Suka.. eh Tak suka...eh suka.. diam la kau!

Pastu ditambah dengan alunan muzik yang indah bertajuk Sofea Jane alunan merdu Black Mentor sangat meruntun jiwa...owh~

Memang semua orang kaya cantik-cantik ye? Ke bukan macam dalam cerita yang selalu dalam tv tu? teringin nak merasa menjadi orang kaya walau sehari. Nak merasa macam mana kehidupan seorang yang berada...huhuhu

Tingginya angan-anganmu... Produser tv,buat la rancangan realiti macam Puteri Impian tu satu,mesti dapat sambutan yang menggalakkan.Percayalah...













SOFEA JANE pulak okey...






 tak layan kalau tak nyanyi sama-sama...

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca



Yang tak bisa disentuh


Namun hanya boleh dipandang


Ingin sekali ku sentuh


Ingin jua ku memiliki






Kau selalu membuat hatiku merasa berat


Dan kau yang selalu ada


Saat semua pergi


Bagaimana mungkin


Untuk kau mengerti










Kini telah ku sedari


Mimpiku tak bererti sendiri






Chorus


Andai kau tahu


Apa yang ku mahu


Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku


Dan aku tak bisa memaksa dirimu


Walau dalam tidur


Ku kan menantimu hingga akhir nanti






Kau selalu membuat hatiku merasa berat


Dan kau yang selalu ada


Saat semua pergi


Bagaimana mungkin


Untuk kau mengerti






Kini telah ku sedari


Mimpiku tak bererti sendiri



03 Februari 2011

FARAH FAUZANA beraksi hot dalam klip video

Selamat Pagiiiiiii CINTA..............

Tertekan tak baca tajuk entri macam tu? Beb beb semua...jangan marah k...Farah Fauzana kita tu sememangnya hot dah kan...kerja pun dekat HOTfm...

Al kisahnya cik fafau ni dilamar menjadi model dalam klip video satu band baru ni, tapi bukan dia sorang je tau,ada lagi ramai perempuan-perempuan cantik yang terlibat dalam musik video tu..(asal nada mcm indon? tak faham...). Nak tengok kak fafau berlakon macam mana? ada gaya ala-ala jin notti tak?hehehe

Jom layan........................ ^_^




Farah soooooo sweeet kn??????? hehe.

Tak layan la kalau tak nyanyi sama-sama...


Project Pistol- Wanita Seluruh Dunia

Wahai wanita..

Wanita yang berada di seluruh dunia

Tak kira bangsa, umur atau rupa

Oh..asalkan kau wanita..


Kau buat ku gila..

Bila kau menggoda

Bila kau mengada-ngada

Oh..lirikan mata senyuman manisnya

Oh..kau buat aku tergoda..


Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu

Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku

Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku

Kepada wanita seluruh dunia

Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua

Untuk kamu semua..


Wahai wanita..

Adakah kau mengerti apa yang aku kata

Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya

Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu

Untuk buat hari kau ceria

Dan aku tak kisah mana kau berada

Ku ingin kau dengar ku berkata..
 






29 Januari 2011

Filem Khurafat raih RM 6 juta!!!

Wah....tahniah! tahniah kepada Syamsul Yusof kerana filem arahan dan lakonannya mencecah lebih RM 6 juta dalam masa 2minggu tayangan... Aku tumpang gumbira juga sebabnya anak melayu kita juga boleh berjaya jika diberi peluang... Walaupun aku tak pergi pawagam menonton cerita ni ( sebab takut dan tak pernah tengok cita seram kat wayang) tapi daripada komen dan preview filem rasanya cerita ini memang bagus dan lain dariyang lain. Hari tu tengok MELODI tunjuk reaksi penonton dalam wayang masa screening cerita Khurafat macam lawak gila,yang perempuan terjerit-jerit,lelaki pun sama kot,siap tutup mata lagi...haha.


Hmmm,adakah Skop Production juga akan memberi bonus penghargaan kepada para pelakon seperti Encik jutawan filem kita David Teoh yang memperuntukkan hampir RM 4.5 juta bonus dan imbuhan kepada para pelakonnya??? Kita nantikan...


Pergh syiok gila boleh dapat rumah 2 tingkat semi-D dengan berlakon. David Teo bagi rumah tu macam ''nah ko amik satu,ko satu"."Lisa,ko nak jugak ke?".  Lepas ni mesti lagi ramai la manusia berlumba-lumba nak jadi pelakon.hehe

baca SINI untuk cerita panas lain





p/s : Shahiezy Sam ada harapan jadi Bintang Paling Popular tahun ni kot,sapa tau kn?

26 Januari 2011

~akhirnya FASHA-JEJAI putus~

De de ada citer panas ni...ha apa lagi pasal artis yang-suka-pakai-bikini-kat-luar-Malaysia tu la...
Menurut Harian Metro online,Jejai mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon hot Malaysia si Fasha Sandha telah berakhir...

Menurut Jejai, perpisahan ini tiada kaitan dengan bekas isterinya iaitu pelakon Cuti-cuti Cinta si Nora Danish. Apa yang berlaku adalah suratan takdir.(bukan suratan atau kebetulan)

Aku pernah la jumpa si Jejai ni dekat Pavilion KL. Wa tak kenal dia pun beb. Wa tengah membebel dekat member wa ada mamat takde sivik mana la parking kereta Lamborghini die dekat betul-betul tepi laluan masuk parking tingkat atas kot tak ingat da.. Tau la kereta mahal pon... Siap no plat lagi wa hafal, JEJ41 (JEJAI). TENGAH SEDAP USHA + membebel-bebel.,tengok-tengok brader ni dah terpacak tepi kereta dia dah. member wa cakap tu la Jejai...X-husband NorA dANISH...Wa pun buat  oO bulat je la...hehe.

klik gambar kat bawah untuk berita versi panjang

23 Januari 2011

~KU ada KAMU~ ^-^

Sesiapa yang menonton Anugerah Juara Lagu ke 25 tempoh hari sila angkat tangan tinggi-tinggi!!!!!

Kalau korang perasan kan, anugerah juara lagu ni sebenarnya mencari lagu yang mempunyai kekuatan yang tersendiri,bukanlah dinilai melalui penyanyinya...pendek kata X-faktor itu yang penting. Fokus sebenar adalah lagu dan lirik,penyanyi tolong nyanyi ja...

Aku pulak suka lagu nyanyian Adira AF8 yang bertajuk 'Ku Ada Kamu'. Lagu yang sangat membuai perasaan dan lirik yang sangat mendalam. Sentimental jugak aku ni..haha. Kalau kita tengok lirik lagu tu,ayat dia semua ala-ala pujangga tau,sangat best dan melankolik...

''andai hari esok,langit akan runtuh,tabahlah menjunjung bersamaku''
''andai hari esok,dunia gelora,takkan ku gemuruh selagiku ada kamu''

Buat pasangan yang bercinta ta ta, hayatilah lirik ini dengan mendalam,kerana mungkin daripada lirik ini,cinta antara kalian akan semakin bercambah..wah~wah~


jom karaoke sama-sama

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

22 Januari 2011

AYU RAUDHAH & ZAKUAN ADHA selamat bernikah...

Tengah sedap blogwalking sambil ushar-ushar contest yang boleh dicuba nasib terjumpa la dekat blog gadis bermata coklat ni ,link ke blog http://beautifulnara.blogspot.com/ tentang entri yang baru sahaja beliau diterbitkan berkaitan dengan pernikahan pelakon AYU RAUDHAH dan kini suaminya ZAKUAN ADHA pemain bola sepak kebangsaan. Pasangan sama cantek sama padan ini selamat dinikahkan di Masjid Sultanah Bahiyah di A.Star,Kedah... tahniah di ucapkan... semoga berkekalan ke akhir hayat... klik http://beautifulnara.blogspot.com untuk momen indah seterusnya..