09 Mei 2011

Somebody Help Me Please!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (sempat jugak tu)

Hari tu kan, aku kan dah beli milkadeal punya coupon, tapi kan, aku lupa nak print... Pastu  bila aku sign in nak print kupon aku tengok-tengok dah takde! huhuhuhu Macam mana ni..? Aku dah hantar email tanya pihak milkadeal tapi takde balasan, dah la aku purchase 2 coupon... Aku ada bukti ini sahaja...


Macam mana nak buat? Ada sesiapa boleh tolong tak???

The Light Of My Life

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Hai semua, harap korang hadapi hari ini dengan INDAH.... aku pun berharap begitu juga... Insyaallah...

Yes aku memang suka lambat, segmen abang Ben pun berapa dah aku terlepas...hehe. Nasib baik yang Gegar 1000 Blog May 2011 sempat catch up. Kalau tak rugi...... Dengarnya kali ni ada hadiah ye? Ha lagi la berebut-rebut para blogger nak join kan...?

Semalam 8 May 2011 adalah Hari Ibu@Mother's Day.. Hanya ucapan sahaja aku dapat berikan untuk mak aku, PUAN JAMILAH BINTI JAAFAR. Nak bawa p makan-makan pun, mak sekarang makan oat, minum susu dengan makan nasi kosong dengan lauk yang tak pedas je... Nanti kalau bawa mak pergi restaurant, kesian kat mak teringin nak makan macam-macam tapi tak boleh...

Terima Kasih mak sebab gigih dari dulu sampai sekarang tolong carikan angah kerja walaupun kerja kejap2 ja, mak saya risau sebab anak dia ni dah tua bangka pun tak dapat kerja lagi, macam mana la nak kawin... haha. Takde rezeki lagi nak kerja tetap... Korang yang nak masuk Universiti nanti, pilih kos tu betul2 yang dah ada cabang kerjaya, kang jadi macam akak aku nie... Takde kesudahan. Dah. Tak baik merungut...

Buat semua ibu dan bakal ibu di dunia, Selamat Hari Ibu.


 "Menjadi seorang ibu merupakan momen yang terindah sekali dalam hidup seorang wanita... "



07 Mei 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

image


Kalau bab menGEGAR ni,memang tak boleh miss..

Thanks Ben Ashaari!!!

jOM RaMAi-rAmAi jOIN!

06 Mei 2011

Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


How are you? Harap-harap semua MARVELOUS hari ini... Malas nak membebel panjang, entri kali ini ada isi-isi penting sahaja tanpa ada penanda wacana...

Aku nak kongsikan dengan semua Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline korang yang korang dah collect tu.. Dulu2 aku pun buta kare juga,tak tahu macam mana kan.. Almaklumlah bukannya expert sangat bab-bab ni... Tapi alhamdulillah, dengan bantuan adik Saiful Nazmi, aku berjaya juga tebus dan duit tu dah masuk ke akaun paypal aku dah...



Sebelum anda join iPanelonline ni, aku galakkan korang buka dulu akaun paypal. Kalau sesiapa yang belum daftar, boleh daftar kat sini. Kalau tak dapat akses korang taip ja paypal kat google, pastu nanti Sign Up... Tahu kan???  *--*

Bila dah ada akaun paypal, bolehlah daftar iPanelonline pula... Nak join ke? KLIK sini ye...
Okey dah siap segala. Nanti korang jawab2 survey semua, korang dapat la kumpul mata. Then bila mata dah lebih 500 pun dah boleh redeem da. Sebabnya dalam iPanelonline ni paling rendah korang boleh redeem adalah RM5 bersamaan dengan 500 mata. 

Proses untuk tebus mata :

1.  Klik Menebus Markah


Pilih la nak tebus berapa RM...
Kalau RM5, dia akan keluar macam ni..


2. Lepas tu klik TEBUS SEKARANG 
Kalau sesiapa yang belum kemaskini informasi untuk penebusan, korang akan diminta untuk melengkapkan maklumat itu dahulu..


Isi maklumat korang semua dan paling PENTING jenis mata wang tu (rujuk anak panah) pilih RM kalau ada.Untuk kes aku ni, puas aku mencari Rm tapi takde, aku tanya adik Saiful Nazmi pun dia cakap patutnya ada, last2 aku hantam USD ja la.. Tu yang bayaran aku tak cukup RM50..hehe

Lepas submit siap la.. tunggu pengesahan ja.. Kalau nak check status penebusan korang tu, boleh ke bahagian bawah sekali dan klik ' Nota Penebusan'. Kena tunggu 2-3 hari jugak la untuk duit masuk akaun paypal...

Oh ya.. Jangan lupa linkkan akaun paypal anda dengan bank di Malaysia ya... Boleh tengok tutorial kat sini...

Untuk maklumat lanjut ataupun untuk dapatkan bukti yang lebih hebat lagi dari aku ni, bolehlah ke blog Saiful Nazmi . Mamat ni lagi kencang la dia punya payment dari iPanelonline. Kalau tengok perujuk tertinggi pun, dia top ten kot...hehe

Jom Join Ramai- Ramai!  klik sini untuk daftar iPanelonline 



Selamat Berjaya!

05 Mei 2011

Gadis Xes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Hello hello apa khabar?

OHIO!

 Maaflah sebab lama tak update... Tengah sesuaikan diri dengan keadaan huru-hara di rumah dan tempat kerja.. Kali ni dapat kontrak sampai bulan Julai dengan subjek yang berbeza. Alhamdulillah..  Lagipun sebab down dengan encik nuff, terus dia punya mood nak berblog pun turun. Tapi tapi tapi.... hari menguatkan diri untuk update jugak walaupun seketoi entri..

 Gadis xes...



Ini keyword yang ada dalam untuk analitikal minggu lepas. Ambil dari nuffnang, oh ada orang search gadis xes ye... Apakah motifnya? Adakah beliau tersalah taip sebenarnya nak taip gadis SEX tetapi tertaip gadis XES pulak? Tak paham...

Apapun, XES masih tidak berbaur lucah kan? hehehe. So blog aku boleh dikategorikan sebagai 'blog budak baik' lagi..

Buat semua yang tinggalkan komen dan blogwalking kat sini, terima kasih daun keladi diucapkan... Insyaallah aku pun akan pergi jenguk blog kalian. ni diam-diam berisi tau...

Okey...jumpa lagi pada next entri.... ^______________^