24 Januari 2011

kayuhan ^ Le Tour de Langkawi^

Tengah hari tadi adik aku mengada suruh aku hantar dia ke sekolah. Padahal sebelum ni dia pergi naik basikal je. Aku dengan gaya ala-ala amah Malaysia pun trus start keta nak pergi hantar mamat manja tuh.. Bila sampai ja kat depan,aku nampak 2-3 orang pakcik polis dok berdiri tepi jalan... What the??? So aku ngan cuaknya guna la jalan kampung nak ke sekolah adik aku tu. Biasa la kan setakat drive area Gurun ni takdenya nak bawak lesen...huhu. Kira otai kat tempat sendiri la... :) Lepas antar adik aku,aku kena pergi beli surat khabar pulak. Ni hari-hari memang wajib beli surat khabar.. Masa on the way nak ke kedai uncle paper tu,aku dah nampak polis trafik moto besau kat depan. Ah sudah...terus aku masuk jalan kampung balik. Tapi aku rasa mesti ada event ni,kalo tidak pekan koboi Gurun tak semeriah ini. Dalam hati dah rasa ni mesti peserta Le Tour de Langkawi nak lalu sini.. Terus aku balik umah jap amik henpon sebab boleh snap gambar masuk dalam blog. Bukan senang nak tengok event ni...huhu

Okeh sekarang dah sampai tepi jalan... Aku still dengan gaya ala-ala amah Malaysia jugak...hehe.Ada aku kisah? Taman aku kot nak sinis-sinis tengokaku. Biasa la orang Malaysia... Dengan gaya amah yang pegang henpon nak amik gambar,aku pon bergaya profesional jugak la tepi jalan tu... 2 3 kali jugak dapat snap abang(bukan pakcik) polis bawak moto besar pakai spek itam dengan walkie tokie..hehe (gatal). Jauh jugak la jarak jalan raya tu diorang kosongkan.. Tapi ada juga seko dua yang tak paham bahasa. Nak lalu jugak... Padan muka kena halau dengan abang polis moto besar...

Dekat 15minit menanti,suspen jugak ni...first time nak tengok and snap gambar... Dah la panas,berpeluh ketiak tunggu kot... Pukul 1245 tengah hari ok... Tapi takpa,demi blog tersayang,ku gagahi juga... Akhirnya nampak la kelibat dua peserta yang bersaing mengayuh basikal dengan penuh bergaya...yang dua orang ni leading kot,tapi malang nasibku apabila time nak snap yang 2 orang tu je,camera henponku gagal berfungsi... sedih. Jadinya aku dapat snap yang ramai-ramai kat belakang je...huhuh. Takpe la. At least ada jugak...

Inilah hasilnya..

abang polis naik motor besar




jalan raya dikosongkan untuk laluan peserta



ramai abang polis naik motor besar...yuhhu~




kenapa semua menuju ke arah aku?????




antara yang terlibat



escort naik proton Gen-2



 Ha..kalau dah terlepas yang ni,jangan risau...check schedule di bawah untuk mengetahui laluan Le Tour de Langkawi 2011 yang seterusnya...



Ayuh Malaysia Kayuh!

2 ulasan:

::Cik Zatie:: berkata...

teringin jugak nak snap gambo diorg ^___^

nur ikhyar dee berkata...

@Cik Zatie : hehe..cepat-cepat tengok schedule kat atas, pastu 'ligan depa' (kejar mereka)
boleh la snap gambo diorang.. ~