31 Mei 2011

"GA Header & Template Blogspot!"


Wah wah wah last minit nak join nie...harap-harap sempat!

Chaiyok2...

Sebenarnya saya sangat impikan saya mempunyai citarasa dalam menghias blog. Malangnya anda sendiri nampak kan? Cita rasa saya seperti lidah yang baru terkena air panas. Dalam makna kata yang lain, TIADA CITARASA. Saya inginkan header seperti Yuyu Zulaikha yang mana pari-pari yuyu bergerak mengikut cursor mouse... Sangat cute hokee..

Begitu juga template... Saya dambakan template yang kemas,cantik dan nampak matang sesuai dengan umur saya ini..whoa... Ok. Saya memang nak tukar template, tapi tak reti. Almaklumlah, buta IT..huhu. Jeles tahap gaban tengok rakan-rakan blogger lain punya template blog yang cantik dan sedap mata memandangkan sedangkan saya hanya mampu menelan air liur melihat blog itu... Harap-harap encik Alieff sudi memilih saya sebagai pemenang ...(angkat bakul)

Buat semua pembaca saya, silalah join... ^__^

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

rokok

TAK SUKA ROKOK,ROKOK MENYEBABKAN ORANG SEKELILING MERANA

Segmen 24jam oleh Ben Ashaari. Jom join ramai-ramai...

30 Mei 2011

"Kalau Saya dapat RM300"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ini entri hanya untuk join contest je...kemalasan melanda diri, sebab cuti sekolah. Patutnya dah bercuti update la entri kn, tapi nanti-nanti lah...simpan dulu cerita best2..hehe

Okeylah,  contest kali ini menawarkan hadiah lumayan iaitu pemenang akan dapat RM300 tunai beb. Dan 3 hadiah saguhati masing-masing bernilai RM100 ye...(nampok benar mata duitan)

So apa tunggu lagi, kasi joinlah!


Kalau saya dapat RM300 tu, saya akan guna duit tu buat beli hadiah kahwin untuk kawan-kawan saya. Tahun ni ramainya la kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang mereka. Saya ja nak membujang selagi boleh..hehe. Dengan adanya RM300, bolehlah saya beli hadiah untuk diorang.... ^___^

Saya tag SEMUA pembaca kesayangan saya untuk join contest ni. Tutup 15 Julai 2011,sempat lagi...

27 Mei 2011

~header mamat ni SEMPOI kot....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Lepas join segmen SERBU ben ashaari, aku pun pergi SERBU peserta-peserta kat komen Ben ashaari tu... Terjumpa satu blog MAMAT nie, gila sempoi header dia... Teringin nak header macam tu jugak... Kalau tempah  mahal ke tak? Tapi kalau ada sesiapa nak tolong buatkan ALHAMDULILLAH... hehe. Okey takde orang nak buatkan. Saya faham...

Sebab nak jadi follower ke 999 dia, aku dengan GIGIHnya refresh page blog dia 4-5-6 kali...maka akhirnya BERJAYA. Usaha tangga kejayaan. Sekarang aku dah faham..

26 Mei 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI


"BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU"


Saya blogger baru.. Saya perlukan pertolongan kawan-kawan semua yang SERBU blog simple saya ni, untuk komen adakah blog saya ok... Please please ye,sebabnya saya timbang blog saya rasa macsm berat, bila buang shoutbox pun still berat. Buntu dah nak buat macam mana...

 ...Thanks semua...

" Mr iZzo 1st GiveAway free T-Shirt"

Mr iZzo - Mylife


Cuti sekolah dah start. Bolehlah aktifkan diri join contest+giveaway+blogwalking kat blog kawan-kawan semua...

First GA adalah anjuran Mr iZzo 

Mula kenal dengan Mr iZzo ni melalui segmen Gegar Blog Mei anjuran Ben Ashaari... Blog Mr iZzo ni sangatlah mendamaikan sebab berwarna HIJAU, dan kemas susunannya... I yang perempuan ni pun kalah tau...ahakz! 

Oh jangan tak tahu ye, kat blog Mr iZzo ada PB kot...hehe. Clearance stock dan sangat murah ok... Macam nak je, tapi malu nak beli kat Mr iZzo...wink*

Jomlah... cepat-cepat join GA Mr iZzo k... ^____^

22 Mei 2011

Hackers!!! Saya Nak Join 30 Bloglist Terpantas!!!




BILA nampak banner ni, terus join. Harap-harap sempat...

Sesuai dengan tema blog Hackers ni, " 1 Informasi 1Berita 1Blog", segala gosip hangat, gosip dingin, berita tergempar dan tergempak semua ada di sini... Tengok si Upin Ipin pun dah rasa membuak-buak nak baca kandungan dia kan...hehe

So kalau korang perlukan apa-apa informasi, bolehlah menjengah blog Hackers ni. TERBAEKK!

nak join, KLIK SINI

13 Maut dalam Tragedi Tanah Runtuh

Assalamualaikum semua...

Sebak ja baca berita hari ni, kejadian tanah runtuh yang berlaku melibatkan rumah anak-anak yatim dekat Hulu Langat.. Setakat ni, 13 maut manakala 3 lagi masih tertimbus... Daripadanya kita datang, kepadanya juga kita kembali... Teringat dekat mak. Pagi-pagi tadi sebelum mak pergi kerja, tiba-tiba mak datang mengucup pipi dan dahiku.. Walhal sebelum ni mak tak pernah pun buat macam tu... Sayunya hati....


13 maut, 3 tertimbus

Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.
Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.
Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.
Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.
Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




Sakitnya Hati Bila Diri Tak Dihargai...

Assalamualaikum...

Bila segala pengorbanan kita dilupakan, apa lagi yang kita harapkan?
Hanya mencari keredhaan dan ketenangan darimu Illahi....

Berilah kekuatan kepada hambamu Ya ALLAH...

21 Mei 2011

10 Waktu Mustajab Berdoa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Buat Semua Pembaca...

Mula-mula aku nak minta maaf sebabnya semua entri yang bulan Mei ni adalah entri auto-publish... Kesibukkan melanda diri aku buat masa ni. Tapi insyaallah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk melawat korang bila aku ada masa terluang nanti... Sedih sebab dah banyak terlepas segmen dan Contest yang kawan-kawan blogger anjurkan, tapi apakan daya, aku kena pilih salah satu antara kehidupan harian atau blogging, kalau pilih kedua-dua, risau pulak takut berciciran keduanya...

Khamis lepas, aku ada interview dekat Halagel (M) Sdn Bhd. HALAGEL ni produk dia either food or pharmaceutical. One of them adalah Rock Salt and Virgin Coconut Oil.. Interview untuk Chemist. Job yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi tapi belum ada rezeki.

Menyesal pun tak guna. Aku rasa performance aku masa interview hanyalah 50% sahaja. Yang aku boleh buat sekarang hanyalah BERDOA. Ya. Doa. Bila sesuatu telah terjadi kepada kita, memang kita tak boleh nak ubah lagi, masa tidak boleh diputarkan, kita sebagai Muslim, hanyalah mampu berdoa dan memohon segalanya dipermudahkan oleh ALLAH...

Di sini aku ingin kongsikan 10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa. Insyaallah, mungkin jika kita berdoa pada waktu-waktu tersebut, kebarangkalian doa kita dimakbulkan adalah tinggi...

10 Waktu Mustajab Berdoa


1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”

(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)


5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.


Wallahu'alam

19 Mei 2011

SALAK DENAI CHALET

Assalamualaikum semua...

How are you today? HEBAT?? Bagus2..hehe.

Selepas abes je sambutan Hari Guru di sekolah, aku dengan mak terus bergegas pulang ke rumah untuk amik adik pompuan aku dan terus memecut dengan berhati-hati ke Daerah Yan, Daerah Pelancongan.. Destinasi yang dituju adalah Salak Denai Chalet. Pernah dengar tak Salak Denai Chalet? Terletak kira-kira 10 minit sahaja dari Pekan Yan, lokasinya jalan ke Titi Hayun, ada simpang ke Sungai Batu Hampar, ha ikut jalan tu sahaja.. 

First time datang ke Salak Denai ni, aku dah jatuh cinta. Masa tu ada reunion batch 1998-2002 ex-student SMKAY. Tahun 2008 tak silap aku.. Lepas daripada tu, asyik dok teringat ja kat Salak Denai ni, tapi tak berkesempatan nak pergi. Minggu lepas, aku bertekad jugak call manager dia, Dayah Yusof untuk tanya hari apa yang boleh booking lagi. Alhamdulillah, Dayah kata ada kosong, 16 Mei 2011 start 11.00am-6.00pm. So taknak fikir panjang terus confirm. 

Chalet dia sangat best. Setiap chalet ada kolam renang dan tempat memasak+bbq sendiri. Dan kawasannya adalah sangat privasi. Maksudnya, kalau wanita/perempuan Islam yang perlu menjaga aurat dia bila mandi, kat sini bebas. Sebabnya kolam tu takyah share dengan orang lain. Family kita ja yang boleh guna. Dan harganya sangatlah berpatutan. Harga ikut jenis chalet. Ada yang RM100 sehari atau Rm60 setengah hari, dan ada yang RM200 sehari atau RM100 untuk setengah hari.. Yang RM200 tu chalet dia lagi besar, dan ada 2 bilik. Sesuai untuk bawak adik beradik/kawan-kawan gathering dan mandi-manda.. Air yang diorang gunakan untuk kolam pun adalah air sungai atau air mata air. No klorin ok! So bila lepas korang mandi rambut takkan keras macam berus tembaga!

ini chalet yg aku sewa


chef bbq kita yer...

boleh gelongsor2 tau..

Tambah kapsyen

bbq di siang hari

again our chef


konvoi sekeluarga untuk mandi-manda, takde orang time ni, best gila!

nak jiwang2 sambil tengok kolam pun boleh..

ini chalet baru, siti aishah kot. kolam dia lagi besar weih..

yang ni ada kolam untuk kanak-kanak

Kalau nak lagi maklumat lanjut, or nak tengok jenis-jenis chalet kat Salak Denai ni, boleh LIKE Fanpage dekat Facebook. Search SALAK DENAI CHALET je. Aku boleh gerenti memang puas hati datang sini..

Jom cuci mata rehat minda!

 

17 Mei 2011

Massage Urut-Urut + Cool Boxes

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua...

Apa khabar semua...? Sihat-sihat la harapnya ye ... Aku sihat sokmo... Rasa macam dah lama tak pergi jalan-jalan kat shopping complex la.. Sejak-sejak ada banyak online shop nie, rasa selesa untuk bershopping online ja... Ya la kan, tambah kalau perempuan, nak keluar g kedai, bukan boleh terjah macam tu je, kena la bersiap segala bagi molek dan menutup aurat. Kalau wanita Islam, haruslah menutup aurat waima hanya mahu membeli bawang seringgit sekalipun...

Sebab tu lah aku lebih selesa membeli secara online, mudah, senang dan selesa. Barang pun terus dihantar ke rumah... I LIKe! (nampak benar pemalas). Kalau ada kedai runcit online kan syiok.. Nak bawang seringgit, perencah tomyam satu, order je pastu terus hantar ke rumah... Takat ni dekat kawasan taman aku hanya ada penghantaran barangan runcit ja la, call kedai tu nak apa, nanti dia datang hantar dengan motor..hehe.

Tapi kan aku suka sangat dengan offer-offer dari MilkADeal. Mesti korang tau apa itu MilkADeal kan? Ala kadang-kadang ada iklan dia pada blog korang... Memang certain deal tu sangat berpatutan.. Before ni aku dah beli pakej massage2 untuk dua orang. Each coupon only cost RM23.80 sahaja. Massage pulak untuk 2hours.. FULL BODY ok! Dengan FACE massaage guna guasa lagi... Kalau nak compare, kita pergi facial pun mau RM35 dah kan? Tu baru facial. Kalau full body agak-agak berapa? Ni first time nak buat body massage. Facial dah banyak kali, tapi yang ni Guasa punya, so maybe lain skit.. Appoitment 28 May 2011 nanti at Face Avenue Ayer Hitam, Penang... Tak sabar nak pergi :)



Tak sempat redeem lagi coupon tu, aku purchase lagi satu deal oleh oleolemanis. Kali ni Rm38 untuk 50 kotak. Semua cute- cute dan cantik... Aku beli 50 pcs untuk stand by, mana tau nak tunang ke kawin ke dalam masa terdekat ni kan... Ooops!hehe. Yang ni tak pasti berbaloi ke tak, tapi disebabkan tertarik dengan kecomelan semua box tersebut, so aku beli je..




Comel kan???? Ada banyak lagi design lain. Kalau nak tengok silalah ke oleolemanis.

14 Mei 2011

“Firzara Collection First Giveaway…Jom Join!”

giveaway

Assalamualaikum semua...

Sebabnya bila log in blog tengok kat dashboard nampak giveaway ni dulu, terus JOIN! Tarikh tutup 15 Mei 2011

a) Adakah anda suka shopping online? dan nyatakan sebabnya.
Suka! Sebab senang. hehe. Nampak benar aku malas. Shopping online ni, kita just pilih2 barang, pastu order dan tunggu dua tiga hari barang pun sampai la kat rumah... Tambah-tambah sekarang ada kes lelaki bermotosikal simbah asid kan,lagi la bahaya nak keluar rumah.. So shopping online adalah pilihan yang tepat!
b) Saya suka blogshop yang menjual………
Barang-barang kecantikan dan penjagaan diri. Setakat ni barang yang aku dah beli online adalah contact lens(2x), kain cotton(3x), detox patch,tv paint stick foundation, dan ada beberapa barang yang aku lupa apa dia...huhu. So far alhamdulillah, aku puas hati dengan setiap pembelian aku secara online..
c) Saya suka shopping di Firzara Collection kerana…… 
Harga barang-barang kat Firzara Collection adalah sangat berpatutan. Okey aku tak pernah beli lagi barang kat sini. TAPI aku tengah ushar dress labuh yang Firzara Collection baru upload, soo cantik dan murah kot.. Aku menunggu gaji ja untuk beli... Insyaallah...

Okey dah siap... Boleh pergi dating dengan gembira..lalala ^__^

12 Mei 2011

Ruangan Iklan Untuk Disewa Dicari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku sebenarnya tak tahu nak guna istilah apa untuk entri kali ini. Tapi aku try jugak..

Ada pengiklan sedang mencari beberapa blog untuk mengiklankan produknya. Contoh korang boleh tengok kat bahagian sidebar aku yang warna hijau tu. Ataupun dekat blog Miss Angin

Kalau ada sesiapa yang berminat nak sewakan, sila email ke

alfahani@gmail.com


TERIMA KASIH

11 Mei 2011

Malaysia Tiada Agama Rasmi?

Assalamualaikum...

Opps opps jangan serang aku dulu wei... Aku pun baru terbaca kat tempat lain then terpanggil untuk bagi maklumat kat korang pulak... Bagi aku, benda ni kalau takde toleransi sesama kita, memang sampai kiamat pun tak habis..

Apa la nak jadi dengan tanah tumpah darahku nie..*sob sob..


Renung-renungkan...


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.
Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.
“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.
“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.
Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.
Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.
“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”
Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.
“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.
Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.
Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.
“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.
“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.
Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.
“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

09 Mei 2011

Somebody Help Me Please!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (sempat jugak tu)

Hari tu kan, aku kan dah beli milkadeal punya coupon, tapi kan, aku lupa nak print... Pastu  bila aku sign in nak print kupon aku tengok-tengok dah takde! huhuhuhu Macam mana ni..? Aku dah hantar email tanya pihak milkadeal tapi takde balasan, dah la aku purchase 2 coupon... Aku ada bukti ini sahaja...


Macam mana nak buat? Ada sesiapa boleh tolong tak???

The Light Of My Life

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Hai semua, harap korang hadapi hari ini dengan INDAH.... aku pun berharap begitu juga... Insyaallah...

Yes aku memang suka lambat, segmen abang Ben pun berapa dah aku terlepas...hehe. Nasib baik yang Gegar 1000 Blog May 2011 sempat catch up. Kalau tak rugi...... Dengarnya kali ni ada hadiah ye? Ha lagi la berebut-rebut para blogger nak join kan...?

Semalam 8 May 2011 adalah Hari Ibu@Mother's Day.. Hanya ucapan sahaja aku dapat berikan untuk mak aku, PUAN JAMILAH BINTI JAAFAR. Nak bawa p makan-makan pun, mak sekarang makan oat, minum susu dengan makan nasi kosong dengan lauk yang tak pedas je... Nanti kalau bawa mak pergi restaurant, kesian kat mak teringin nak makan macam-macam tapi tak boleh...

Terima Kasih mak sebab gigih dari dulu sampai sekarang tolong carikan angah kerja walaupun kerja kejap2 ja, mak saya risau sebab anak dia ni dah tua bangka pun tak dapat kerja lagi, macam mana la nak kawin... haha. Takde rezeki lagi nak kerja tetap... Korang yang nak masuk Universiti nanti, pilih kos tu betul2 yang dah ada cabang kerjaya, kang jadi macam akak aku nie... Takde kesudahan. Dah. Tak baik merungut...

Buat semua ibu dan bakal ibu di dunia, Selamat Hari Ibu.


 "Menjadi seorang ibu merupakan momen yang terindah sekali dalam hidup seorang wanita... "



07 Mei 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

image


Kalau bab menGEGAR ni,memang tak boleh miss..

Thanks Ben Ashaari!!!

jOM RaMAi-rAmAi jOIN!

06 Mei 2011

Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


How are you? Harap-harap semua MARVELOUS hari ini... Malas nak membebel panjang, entri kali ini ada isi-isi penting sahaja tanpa ada penanda wacana...

Aku nak kongsikan dengan semua Macam Mana Nak Tebus Mata iPanelonline korang yang korang dah collect tu.. Dulu2 aku pun buta kare juga,tak tahu macam mana kan.. Almaklumlah bukannya expert sangat bab-bab ni... Tapi alhamdulillah, dengan bantuan adik Saiful Nazmi, aku berjaya juga tebus dan duit tu dah masuk ke akaun paypal aku dah...



Sebelum anda join iPanelonline ni, aku galakkan korang buka dulu akaun paypal. Kalau sesiapa yang belum daftar, boleh daftar kat sini. Kalau tak dapat akses korang taip ja paypal kat google, pastu nanti Sign Up... Tahu kan???  *--*

Bila dah ada akaun paypal, bolehlah daftar iPanelonline pula... Nak join ke? KLIK sini ye...
Okey dah siap segala. Nanti korang jawab2 survey semua, korang dapat la kumpul mata. Then bila mata dah lebih 500 pun dah boleh redeem da. Sebabnya dalam iPanelonline ni paling rendah korang boleh redeem adalah RM5 bersamaan dengan 500 mata. 

Proses untuk tebus mata :

1.  Klik Menebus Markah


Pilih la nak tebus berapa RM...
Kalau RM5, dia akan keluar macam ni..


2. Lepas tu klik TEBUS SEKARANG 
Kalau sesiapa yang belum kemaskini informasi untuk penebusan, korang akan diminta untuk melengkapkan maklumat itu dahulu..


Isi maklumat korang semua dan paling PENTING jenis mata wang tu (rujuk anak panah) pilih RM kalau ada.Untuk kes aku ni, puas aku mencari Rm tapi takde, aku tanya adik Saiful Nazmi pun dia cakap patutnya ada, last2 aku hantam USD ja la.. Tu yang bayaran aku tak cukup RM50..hehe

Lepas submit siap la.. tunggu pengesahan ja.. Kalau nak check status penebusan korang tu, boleh ke bahagian bawah sekali dan klik ' Nota Penebusan'. Kena tunggu 2-3 hari jugak la untuk duit masuk akaun paypal...

Oh ya.. Jangan lupa linkkan akaun paypal anda dengan bank di Malaysia ya... Boleh tengok tutorial kat sini...

Untuk maklumat lanjut ataupun untuk dapatkan bukti yang lebih hebat lagi dari aku ni, bolehlah ke blog Saiful Nazmi . Mamat ni lagi kencang la dia punya payment dari iPanelonline. Kalau tengok perujuk tertinggi pun, dia top ten kot...hehe

Jom Join Ramai- Ramai!  klik sini untuk daftar iPanelonline 



Selamat Berjaya!

05 Mei 2011

Gadis Xes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Hello hello apa khabar?

OHIO!

 Maaflah sebab lama tak update... Tengah sesuaikan diri dengan keadaan huru-hara di rumah dan tempat kerja.. Kali ni dapat kontrak sampai bulan Julai dengan subjek yang berbeza. Alhamdulillah..  Lagipun sebab down dengan encik nuff, terus dia punya mood nak berblog pun turun. Tapi tapi tapi.... hari menguatkan diri untuk update jugak walaupun seketoi entri..

 Gadis xes...



Ini keyword yang ada dalam untuk analitikal minggu lepas. Ambil dari nuffnang, oh ada orang search gadis xes ye... Apakah motifnya? Adakah beliau tersalah taip sebenarnya nak taip gadis SEX tetapi tertaip gadis XES pulak? Tak paham...

Apapun, XES masih tidak berbaur lucah kan? hehehe. So blog aku boleh dikategorikan sebagai 'blog budak baik' lagi..

Buat semua yang tinggalkan komen dan blogwalking kat sini, terima kasih daun keladi diucapkan... Insyaallah aku pun akan pergi jenguk blog kalian. ni diam-diam berisi tau...

Okey...jumpa lagi pada next entri.... ^______________^