Mula-mula aku nak minta maaf sebabnya semua entri yang bulan Mei ni adalah entri auto-publish... Kesibukkan melanda diri aku buat masa ni. Tapi insyaallah, aku akan berusaha sedaya upaya untuk melawat korang bila aku ada masa terluang nanti... Sedih sebab dah banyak terlepas segmen dan Contest yang kawan-kawan blogger anjurkan, tapi apakan daya, aku kena pilih salah satu antara kehidupan harian atau blogging, kalau pilih kedua-dua, risau pulak takut berciciran keduanya...
Khamis lepas, aku ada interview dekat Halagel (M) Sdn Bhd. HALAGEL ni produk dia either food or pharmaceutical. One of them adalah Rock Salt and Virgin Coconut Oil.. Interview untuk Chemist. Job yang aku idam-idamkan sejak dulu lagi tapi belum ada rezeki.
Menyesal pun tak guna. Aku rasa performance aku masa interview hanyalah 50% sahaja. Yang aku boleh buat sekarang hanyalah BERDOA. Ya. Doa. Bila sesuatu telah terjadi kepada kita, memang kita tak boleh nak ubah lagi, masa tidak boleh diputarkan, kita sebagai Muslim, hanyalah mampu berdoa dan memohon segalanya dipermudahkan oleh ALLAH...
Di sini aku ingin kongsikan 10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa. Insyaallah, mungkin jika kita berdoa pada waktu-waktu tersebut, kebarangkalian doa kita dimakbulkan adalah tinggi...
10 Waktu Mustajab Berdoa
1. Ketika hujan.
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)
4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6. Ketika sujud dalam solat.
7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9. Sepanjang hari Jumaat.
Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Wallahu'alam
1 ulasan:
suka entri ni..bagus :)
Catat Ulasan