29 April 2011

DOWN!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku DOWN terus bila tengok status aku jadi ahli biasa dalam nuffnang!! Sebelum ni elok ja status aku glitter2 tu... Baru ja nak send tiket tanya screening kat Penang dah tak de ke, terus tukar antar tiket tanya kenapa status bertukar.

Nak tido..

Ni Semua Salah Makcik Kantin...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kenapa tiba-tiba emo menguasai diri bila menaip TAJUK entri ini??? Ha...  Bukan emo la.. Tak emo pun.. Tertekan je..heh

Seperti semua orang sedia maklum, isu pelajar-pelajar obesiti dan mengidap diabetis semakin hangat kebelakangan ni, dan masing-masing menunding jari ke arah satu sama lain... Kalau sesiapa yang baca paper Berita Harian hari ini, mesti dah baca pasal peniaga JAJAN digempur pihak berkuasa di seluruh negara kan... Rasa-rasa la kan, lepas ni ada lagi tak budak-budak yang obes lepas peniaga jajan ni digempur??

Tipu kalau cakap takde..


Okey sebenarnya aku sendiri yang belum ada anak ni, ada adik-adik yang masih sekolah dan hat bongsu adalah dalam kategori OBES rasa sangat2lah tak releven langkah yang diambil kerajaan iaitu dengan menggempur dan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat yakni makanan ringan kat luar dan di kawasan sekolah.. Aku anggap, jalan penyelesaian ini hanya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa akibat desakan ramai..

Bukan menidakkan jauh sekali mempertikaikan keputusan kerajaan yang sememangnya no 1 dalam hati aku ni, cumanya banyak lagi faktor lain yang kita perlu pertimbangkan. Apa pun, semuanya berpunca dari rumah dan tanggungjawab ibu bapa yang mendidik anak-anak cara pemakanan bagaimana yang bagus untuk kesihatan anak-anak mereka. Ye la nak salahkan pakcik jual jajan tu, dia jual je, anak kau yang pergi beli kopok Super Ring sampai gigi pun dah kaler merah dah.. Duit beli kopok tu, sapa yang bagi??? Takkan pakcik guard kot??? Lagi satu, sekolah mana kantin sekolah dia masak sedap??? Aku rasa cam kebanyakkan kantin tak sedap la diorang masak. Sambal ceroi, ikan bilis ciput, telur senipis yang boleh. Mahal pulak tu.. Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah pun g makan kat kantin. Semua balun kat dewan makan je... Sebabnya jumpa ekor cicak dalam nasi lemak. * Muntah!

Patut ke kita salahkan makcik kantin? Ke nak bakor je???

Gaya hidup ibu bapa kadang terbawa sampai ke anak. Ada aku tengok mak bapak usung anak pukul 12tgh mlam lebih lepak Uptown,dah lepak2 lapar, mesti mau kena nasi goreng sepinggan 2 kan? Fast Food yang 24hours lagi la, MAMAK dah sah-sah la kan... Ha kes macam tu macam mana pulak?

Adik aku start obes bila dia dah pandai dah goreng telur sendiri ( i mean telur ayam ok)... Bila dah pandai guna dapur tu, mula la,tengah2 malam dengar orang dok slurp slurp hirup kuah megi tomyam, asal lapar je dia goreng telur, lapar goreng, goreng lapar... Pastu budak2 tahap nak membesar ni kau cakap la apa pun, bukan dia nak dengar. Sampaikan sepupu aku check gula dia, mak ai.... Tinggi ya amat,lebih dari mak aku lagi.. Pastu insaf la KEJAP, seminggu lepas tu, buat balik...

Rasanya kerajaan kena cari alternatif lain jgk untuk tangani masalah ni, bukan just tunding dekat kantin dan pakcik jual jajan je, iklan tv, restaurant2 lain, segalanyalah perlu dipertimbangkan. Banyak cara yang kita boleh laksanakan contohnya seperti buat kartun macam upin ipin tu atau boboiboy tapi cerita pasal cara/makanan-makanan yang berkhasiat dan cara hidup sihat la. Budak-budak kalau dengan kartun, mesti tak miss punya... Lagi satu, kalau time sekolah ada latihan sukan, mak bapak silalah pastikan anak-anak hadir ye, sebabnya dengan bersukan juga kita dpat mengelakkan anak2 menjadi obes. Jangan pula time ada latihan sukan je mak cakap, tak payah p la. Buang masa....

Buang masa tu la yang buang lemak makcik!!!


Iklan...




  

28 April 2011

takde entri pun trafik cenggini ha!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama kagum dengan owner blog ni lepas Ben Ashaari. Takde entri pun statistik blog dia macam ni ha...




Korang kalau tengah bermuram durja ka, berdukacita ka, putus cinta ka,silalah menjenguk blog beliau. Gerenti terobat hati..hehe

27 April 2011

Kita Tengok Siapa Yang Kena... ^__^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang ada baca entri melekat aku tak pasal ni? Ha kalau tak baca lagi, sila pergi BACA sekarang... Okey lepas tu ada lagi entri pasal lagi RM5 nak boleh cash out kan??? tak baca jugak... haip haip nak kena nie... okey pergi baca cepat!!!!!!



Hari nie, dah cukup RM5. 



So aku dah cash out tadi, tunggu pengesahan dari pihak iPanelonline je...
Benda ni tak mengganggu Nuffnang LANGSUNG. kita just menjawab survey yang dihantar kepada kita dan kita akan diberi point/mata untuk dikumpulkan. 500 mata = RM5. Lagi banyak jawab survey,lagi banyak la mata yang dapat dikumpulkan.. Boleh la korang tebus mata nanti dalam bentuk wang tunai.. 

Ramai yang tak percaya. So sekarang aku nak buktikan.. Aku tak nak kita hanya mengharap rezeki daripada satu jalan sahaja padahal ada banyak jalan lagi yang kita boleh dapatkan rezeki tu, dan yang penting dari jalan yang betul.

Daftar je dulu, free tak kena bayar pun..nanti bosan-bosan korang leh cuba jawab soalan survey dia,dan tengok mata korang bertambah tak,then kalau cukup 500 mata,try cash out tgk... OK? 

sama-samalah kita berusaha dan berjaya...

26 April 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011. Tawaran ini adalah dibuka kepada semua GSTT yang sedang dan pernah berkhidmat diSK, SJKC dan SJKT yang memenuhi syarat asas/syarat pelantikanopsyen serta melepasi prosedur pengambilan guru.
Bidang-bidang kursus yang ditawarkan ialah:
1. Bahasa Inggeris – SK,SJKC dan SJKT
2. Bahasa Tamil – SK
3. Bahasa Cina – SK
4. Bahasa Arab – SK
5. Bahasa Iban – SK
6. Bahasa Kadazandusun – Sk


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada atau sebelum 16 Mei 2011.

FRIENDS! COME AND RACE WITH ME!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Gigih berusaha untuk memenangi churpchurp race.... JOM la JOM la race bersama-sama...




25 April 2011

tiba-tiba rasa BERDEBAR

Assalamualaikum dan SALAM sEJAHTERA...


tengok, taip pun dah kecil besar dah huruf... Hari ni dan sekarang, pening kepala sangat-sangat.. Ni pun gagah buat entri seketui sebelum masuk tidur... Satu hari takde letrik kat umah, berdengung pala dan badan sebab panas.. Mai malam pening. Berdebar sebab 1st time aku menyampuk komen kat wall Ben Ashaari dan.....hahah. Korang g baca sendiri la... Berani buat berani tanggung, dan SIAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDAS!

Mekasiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!

23 April 2011

"bloglist biela"


Oleh sebab tuan blog ni sendiri datang jemput DAN yang penting tak kena TAG sesiapa, aku JOIN!

kOmen ye...erm... Sebenarnya sangat jelezzz tahap gigit kuku kaki sebabnya blog nie sangat suit ( i mean sweet). Serius beb. Aku salute betul la blogger yang pandai decorate blog diorang jadi AMAZING macam blog Biela nie, aku habis gigih dah decorate blog aku sampai jadi macam nie.. Ni kira yang paling puas hati la. Header ja rasa macam nak tukaq..

Okey lagi satu,sebabnya biela orang KEDAH,so saya join!


BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Santai Bersama BEN ASHAARI

BEN ASHAARI PUNYA SEGMEN

Sedang enak berguling-guling gelak tengok Maharaja Lawak kat Youtube (maklumlah rumah takde ASTRO) tiba-tiba terasa mahu menjengah blog Ben Ashaari kejap. Rupanya ada segmen baru... Apa lagi, join dulu la ^__^

Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog

Sebelum aku ada blog, aku memang dah start baca blog orang laindah.. Blog yang aku suka sangat baca adalah si Cantik Manis Hanis Zalikha. Masa tu rasanya Hanis je yang aku tahu blog dia best. Lagipun tak ramai kawan-kawan aku yang ada blog. Kebanyakannya adalah silent reader jugak macam aku. 

Lepas ditamatkan kontrak GSTT pada bulan Oktober 2010, memang sebulan aku takde arah nak buat apa. Macam orang gila hantar resume sana sini, walk in interview dan segalanya. Memang masa tu rasa kenapalah susah sangat jalan hidup aku,tak macam orang lain.. Tapi mungkin ada hikmah yang kita tak tahu...

Sebulan lepas takde arah buat apa, aku mohon untuk jadi Service Crew kat Sushi King Restaurant kat Sunway Carnival Mall, Penang. Memang macam-macam ragam la bila keja kat fast food restaurant ni.. Sebabkan jarak tempat kerja dan rumah yang agak jauh, cukup sebulan aku resign. 

Bila dah dok saja kat umah takde buat apa,mak aku pun sound la, suruh buat blog. Sebabnya dekat sekolah dia ada program Blogger Muda dan dari blog kita boleh jana pendapatan. Masa tu aku dah start create blog,tapi tak aktif langsung,sehinggalah member segeng aku, deQdeq support aku untuk aktif,dan aku terus aktif hingga kini dengan tunjuk ajar semua... Untuk mak dan deQdeq,thanks..

Siapakah sumber inspirasi anda

First nak ucapkan sangat-sangat terima kasih kepada si cantik Hanis Zalikha  sebabnya kalau Hanis takde blog,dan saya tak baca blog dia, mungkin sampai sekarang saya hanya akan jadi silent reader semua blogger kat sini dan tak tahu apa-apa pasal blog.. 

Bila baca blog Hanis,dia selalu ingatkan reader yang takde blog,buat blog dan jangan lupa daftar dengan nuffnang.. Untuk pendapatan sampingan. Memang banyak kali dia ingatkan. Dan oleh kerana ingatan itulah aku kini bergelar blogger.

Tak lupa, sifu saya, deQdeq dan juga mie, kawan sekolah yang sama-sama ada blog. Juga Husna.. Mereka banyak membantu saya untuk terus maju dan maju sebagai blogger.

Ben Ashaari juga salah satu sumber inspirasi aku. Kalau dulu aku malu sangat dan rasa rendah diri nak add,nak komen dan nak join segmen Ben Ashaari ni, tapi sekarang aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana dari segmen Ben Ashaarilah aku mula dikenali...



Cukup tak bro? Ke nak kena tambah lagi???hehehe

Terima Kasih

PUAS HaTi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rasa lega sangat lepas siap poskan semua hadiah-hadiah untuk 25 Follower Terawal blog aku nie... Dan 2 orang dah confirmkan dapat hadiah tu.. Alhamdulillah. Harap yang lain yang dapat pun confirmkan ye either dah dapat or belum sebabnya takut tak sampai...




Cenderahati tak seberapa dari aku.. Thanks korang sebab sudi jadi antara yang terawal follow blog ni...
Ada lagi nie,sebab hari tu order lebih.. Sapa nak???               

^_______________^


Oh ya. Pendapatan Sampingan dengan iPanelonline



TERIMA KASIH

RM5 more before CASH OUT!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah melayu lama ini nampak biasa jika kita hanya tahu mengungkapnya tetapi ia akan jadi LUARBIASA jika kita tahu mengungkap dan mengAMALkannya...

Masih ingat lagi dengan iPanelonline?
Masih ingatkah dengan entri melekat ini?

Malas nak cakap banyak,



Hasil gigih aku menjawab survey tanpa jemu.. Nanti boleh pergi makan sushi ... ^__^

Okey jangan baca sahaja, tak rugi daftar, untung lagi ada... klik SINI UNTUK mendaftar.

22 April 2011

BlackBerry Satu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Today is not my wonderful day.. After everything that happen yesterday... Today become my sleepy days... Huargh.... I feel sleepy again and again... What happen yesterday? Hurmm... My car broke down after the day i've spent with my friend Hidayah searching for plug,suis and fancy fans for my new room...And luckly that thing happen at my neighbouhood area.. So that my father can come to me quickly.. HAH! Tired. 

But even today is not a wonderful day ( for me la ) i would like to share with you the new DIGI (si gemuk kuning) promotion named 'What Berry Are You'. This is the ' Unlimited Ways To Stay In Touch With Your Friends'. There are four delightfully-designed DiGi Prepaid BlackBerry plans. So whatever social creature you are, there's BlackBerry for all..

1. EnjoyBerry



2. BuddyBerry



3. RajinBerry




4. JariJariBerry



And guys.. Don't forget to UNLOCK The YUNA Inspired Secret Concert & Win Tickets to YUNA's Secret Concert. Try this. It is really fun!



20 April 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

Santai Bersama BEN ASHAARI

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini !

DSC_0694

tekaan aku adalah.... ^_______^

AKULAH AWEK TUDUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua... Apa khabar anda semua hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka... Wah..macam nak buat rancangan masakan je...

Rasanya dah ramai yang buat entri pasal nie, tapi aku je yang ketinggalan sedikit. Almaklumlah,kalau buat entri benda tengah HOT, mesti readers pilih blogger fofular je kan untuk baca...tajuk je lain2,isi kandungan sama...


Yes,akulah awek bertudung. Awek la dah tak kawin lagi...dan memang aku bertudung pun... Ha...no kontroversi please.... Aku just nak bagitahu kawan-kawan yang bertudung ataupun yang tidak bertudung, tak kisahlah,asal PEREMPUAN, berhati-hatilah bila kita upload atau kongsikan gambar kita dengan semua... Betul,tujuan kita memang murni, untuk berkongsi rasa dengan semua orang, dan rasa itu kita ekspresikan melalui gambar... tetapi, ada makhluk-makhluk ALLAH yang menyalahgunakannya... Mereka mengeksploitasikan gambar-gambar tersebut untuk tujuan yang tak bagus dan demi kepentingan sendiri... Yang menjadi magsa adalah kita iaitu PEREMPUAN.

Seronok je 'orang tu' kalau dia baca entri aku ni,yelah dah niat tak baik,mesti dia ingat aku nak promote dia.. BOLEH BLAH KOT.. Aku kongsikan benda ni untuk rakan-rakan yang miss pasal ni dulu,dan untuk kawan-kawan aku yang datang baca blog aku.. Lepas ni,kita kenalah berhati-hati dengan semua segala-gala tentang diri kita..

Boleh check kat SINI or SINI kalau takut gambar korang ada. Kalau ada, kasi saman saja itu orang. Ambik gambar makcik mak sedara ko adik pompuan,girlfren isteri kau sudah la,jangan melibatkan orang lain..

Kurang Lagi 9 PULAK...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
.(sedang belajar tulis pembuka kata bagi setiap entri)




Taip guna huruf besar bagi korang boleh baca dengan terang ^___^


Untuk entri yang lepas-lepas,aku ada ingatkan kawan-kawan yang menjadi 25 follower terawal blog aku untuk bagi alamat diorang untuk penghantaran hadiah misteri kan... Kalau terlepas boleh bergerak ke sana untuk check adakah korang bertuah ke tak..


Selepas aku kumpul-kumpul dan taip alamat yang bertuah,aku dapati,hanya 16 sahaja yang bagi alamat. Selebihnya tak bagi. So sekarang ada 9 lagi kekosongan.. 


Macam mana nak buat ek? Aku rasa aku nak tarik je follower-follower yang selepas 25 orang tu,maksudnya follower ke 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35 dan 36 tu yang akan dapat hadiah tersebut... 


Ada SETUJU????




25 Follower Terawal = Dari 3-27 

19 April 2011

Semua Salah Aku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari nie aku rasa bersalah sangat...asyik dok teringat je, aku dah cuba cari penyelesaiannya,tapi aku tetap rasa bersalah... Ini semua sebab penyakit tu... Sampai sekarang masih tiada ubatnya.. Penyakit tersebut telah menyebabkan aku rasa bersalah!!! Aku tahu korang semua pun mesti ada juga penyakit macam aku nie. Bila penyakit itu datang, kita semua hanya mampu memandang... Sehingga penyakit itu pergi, maka pulihlah kita...

Aku amat berharap,agar penyakit itu segera berlalu, maka rasa bersalahku akan segera lenyap. Tapi hingga kini penyakit itu masih bermaharaja lela. Aku gagahkan juga diri ini untuk mengusir penyakit itu walau sekejap.. Alhamdulillah, berjaya.

Lihatlah akibat penyakit tersebut,

18 April 2011

penat tahap GABAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang ingat tak lagi Gaban? Ala citer macam katun tapi bukan katun tu,macam Power  Rangers tu.. Dulu masa sekolah,of course la Rangers Pink jadi pilihan... Sekarang, no PINK PINK ok... (fanatik pink,jgn marah..)

Tak ingat jugak Gaban tu macam mana???



Fuhh fuh... Tiga hari yang sangatlah penat dan padat macam Milo Fuze Jampack... Sebabnya rintihan hari tu telah didengari dan alhamdulillah ada rezeki lebih ckit minggu nie,so aktiviti hujung minggu sedikit padat.

Hari Jumaat (16/4/2011)

Aktiviti menjelajah Pulau Mutiara bersama kawan-kawan... Sebabnya takut 'manusia pengumpul gambar perempuan bertudung' amik gambar aku, tak leh la nak letak dan tunjukkan pada semua cahaya kegembiraan yang terpancar dari muka aku dan kawan-kawan... Hrmmm..takde sesapa boleh terminate 'manusia pengumpul gambar perempuan bertudung' tu ke??? Hilang nikmat berblog kalau tak letak gambar tau...

Hari Sabtu (17/4/2011)

Sebabnya letih tahap gaban jugak meronda Pulau Mutiara hari sebelumnya,so terbongkang tidor sampai pukul  tut. (mana leh bagitahu,jatuh saham :P ). Pastu pergi kenduri arwah dekat Bukit Besar,then misi mencari tiles untuk dipasang  di rumah dengan abah... Mak ai berpinau mata den nengok banyak beno tiles yang cantik-cantik ye... tak tahu nak memilih yang mana sesuai mengikut tempat... Kena search internet tengok dulu...

Hari Ahad ( 18/4/2011)

Melawat baby kecil yang akan menjadi pemimpin masa depan... Insyaallah... Jauzi Abbuqhari... Welcome to the world dear... Comel sangat, geram nk cubit pipi... Sekarang kakak lagi, nanti2 kena panggil 'Mama Ngah' tau :p . Berdebar pergi umah future mother...haha... Gambar takde sebab Qhari sombong tak nak bagi orang amik gambar die.. Lagipun takut nanti kekasih hati saya cemburut..

Okey aku tahu ramai yang dah malas datang blog aku kan sebab aku tak balas kunjungan korang.. Sori sangat-sangat, memang minggu ni tak sempat. Banyak aktiviti... Tengok shoutbox aku pun rasa macam dah bersawang gila dah.. Insyaallah,nanti ada kelapangan,aku akan pergi terjah korang semua k...

* tengah mamai taip entri...abaikan kalau ada kelucahan melampau,sambung tidoq balik*

16 April 2011

[ EKSKLUSIF ] Gambar Kekasih Hati Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Seperti tajuk entri,sila layan gambar kekasih hati saya... Maaf jika ada yang menganggap saya seprang yang 'poyo', tetapi ada saya kisah?



mau pengsan hari-hari kalau dia ni jadi boyfriend aku,kalau dapat kawin lagi la,pengsan tak bangun2...

Masa ni kekasih hati masih malu-malu dengan saya...





takpe la taknak pandang kite...


Dan sekarang kekasih hati dah pandai tackle...


renunganmu...aww!
 


pandai beno posing ye bila nak amik gambar..



_IZZAN RUSHDI_

14 April 2011

PKC JenaMax AL FAHANI COMPLETE DETAILS!!

Tajuk Je In English, Entri In Malay...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah aku menerbitkan entri " Earning Churpchurp berganda-ganda" pada 10 April yang lalu,ramai pembaca yang bertanya pasal ni.. Antara soalan yang ditanya adalah ''Tak kene BAN ke?" dan " Tak langgar T&C Churpchurp or Nuffnang ke?". Baik. Tarik nafas sedalam-dalamnya pastu hembus sebelum korang baca sebab entri ini adalah entri penuh berkenaan PKC JenaMax AL FAHANI. Korang ada akaun churpchurp tak? Kalau takde,sila pergi baca kat sini dulu dan daftar. Okey kalau ada pulak,dah berapa sen korang dapat earn melalui iklan churpchurp tu? Sejuta ada? Pakai susuk ke hapa churpchurp sampai sejuta...

PKC JenaMax AL FAHANI ni adalah satu alternatif untuk kita iklankan kempen churpchurp tersebut ke pasaran yang lebih besar dan tak kedekut nak klik. (klik pun nak berkira,bukannya kena bayar pun). Admin a.k.a  AL FAHANI hanya akan membantu mengiklankan link kempen churpchurp kita pada website iklan miliknya. Bayaran RM10 akan di kenakan kepada sesiapa yang berminat kerana kos sebenar ruang tersebut berharga USD10. Ruang iklan miliknya lebih mudah dilihat oleh setiap pengunjung website dan juga disarankan KLIK iklan sekiranya ingin menderma. 


Setakat ni ada soalan???






Takde? Kita teruskan. 




Yes betul...bayaran dibuat berdasarkan UNIK klik kita. Memang, bukan mudah nak dapat UNIK yang tinggi,tapi Insyaallah dengan bantuan admin iaitu AL FAHANI, korang akan dapat balik modal RM10 korang. In case tak dapat pulangan modal,AL FAHANI akan benarkan jumlah link anda ditambah. Bagi aku la kan,why not mencuba. Jadi ke tak jadi ke belakang kira... Yang penting kita sendiri ada usaha untuk mencuba..


Bagi sesiapa yang betul-betul berminat dan YAKIN sahaja yang digalakkan untuk join. Bukan apa,nanti kalau korang tak yakin,ha mula la nak memberontak,then tak nak ikut arahan yang diberikan,pastu bila tak dapat trafik seperti diidamkan,terus nak salahkan admin. Kita tak nak ye orang macam tu,pergi main jauh-jauh dari kite... Sama juga bila aku cakap kat sini, apa-apa pun korang contact/sms dulu admin (0128347123) untuk maklumat penting yang diperlukan, pastu email je ke alfahani@gmail.com. Lepas send je email,terus sms admin k..Takpun isi borang kat website AL FAHANI, lagi senang.Dan link churpchurp korang sila pastikan ia complete,kang ada masalah jenuh plak...


 AL FAHANI memang tidak menjanjikan earning yang banyak , bergantung kepada rezeki masing-masing , AL FAHANI hanya janji akan membantu kawan-kawan yang JOIN sehingga dia puas hati . Extra REWARD akan diberikan kepada yang JOIN iaitu 1K traffik percuma. ( ni semua aku dah tunjuk kat sini dan sini der! ). Buat pengetahuan semua,kaedah ini tidak melanggar peraturan (menurut admin). Ianya sama seperti anda membawa link churpchurp anda bila blogwalking...(haha aku pernah buat macam nie). Tobat aku tak buat dah,tak nak paksa orang... Korang tahu,pihak churpchurp mesti lagi berbesar hati tau kalau ramai yang klik kempen die,ye la secara tak langsung,ianya akan memfamouskan churpchurp ke seantero dunia.. dan sesuatu kempen itu tidak mengambil masa terlalu lama. Boleh advertiser lain take over pulak.. :) 


 AL FAHANI sebagai admin hanya nak membantu mereka yang benar-benar sudi dan yakin. Jangan risau pasal modal tu, insya allah, AL FAHANI akan bayar balik dalam tempoh 1 bulan kalau korang tak puas hati..(buruk siku wei mintak balik duit haha). Admin adalah berdaftar. So tak puas ati ke apa ke, gunalah saluran yang betul untuk melaporkan... (???)


Kaedah bayaran melalui TOPUP. Diulang TOPUP. Easy kan? Korang sms dulu AL FAHANI tanya topup apa yang still available untuk korang buat bayaran.


Senang cerita, ikut je step kat bawah ni ok?


 Langkah mudah :


1) KLIK website nie


2) klik easy earn money yang terletak di bahagian atas blog


3) Isi borang pendaftaran dan submit


4) Check email pengesahan anda


5) Lakukan pembayaran RM10 seperti di dalam email atau seperti berikut: 


Untuk pembayaran RM10, pihak admin telah memudahkan anda dengan tidak perlu bank in duit (macam tak berbaloi nak pergi bank in duit RM10 sahaja kan?). Anda hanya perlu bayar menggunakan kaedah topup sahaja.


Taip nombor siri topup* 2 jenis Rm5 setiap satu --> NAMA --> URL blog --> URL churpchurp --> hantar ke 0128347123


contoh: 1234567892 Hotlink RM5 9876543211 Celcom RM5 nama: ADIRA url blog: http://ilusi.blogspot.com url churp2: www.churpchurp.com/adiRa/share -->hantar ke nombor di atas.


Aku sarankan korang,apa pun,sms admin dulu tanya k... Jangan risau,setakat entri ni ditulis,admin belum pernah gagal lagi membalas semua sms pertanyaan dari aku. Even dia tengah masak nasi ke, mancing ke suma dia akan reply.. ^__^

Sori ek kalau lepas baca entri nie,muka korang jadi macam ni...




Kredit untuk Miss Angin
   
Ikhlas:
SITI NURIKHYAR BINTI DEE

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

image


bergegar-gegar lagi la dunia blog bila bro Ben buat segmen lagi..
kali nie lagi start Khamis 14/4/2011 hingga Ahad 17/4/2011

tujuan tak tahu lagi,jangan suruh menari b***l sudah

^___^

nak join jugak ye...?

12 April 2011

ATTENTION TO: 25 Follower Terawal Blog 'Segalanya Mungkin'

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Sahabat Semua...

Di kala sibuk dengan mengganda-gandakan earning churpchurp aku, sempat lagi aku nak ingatkan rakan-rakan pengikut blog ini terutamanya pengikut blog yang 25 terawal tu. Masih ingatkah lagi anda dengan entri " hadiah misteri untuk follower terawal" ? Masihkah? Ataupun nama anda ada tersenarai pada entri ini " senarai 25 follower terawal blog segalanya mungkin" ?

Harapnya anda-anda semua ALERT dengan update terkini ye,sebabnya semua hadiah misteri tersebut akan dihantar kepada anda very-very soon ya...

Kasi tengok sikit itu hadiah...

saja aku conteng sebab dengki..muahahaha
  

11 April 2011

Berkesan atau Tidak, INILAH BUKTINYA!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lepas bayar yuran Rm10, aku jadi bersemangat dan berkobar-kobar pulak...heheh. Eh eh yuran apa? Sila jenguk link ni kalau nak tau ^_^. Maaflah aku tak reti nak buat entri ni jadi macam serius sikit...

Kelmarin aku ada share dengan korang kan aku punya trafik selepas join JENAMAX AL FAHANI ni. Tak baca pun?? ish..ish kejam. Takpe aku tunjukkan lagi dekat korang kelmarin punya trafik lepas aku join JENAMAX AL FAHANI dengan hari ni punya..


KELMARIN 10 APRIL 2011


HARI INI 11 APRIL 2011


SUMBER TRAFIK

TERBUKTI KAN?? TUNGGU APA LAGI...JOIN SEKARANG!




^_________^




Pendapatan Sampingan Dengan CHURPCHURP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah,hari ni ramai yang datang menyinggah blog aku . Kebanyakkannya datang untuk bertanyakan maklumat lanjut mengenai entri ''Earning Churpchurp Berganda-ganda'' yang aku postkan semalam. Semalam juga aku pertama kali submit entri aku nie dekat innit nuffnang.. Alhamdulillah juga, ianya amat-amatlah membantu. Siap dapat kawan baru lagi masa chatting kat innit..hehe.

Bila baca komen yang ditinggalkan oleh kawan-kawan,kebanyakkan tidak faham dan tidak tahu apa itu churpchurp. Buat blogger yang tidak siarkan iklan nuffnang dan hanya menggunakan Advertlets, konfem lagi tak tahu pasal churpchurp.


Churpchurp merupakan medium pengiklanan juga. Konsepnya sama macam nuffnang tetapi churpchurp kita sendiri yang kena buat assigment yang diberi. Medium churpchurp pula lebih luas iaitu boleh melalui twitter,facebook dan juga blog.. Berbeza dengan nuffnang ialah ,iklan nuffnang pihak pengiklan yang tengok blog kita sesuai ke tak untuk iklan diorang. Maksudnya kalau blog kita sesuai,akan nampaklah iklan nuffnang yang menari-nari dekat blog. Dan nuffnang ni dia ada masa-masa tertentu sahaja yang dia siarkan. Kalau macam aku ni just iklan/promote iklan churpchurp dalam blog ja, sebab aku takde akaun twitter, kalau sesiapa yang ada akaun twitter,mesti lagi mashyuk.... ^_^. Earning pulak ikut klik. Lagi banyak orang/readers klik iklan korang,lagi banyak la korang boleh earn...

Sebabnya churpchurp nie free, so why not korang try je dulu... Sapa-sapa yang nak berdaftar,boleh daftar kat SINI. Mana tahu rezeki korang lebih kat churpchurp...tak salah kan mencuba... Lepas tu korang boleh ikut step-step untuk gandakan earning churpchurp korang kat entri "Earning Churpchurp Berganda-ganda". Untuk earn churpchurp melalui twitter,boleh rujuk anarm net. Dan aku ingatkan sekali lagi,sebarang pertanyaan sila contact ADMIN@0128347123, sebab aku pun masih belum faham konsep dia macam mana. Aku cuba ja. Kalau tak cuba,kita tak tahu kan...


Wah...bersemangat je aku time taip entri nie...
Tak salah kalau nak mencuba,yang penting yakin.


So guys..apa tunggu lagi, jom JOIN CHURPCHURP!

10 April 2011

Earning Churpchurp Berganda-ganda

AMARAN: GOSOK DUA DUA BIJI MATA DULU BEFORE BACA. 






ASALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Mula-mula dulu,memang excited gila masa buat blog ni,tambah-tambah time tu elok-elok ja aku start berblogging,keluar surat khabar pulak bertajuk 'Blogger Raih RM1 juta..." . Apalagi,semangat membuak-buak ja untuk sama-sama berjaya... 


Rupa-rupanya,susah juga nak menambah pendapatan melalui blog nie,kena bertatih-tatih sampai la berjaya. Aku? Baru tahap meniarap kot,nak update entri pun malas... Jujurnya tujuan sebenar aku berblogging,untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Betul . Aku seorang graduan yang belum bekerja... Kalau kerja pun ikut kontrak ja... So untuk teruskan hidup,aku terpaksa cari alternatif lain untuk tambah pendapatan aku walaupun sedikit... 


Masa aku rajin untuk blogwalking tadi,aku terjumpa satu tajuk yang menarik. "Kencang: Perhatian Kepada 27 Orang Pengguna Churpchurp Terpantas" oleh cik Angin. Entri yang menceritakan bagaimana cara untuk mendapatkan trafik tinggi DAN menanbahkan earning churpchurp anda... Sebenarnya aku sendiri pun tak berapa nak faham,dan aku tinggalkan komen kat entri tersebut.. Inilah balasannya :



~Dalam Duka Ada Gembira...~



Walaupun masih berasa sedih dan hiba kerana LELAKI, tapi aku gagahkan jugak hati untuk terima dan akal untuk berfikiran positif dan hadapi semuanya dengan tabah. Itu hanya sedikit ujian dalam perhubungan... Insyaallah,lama kelamaan masing-masing akan saling memahami....

Sedang enak melayan gosip-gosip dalam Melodi, pakcik posmen sampai... Hon punya kuat,terkejut beruk aku... Rupanya ada bungkusan Pos Laju... Adakah?????

Suspennya Tuhan saja yang tahu,tak sabar pun ada, buka ja bungkusan, Ya Allah seronoknya... tak terkata. Terima kasih Tay Art & Trading kerana merealisasikan impian aku... Tak sangka, apa yang dahulunya angan-angan sudah menjadi kenyataan... Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...

Semua ini aku lakukan khas untuk MEREKA...

pagi-pagi dah merempit!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Betul... Pagi-pagi tadi bangun ja terus fikir " Apa aku nak masak hari ni". " lauk untuk mak lain,lauk untuk adik-adik dengan abah lain, untuk aku??? hurmm.... "

Rutin harian,kena pergi beli surat khabar,pastu pikir-pikir nak masak apa untuk makan tengah hari... Almaklumlah, suri rumah sepenuh masa walaupun belum berkahwin... Lepas mandi segala,bagi makan ternakan,cuci-cuci pinggan,terus amik kunci kereta.. Eh adik tak pergi sekolah,so bolehlah naik motor je...

Sejak-sejak ada kereta,rasa macam dah lama dah tak bawa motor. Masa zaman belajar kat UM dulu,aku la minah rempit... haha. Muka aku selalu je ada dekat bengkel moto seksyen 17. Sikit-sikit checking moto,kot ada apa-apa yang tak kena... Kalau kat KL,bawak moto time jammed memang best! Time cilok-cilok tu feel ja...hahaha.

Tapi tu semua dulu, sekarang dah tua, umo makin meningkat, so kesihatan kena jaga... Merempit pergi beli nasi lemak,beli surat khabar.then pergi pasar beli sayur sket...( merempit ke ). Aku menunggang dengan penuh berhemah tanpa memakai topi keledar... Bukan apa,nak bagi rasa udara fresh pagi-pagi..

Lepas update entri ni,nak terus memasak... Nanti siap boleh update lagi,tu pon kalau rajin...

Da.......

07 April 2011

" BLOG SAYA AKAN DI PROMOTE , JOM JOIN? "


untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama blogger,saya JOIN jugak...

thanks sebab tak payah tag orang :)

tutup hari ni 7 April 2011..harap sempat...

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 7 ) !

Santai Bersama BEN ASHAARI

CUBA NASIB LAGIKKK....

mau try jugak??? JOM

penangan M@T@H@W...

Salam ceria salam seMalaysia...ehhe..

aku tak penah lagi nak tayang-tayang trafik blog aku ni kat umum,sebabnya Malu.HAKHAK... Yela,blog baru setahun jagung (tak sampai setahun pun) dah over-over nak tayang trafik ko kat umum...apahal??

tapi memandangkan sesuatu yang MENAKJUBKAN berlaku,aku kongsikan jugak dengan korang...kalau tak nak baca, takpe,aku tak kisah...g bace entri Macam Mana Nak Bagi Laki Tak Lari


ini url rujukan daripada 8 Mac hingga 6 April 2011,ni kalau lumba larpeserta yang menang tu dah siap baring-baring kat barisan penamat lagi...hihi  





okey bulan Mac merupakan bulan aku start aktif berblogging. Tapi kalau korang tengok lepas daripada 15 Mac tu memang aku punya trafik mendadak naik... Time ni la aku start-start join segmen BA dan sebagainya... Tapi yang paling penting, semuanya kerana....

*

*                                                                        

*

*

*

                                                                             
lepas dapat Friendship Award dari matahaw,trafik menakjubkan...
(award pertama yang aku dapat huhuhu)


TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA M@T@H@W

nak jugak ke?


silalah ke




Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway



dua tiga hari ni,asyik nampak tajuk nie ja kat kebanyakan blog "Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway "
mulanya malas nak join sebab rasa macam dah ramai sangat and takdak harapan...huhuhu

pastu bila baca entri yuyu yang nie, terus rasa nak join dan tiba-tiba jalan yang pada mulanya gelap,sudah diterangi lampu neon yang indah dan terang.. "" Terima Kasih Barisan Nasional" 


maaf adik yuyu,akak tak tag sesapa pun,sebab akak sendiri pun join atas usaha akak sendiri,harap adik yuyu memahami... harap-harap owner www.kupukupukecik.blogspot.com sudi la datang melawat blog huduh aku nie...

^______^




06 April 2011

akibat gopoh gapah


Kelako le pulak ye,bila Encik Ben menganjurkan Gegar Blog 1000 edisi 4. Bila dia buat soalan dan para blogger kena geledah kumpulan tu kat SINI, aku bet semua orang jadik cam katun ja ,kelam kabut geledah terjah sana sini carik jawapan...hehehe

Aku camtu la sejak kemarin,sampai takleh nak angkat punggung,mata alert je kat bloglist yang ada nama Ben Ashaari. Penangan... Yang hari ni punya, tadi sikit punya konfiden dah aku bleh jawab soalan-soalan tu, siap post entri lagi, konon yang paling cepat la..

wakawaka la wei, gopoh sangat sampai tak sempat tengok mana, url yang 5 blogger lelaki dan 5 blogger perempuan tu aku p amik dekat Kumpulan 3. Hareeem....

kesudahannya,aku delete ja entri tu...malu weis. Sib baik tak tinggal url kat komen box Encik Ben lagi...

Buat yang join and tengah cari jawapan,Gudluck! Aku nak rehat makan nasi dulu...refill tenaga. Lepas ni kumpulan aku { 5 } hehehe

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 4 ) !

Santai Bersama BEN ASHAARI

GELEDAH!!!!!!!

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 3 ) !

Santai Bersama BEN ASHAARI

KITA SEEEERAAAAAANGGG!!!!!!! SINI

05 April 2011

sesi bersambung esok.

nasib tak terkeluar biji mata....

misi blogger menerjah ahli kumpulan 5 bersambung esok...

hari ni sempat terjah 20 blog je... Segmen Ben Ashaari buat aku bengong sampai la...haha. Tahniah kepada semua pemenang.... sempoi la korang...hehe

dah dah simpan esok pulak......

aku tak kira aku nak jugak...


tak kisah la blog lain yang dah letak pun,or bleh p tengok kat youtube pun,aku nak letak jugak....sapa komplen aku bako..hehe




*tak jemu diulang walau beribu kali pun...

BEN ASHAARI GEGAR 1000 BLOG : SOALAN BONUS !

Santai Bersama BEN ASHAARI

mau jawab soalan BONUS????? sila >>>>>enter

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 1 )


Santai Bersama BEN ASHAARI

DO I NEED NEW.....

okeh sambung tajuk di atas,kang ada orang marah...




henpon aku sekarang

Product dimensions

boleh tak aku nak 


atau yang ini


Product dimensions

tokey NOKIA tamau bagi saya satu ke????hehehe

04 April 2011

gila wehhh...!


aSSALAMUALAIKUm


baru terjah sepuluh blog yang ada dalam Kumpulan 5 Segmen Gegar 1 Ribu Blog April...mata dah mula berpinau dah...ni pun sambil-sambil lari tengok tv,time iklan sambung terjah lagikk....

hadoi...

macam mana la abang Ben boleh tahan mata copy paste url beratus-ratus peserta segmen dia tu...mau power spek aku bertambah ni..hoho.


KAGUM! dengan Encik Ben

misi blogger!


Sebabnya Encik Ben Ashaari dah senaraikan senarai Gegar 1 Ribu Blog dekat SINI, aku pun telah menetapkan misi aku sendiri iaitu TERJAH DAN JADI FOLLOWER semua ahli kumpulan aku iaitu Kumpulan 5...

Sesiapa yang masih blur atau tak tahu apa kejadahnya ini,silalah berkunjung ke blog Santai encik Ben kita ye... Masih ada masa lagi untuk gegar 1 ribu blog.....





Sapa mau ikut jom!!!!!

menang contest pelaut terlampau...

Olla my dear readers...how are you?

Sepanjang aku join contest-contest kat dunia blog nie,tak pernahnya nak menang pun... Unlucky kot... Eh bukan-bukan,takde rezeki lagi... Tapi,ada satu contest yang aku sendiri tak sangka boleh menang... Contest si Pelaut Terlampau.. Boleh rujuk ENTRI ini untuk maklumat lanjut... Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal nie,tapi tak sempat. Hari ni alhamdulillah sempat...

Kemenangan aku tu telah membuatkan aku terlebih excited sehingga menerbitkan entri berkaitan dengan tu,boleh RUJUK sini kalau nak tahu macam mana excitednya aku...hahaha. *tetiba malu sendiri*

Hari jumaat nan lepas.tak silap aku dua kali jumaat dah kot,aku telah bersua muka dengan pelaut terlampau iaitu mie untuk ambil hadiah tersebut... Hadiah yang berjaya digondol oleh aku adalah.....

kotak magik

sebenarnya cenderamata dari egypt

hembus-hembus dulu time nak buka tu,kot-kot ada sekeping RM50 ka kan,mana tau...
maaf,takde ye

cam seram pulak kotak nie,teringat kat Firaun...huhu 


SEMANGAT NAK JOIN CONTEST LAGI NIE!!!!!!!

aladdin mulut muncung