Sesiapa yang menonton Anugerah Juara Lagu ke 25 tempoh hari sila angkat tangan tinggi-tinggi!!!!!
Kalau korang perasan kan, anugerah juara lagu ni sebenarnya mencari lagu yang mempunyai kekuatan yang tersendiri,bukanlah dinilai melalui penyanyinya...pendek kata X-faktor itu yang penting. Fokus sebenar adalah lagu dan lirik,penyanyi tolong nyanyi ja...
Aku pulak suka lagu nyanyian Adira AF8 yang bertajuk 'Ku Ada Kamu'. Lagu yang sangat membuai perasaan dan lirik yang sangat mendalam. Sentimental jugak aku ni..haha. Kalau kita tengok lirik lagu tu,ayat dia semua ala-ala pujangga tau,sangat best dan melankolik...
''andai hari esok,langit akan runtuh,tabahlah menjunjung bersamaku''
''andai hari esok,dunia gelora,takkan ku gemuruh selagiku ada kamu''
Buat pasangan yang bercinta ta ta, hayatilah lirik ini dengan mendalam,kerana mungkin daripada lirik ini,cinta antara kalian akan semakin bercambah..wah~wah~
jom karaoke sama-sama
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan