21 Januari 2011

perihal: PELAMIN IMPIAN

Masa kecik-kecik dulu,mesti kita pernah buat list impian perkahwinan kita kan?? Begitu juga saya. Dulu kalo tengok orang kahwin,mula la berangan nak macam tu jugak,dari kecik time masih berhingus,masuk sekolah rendah,ada siap main kawin-kawin lagi bawah pokok pisang,kadang-kadang kat belakang kelas pun jd pot jugak...

And until now  bila attend majlis kawin orang atau kawan-kawan,pun sambung berangan jugak nanti kawin nak majlis macam mana...huhu. Sekarang lagi la,umur makin meningkat,keinginan untuk berkahwin membuak-buak ja...haha. Dah start cari-cari photographer,butik-butik pengantin yang ok2 dan juga memikir gift terbaikt untuk diberikan kepada tetamu...

Saya nak kongsikan kepada semua,sesiapa yang masih tercari-cari pelamin yang best untuk hari bahagia nanti,boleh la tengok contoh kat bawah ni,and ada disertakan sekali butik yang boleh merealisasikan impian anda. Tapi ini area KEDAH je tau :)

Have fun...


pelamin impian cik qeat
Ini koleksi pelamin daripada Iras prestige,boleh lawati http://irasprestige.fotopages.com/ untuk keterangan lanjut...

sapa nak jd raja sehari,bleh amik yang nie

sesuai untuk bertunang

mini pelamin untuk bertunang

tak nak serabut,ini sesuai
Yang kat bawah ni pulak, Masyurkan Bridal dekat Sungai Petani. Saya pernah pergi butik ni rasanya,dekat jalan nak ke INTAN tu lokasi dia,baju cantik-cantik and up to date jugak. Make up pun cantik..bleh cari dalam facebook Masyurkan Bridal...

lain sikit kerana berwarna biru

cantik kan?

nice and simple.

Ada banyak lagi butik pengantin yang best-best area kedah ni, antaranya Vouge Andaman (Bernard), Butik Renjis-renjis dipilis, Busana Fitri, Sesirih kat Alor Setar, Ixora Bridal ( Changlun) dan banyak lagi...

Tiada ulasan: