15 Mac 2012

GO..GO..GO..

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam 1Malaysia..

Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memberi peluang untuk cik Ikhyar menjalani satu hari lagi kehidupan di dunia.. Lagi 8jam sebelum cik Ikhyar meninggalkan tanah Batu Pahat untuk pulang ke kampung halaman di Gurun, Kedah.. Cik Ikhyar sangatlah excited kerana hampir sebulan tak menjejakkan kaki di rumah terchinta...hehehe.

Alhamdulillah assignment Lukisan Geometri dah hampir siap, cumanya cik Ikhyar akan cuba mencari ilham untuk rekacipta yang memerlukan cik Ikhyar memikirkan sesuatu untuk diinovasikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Wahh..nampak complicated kan, but actually it's fun! Cumanya dah bergelar 'remaja purba' ni otak tu tak seaktif zaman remaja, so nak cari idea sangatlah mengambil masa... sAHABAT-SAHABAT blogger yang ada idea untuk rekacipta cik Ikhyar sangat alu-alukan untuk membantu...

Sebenarnya cik Ikhyar nak bercakap mengenai aura negatif dalam kehidupan kita.. Sejak dari kecil tipu mati la kalau para pembaca tidak disogokkan atau dihidangkan dengan perkara atau perkataan negatif dalam kehidupan. Contoh terdekat adalah malam-malam nak bagi budak-budak duduk diam, ada momok kat dapur la apa la..macam2 lah kan.. Itu sebenarnya mempengaruhi pemikiran kita sehingga dewasa.. Sepatutnya kanak-kanak perlu diterapkan nilai-nilai positif sedari kecil supaya pemikiran mereka BEBAS dari benda negatif..

Kesannya adalah ketika dewasa,memang boleh nampak tau. Tak semestinya kita tidak langsung memikirkan benda-benda negatif tetapi jangan sampai ia mempengaruhi pemikiran kita. Cik Ikhyar sendiri dari kecik memang rasanya lebih banyak fikir negatif dari positif. contohnya kalau nak naik basikal, nanti ada la 'budak kecik' dlm kepala otak kita yang ckp mcm2 satg jatuh la, anjing ligan la.. (ligan=kejar). Tapi alhamdulillah, cik Ikhyar cuba dan cuba untuk tidak ambil pusing cakap 'budak kecik' tu dan fikirkan dari segi kebaikan.

Sama juga macam datang belajar di Batu Pahat ni. Agak ramai menggunakan ayat sinis kepada ambilan khas dpli-gstt 2011/2012 ni,maklumlah ambilan 'KHAS' tetapi jika dah dikatakan rezeki, segala yang negatif itu kita twiskan menjadi kata-kata perangsang untuk membuktikan keupayaan diri kita kepada semua orang yang kita juga BOLEH!. 

cik Ikhyar pun tak ambil pusing sangat cakap-cakap sinis dari orang tertentu sampai kadang-kadang membuatkan cik Ikhyar mengalirkan air mata dalam hati.. (wahh ayat). Biarlah benda tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Alah bisa tegal biasa katanya, tetapi bisanya tetap akan cik Ikhyar rasa.. Insyaallah selagi ALLAH bagi kekuatan untuk cik Ikhyar menghadapinya, cik Ikhyar akan cuba.. Memang rasa tak seronok sangat bila benda dah jadi macam tu, tapi takpelah, cik Ikhyar cuba untuk berfikir secara DEWASA..

cik Ikhyar harap, sampai habis semester di sini, Allah beri kekuatan untuk cik Ikhyar bertahan.. Aura-aura negatif, sila pergi cari orang lain untuk merasuk ye..hehehe.


GO..GO..GO..

Tiada ulasan: