19 Februari 2011

penangan abang BEN ashaari

penangan abang ben ashaari..ulang lagi tajuk di atas. sebabnya....hari ini sahaja follower telah meningkat dari 65 kepada hampir 82 orang...



hari ini dalam sejarah lah 17 orang  follow blog ni...

macam tak percaya,tapi kena percaya jugak..

nak terima kasih sangat-sangat kepada abang Ben sebab sudi buat segmen untuk blogger baru yang follower kurang dari 100...

sekarang dia tengah buat untuk blogger yang follower 1000--+++




sesapa tak join segmen abang ben memang rugi sangat-sangat la..huhu.pergi blog abang BEN cepat!!!

dan juga terima kasih daun keladi kepada semua yang follow blog ni hari ini...

thank you so much!!!!!

17 Februari 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

BEN ASHAARI

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH 

saya lah tu...hehehe

follower baru sekangkang kera ja

penat berblogwalking pun takde orang dtg jugak

mungkin sebab gaya penulisan yang kurang menarik

perlu dibaik pulih lagi dari semasa ke semasa

apapun.terima kasih daun keladi kepada abang BEN sebab buat segmen ni and selalu tolong blogger baru..

ABANG BEN ROCK!!!!!!!

doakan abang Ben cepat-cepat dapat baby k ^_^

Amin.....

16 Februari 2011

~26~


APA YANG SAYA IMPIKAN PADA UMUR 26?

1. Healthy and Happy



2. MARRIAGE


3. JOB


4. WEALTH


5. FRIEND OF MINE


May ALLAH Bless My Life Forever


tugasan pertama

Siap akhirnya setelah bertungkus lumus sepanjang malam sampai pening palo den.
tugasan pertama me as a 'chegu ganti' .hehehe.

No diskriminasi...semua cikgu perlu dapat tugasan yang sama rata okey!!!

tada....



brosur untuk hari pendidikan islam sabtu nanti...sok tunggu nak approve ja..hehe

ana suda fening la fening..ana mau tidur sudah..

selamat malam~~ ZZZZZzzzzzz

15 Februari 2011

~pernah makan mi goreng mamak tak~


Sapa cakap tak pernah makan tipu......hehehe
Tapi betul ada yang tak pernah makan jugak,not my taste katanya....iyo la makan pun kat 'NOODLE Station' yang kelas-kelas tu,padahal kat Noodle Station pun ada jer mi mamak ni..

Kalau orang Penang,memang mangli la dengan mi mamak ni kan,p la cari ceruk mana pun,mesti jumpa punya. Kedah pun sama juga,tapi nak cerita ni,kat bedong,ada satu kedai mi ni memang dah lama ada kat sini dari aku kecik lagi.Dulu stall dia kecik ja,yang kereta tolak-tolak tu la kan,dulu sebelah kanan,sekarang kedainya udah ler besar ha,tapi tetap kat tepi jalan jugak,cuma ke sebelah kiri pulak.

Hari tu,masa cuti raya cina,aku balik dari interview kat sungai petani,tetiba dapat msg dari abang,katanya satg singgah beli Mi Abu. Mee yang kat tepi jalan ni la... Abang teringin kot..haha

Aku pun singgah la dan terus mengorder,segala mee goreng rebus basah suma aku order.pasembor pun balun jugak. Punya pelahap kami adik-beradik makan.huhu.

Sambil-sambil dok menunggu tu,hajat di hati nak mengambil gambar,iya la dah ada blog kan,rugi kalau tak masukkan ni..hehe. Tapi segan gila. Mula-mula aku snap-snap yang keliling ja,pastu masa uncle Abu nak start goreng,aku tercangak depan dia dengan kamera kat tangan ready nak snap. kamera henpon ja pun.



Pak Abu sergah aku kot..terkejut aku,dia ingat aku wartawan mana dok amik-ambil gambar dia gamaknya. Pastu aku cakap elok-elok untuk letak dalam blog. Myb dia tak tahu apa itu blog,dia ingat aku nak letak dalam Facebook. Facebook pun Facebook la...janji dapat snap. Pastu dia membebel apa tah dekat pekerja dia aku buat-buat tak dengar. Nada macam tak puas hati jugak la...hehehe

Tengoklah hasilnya *_*

sambil masak sambil bising aku amik gambar dia hahaha

ni amik curi-curi kot blkg ..heh

 Sesiapa nak try Mee Abu ni, ini alamat dia. Dah siap tulis kat sampul surat and tampal kat kedai. Senang...hehehe






RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan :



300 gram mi kuning - dibersihkan dan di tos


200 gram udang


100 gram tauge


2 tangkai sawi (dipotong)


2 tangkai daun bawang (dihiris)


1 keping tauhu (dihiris)


1 biji bawang besar (di tumbuk)


5 ulas bawang putih (di tumbuk)


3 sudu besar minyak masak


1 sudu besar cili kisar


1 sudu besar kicap pekat


1 sudu besar kicap cair


1 biji tomato dibelah 4






Cara membuatnya:






Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing.


masukkan cili kisar, tauhu goreng dan udang. Masak selama 2 minit.


Kemudian masukkan mi, sawi, tauge, daun bawang, kicap pekat, tomato dan kicap cair. Gaulkan supaya bercampur rata. Goreng selama 5 minit.


Sedia untuk di hidang.




Selamat Mencuba!