Memaparkan catatan dengan label mak enon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak enon. Papar semua catatan

20 Februari 2011

~double UPDATE senarai 25 follower terawal~


INI UPDATE LAGI UNTUK YANG BELUM/DAH BAGI ALAMAT...SEBABNYA RASA TAK SYOK KALAU YANG DALAM GOLONGAN 25 TU TAK DAPAT,SO I BAGI PELUANG LAGI UNTUK HANTAR ALAMAT KORANG SEPERTI ARAHAN DI BAWAH...

INI BUKAN TIPU/MAIN-MAIN OK,INI SERIUS! (nada Wonderpet) 


1. Nurul husna



2. deqdeq



3. Laila



4. Nadia



5. mie



6. Azmira



7. Gadis a.k.a Intan



8. owner Eshop@wish



9. virgogirl



10.Shazlinasaad



11.haty_gula



12. :: Cik Zatie::



13. zaty luvlianncezzz



14. Naz



15. PRINCESS



16. misz nuriz



17. tika leh



18. nada



19. amni



20. eisya craft



21. Zitta



22. imaza93



23. dawudrazzy



24. Daging Rusa Perak



25. aimi


 




So kepada semua yang bertuah,sila drop/email kepada saya

 


Nama :



Alamat :



Url blog :



 


please ye kawan-kawan,untuk memudahkan penghantaran.terima kasih...yang nama tak line lagi tu saya dah cuba contact hari ni,tapi kalau takde respon juga,terpaksa la hantar mana yang ada je...takpe kan?? hehe



p/s : tengah design cenderahati ^_^

19 Februari 2011

Letih + Mengantok~



Kawan-kawan yang saya tak sempat follow hari ni,nanti petang-petang saya follow eah...

saya sudah mahu tidur...esok kena kerja...huhuhu

selamat malam ye..

mimpikan yang indah...

ZzzzzzZzzzzz.....

penangan abang BEN ashaari

penangan abang ben ashaari..ulang lagi tajuk di atas. sebabnya....hari ini sahaja follower telah meningkat dari 65 kepada hampir 82 orang...



hari ini dalam sejarah lah 17 orang  follow blog ni...

macam tak percaya,tapi kena percaya jugak..

nak terima kasih sangat-sangat kepada abang Ben sebab sudi buat segmen untuk blogger baru yang follower kurang dari 100...

sekarang dia tengah buat untuk blogger yang follower 1000--+++




sesapa tak join segmen abang ben memang rugi sangat-sangat la..huhu.pergi blog abang BEN cepat!!!

dan juga terima kasih daun keladi kepada semua yang follow blog ni hari ini...

thank you so much!!!!!

17 Februari 2011

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH

BEN ASHAARI

SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH 

saya lah tu...hehehe

follower baru sekangkang kera ja

penat berblogwalking pun takde orang dtg jugak

mungkin sebab gaya penulisan yang kurang menarik

perlu dibaik pulih lagi dari semasa ke semasa

apapun.terima kasih daun keladi kepada abang BEN sebab buat segmen ni and selalu tolong blogger baru..

ABANG BEN ROCK!!!!!!!

doakan abang Ben cepat-cepat dapat baby k ^_^

Amin.....

16 Februari 2011

~26~


APA YANG SAYA IMPIKAN PADA UMUR 26?

1. Healthy and Happy



2. MARRIAGE


3. JOB


4. WEALTH


5. FRIEND OF MINE


May ALLAH Bless My Life Forever


tugasan pertama

Siap akhirnya setelah bertungkus lumus sepanjang malam sampai pening palo den.
tugasan pertama me as a 'chegu ganti' .hehehe.

No diskriminasi...semua cikgu perlu dapat tugasan yang sama rata okey!!!

tada....



brosur untuk hari pendidikan islam sabtu nanti...sok tunggu nak approve ja..hehe

ana suda fening la fening..ana mau tidur sudah..

selamat malam~~ ZZZZZzzzzzz

15 Februari 2011

~pernah makan mi goreng mamak tak~


Sapa cakap tak pernah makan tipu......hehehe
Tapi betul ada yang tak pernah makan jugak,not my taste katanya....iyo la makan pun kat 'NOODLE Station' yang kelas-kelas tu,padahal kat Noodle Station pun ada jer mi mamak ni..

Kalau orang Penang,memang mangli la dengan mi mamak ni kan,p la cari ceruk mana pun,mesti jumpa punya. Kedah pun sama juga,tapi nak cerita ni,kat bedong,ada satu kedai mi ni memang dah lama ada kat sini dari aku kecik lagi.Dulu stall dia kecik ja,yang kereta tolak-tolak tu la kan,dulu sebelah kanan,sekarang kedainya udah ler besar ha,tapi tetap kat tepi jalan jugak,cuma ke sebelah kiri pulak.

Hari tu,masa cuti raya cina,aku balik dari interview kat sungai petani,tetiba dapat msg dari abang,katanya satg singgah beli Mi Abu. Mee yang kat tepi jalan ni la... Abang teringin kot..haha

Aku pun singgah la dan terus mengorder,segala mee goreng rebus basah suma aku order.pasembor pun balun jugak. Punya pelahap kami adik-beradik makan.huhu.

Sambil-sambil dok menunggu tu,hajat di hati nak mengambil gambar,iya la dah ada blog kan,rugi kalau tak masukkan ni..hehe. Tapi segan gila. Mula-mula aku snap-snap yang keliling ja,pastu masa uncle Abu nak start goreng,aku tercangak depan dia dengan kamera kat tangan ready nak snap. kamera henpon ja pun.



Pak Abu sergah aku kot..terkejut aku,dia ingat aku wartawan mana dok amik-ambil gambar dia gamaknya. Pastu aku cakap elok-elok untuk letak dalam blog. Myb dia tak tahu apa itu blog,dia ingat aku nak letak dalam Facebook. Facebook pun Facebook la...janji dapat snap. Pastu dia membebel apa tah dekat pekerja dia aku buat-buat tak dengar. Nada macam tak puas hati jugak la...hehehe

Tengoklah hasilnya *_*

sambil masak sambil bising aku amik gambar dia hahaha

ni amik curi-curi kot blkg ..heh

 Sesiapa nak try Mee Abu ni, ini alamat dia. Dah siap tulis kat sampul surat and tampal kat kedai. Senang...hehehe






RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan :



300 gram mi kuning - dibersihkan dan di tos


200 gram udang


100 gram tauge


2 tangkai sawi (dipotong)


2 tangkai daun bawang (dihiris)


1 keping tauhu (dihiris)


1 biji bawang besar (di tumbuk)


5 ulas bawang putih (di tumbuk)


3 sudu besar minyak masak


1 sudu besar cili kisar


1 sudu besar kicap pekat


1 sudu besar kicap cair


1 biji tomato dibelah 4






Cara membuatnya:






Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing.


masukkan cili kisar, tauhu goreng dan udang. Masak selama 2 minit.


Kemudian masukkan mi, sawi, tauge, daun bawang, kicap pekat, tomato dan kicap cair. Gaulkan supaya bercampur rata. Goreng selama 5 minit.


Sedia untuk di hidang.




Selamat Mencuba!

WHAT SHOULD I DO???????

mau pecah kepala den buat benda alah ni...hahaha. Sengaja ek gigiAriEma tag saye...kuikuikui. Walaupun lambat tapi tetap berusaha untuk siapkan jugak... Tak kira korang kena baca jugak...*_*

aku siap buka youtube kot nak tengok lagu sesuai ke tak..haha.Gila masa final exam dulu pun tak buat mcm ni :) papepun thanks gigi sebab tag saya..okeh-okeh penat i buat,apa kata you all layan sambil imagine lagu-lagunya..kalau tak tahu terus google and dengar tau... ^_^


1. If someone says, “Is this okay?”, you say?

INSYAALLAH-Maher Zain

[sempena maulidur rasul]

2. How would you describe yourself?

JENNY- The Click Five

[aku konfius]

3. What do you like in a guy/girl?

NOBODY-Wonder Girl

[ahakz!]

4. How do you feel today?

MAGIC-B.o.B ft Rivers Cuomo

[tiap-tiap hari nak wish]

5. What is your life's purpose?

DIAM DIAM-Tilu

[hantam saja]

6. What's your motto?

JAHAT-Stacy

[muahahahaha terus gelak jahat]

7. What do your friends think of you?

KEABADIAN CINTA-Anuar Zain

[apa gelak? ko nyanyi dulu tengok]

8. What do you think of your parents?

THE REST OF MY LIFE-Maher Zain

[syg mak abah]

9. What do you think about very often?

SOMEBODY TO LOVE-Justin Bieber

[boleh gilo aku cenggini]

10. What is 2 + 2?

CRAZY-Simple Plan

[tu pun tak reti nak kira*ganaz*]

11. What do you think of your best friends?

GADIS SEMASA-Yuna

[merapu dah ni]

12. What do you think of the person you like?

HERO-Enrique Iglesias

[ooopss!]

13. What is your life story?

FLYING WITHOUT WINGS-Westlife

[di awangan]

14. What do you want to be when you grow up?

FIREFLIES-Owl City

[nk lampu kelip kelip]

15. What do you think of when you see the person that you like?

PAWANA-Ziana Zain 

[ cheh..hehe ]

16. What will you dance at your wedding?

GADIS DAN BUNGA-Rahimah Rahim

[hakhak...layan!!]

17. What will they play at your funeral?

SEPI-Sixth Sense

[ *_* ]

18. What is your biggest fear?

SUNGAI LUI-Aizat

[ den blasah je ]

19. What is your biggest secret?

GONE- N'sync

[ dah buang secret jauh-jauh]

20. What will you post this as?

WHAT SHOULD I DO-Jang Geun Suk

[kena buat sebab gigi tag..hehe]


siap!!!! yeay!

tag semua follower i ye,tak ramai pun...hehehe

14 Februari 2011

* NIAT DI HATI *

NIAT DI HATI nak siapkan contest yang ditag oleh rakan-rakan, tetapi apakan daya,mataku begitu berat sehingga sudah menjadi seperti mata si Garfield..



gigiAriEma dan NADIA,nanti saya siapkan contest korang ye...

deQdEq,nanti kalau rajin kami nak try buat jgk contest 5-5-5 tu k... (kalau rajin) *_* 

jom kita tidur...

selamat malam...

11 Februari 2011

MAKAN,MAKAN & MAKAN edisi II

Bertemu lagi dalam segmen Makan Makan & Makan edisi II. Kali ini nak bawa korang layan ikan bakar dekat Kuala Perlis. Tau tak Kuala perlis terletak di mana? Ha pandai pun,kat Perlis la kan...ala kalau nak g Langkawi,kena naik bot kat situ la....hehehe

pinjam gambar kat google

OKEY tengok peta nampak tak Dataran Makanan Laut Kuala Perlis tu? Di situlah lokasi makanmakan kali ini ye... Memang seafood heaven la kalau korang pergi sana.. Tempat ni on the way nak ke Jeti,dekat-dekat dengan Hotel Brasmana.

Tapi bila sampai sana,korang kena pandai pilih kedai la,sebabnya dia macam Petaling Street skit,nanti ada ramai waiter datang serbu korang suruh makan kat kedai diorang. Tapi sini takde tarik-tarik baju okey :).

Aku nak rekomen kat korang kedai mana pun aku tak pasti nama kedai. Tapi aku pun baru ja berjinak-jinak makan kat situ. baru 2 kali je... 1st time pergi masa baru balik Langkawi. Kedai yang kitorang makan tu sedap n ikan dia fresh giloss. Siap ada belangkas lagi. tau tak apa itu belangkas? Pernah makan ke??? hehehe

ini adalah belangkas
 But kedai yang second time pergi ni sedap jugak,cumanya ikan gerut yang dibuat bakar tu tak fresh sangat la. Isi dia keras and tak manis. So ok ok jer...

Tapi apapun,porut den totap konyang jugak :)

Macam biasa kalau tiada gambar tak meriah ler... Enjoyzzz....



pilih saya pilih saya

ketam pun ada jugekkk


this is mentarang..sangat sedap!


org ckp laksa kuala perlis famous,tapi yang ini kureeeeng
 RM3 w/o egg even half...expensive lol

ice cream ais kacang


suasana tempat makan
tapi ni bukan kedai yang kitorang makan


THAI soup a.k.a tomyam

encik ikan yang kena bakar


mentarang pun kena bakar jugak

muka puas!

 Lepas ni korang pula kena pergi try makan kat tempat ni k,nanti bolehla kita bertukar-tukar pendapat *_*


Terima kasih semua...

08 Februari 2011

cara letak churpchurp dekat sidebar

Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, Investor, Manager or Hopeful and gain valuable insight on nutrition and health. #NestleProfiler


nampak tak saya punya iklan churpchurp jalan-jalan rotate kat tepi tu...tengok la tengok la...hehe
hari tu memang tak reti gila macam mana nak letak iklan churpchurp dalam blog,nak bertanya malu,lepas tu sesat la aku sensorang...haha. Tu la malu bertanya,pasti sesat jalan *_*

sebabnya mie bertanya macam mana mau buat itu iklan kasi jalan-jalan pusing-pusing dekat tepi itu,saya pun mau berkongsi ilmu dengan semua orang...



Let's start the class!

mula-mula klik dulu [ HTML BASIX ] ni, nanti korang akan nampak macam kat bawah ni...


okey sekarang ikut arahan macam dalam gambar kat atas, nak isikan link url tu boleh buka akaun churpchurp korang la,pastu copy paste jela kat c2..tgk contoh kat bawah k

yang link 2 dan seterusnya korang isi untuk iklan churpchurp yang lain pula okey... Bila dah habis isi, boleh clik GENERATE kat bawah sekali..



lepas klik GENERATE tu,nanti akan keluar satu page yang ada dia punya html code,tapi before korang copy html code tu,tengok dia punya preview dulu kat bawah page tu,kalau ter'gemok' ka,ter'kurus' ka, boleh adjust balik la,adjust dekat bahagian "image width and image height" tau, pastu tekan generate lagi sampai la korang dapat yang ngam-ngam comei untuk sidebar korang tu...hehe

Pastu apa lagi,pergi dashboard-->design-->page element--> add gadget--> paste la kod html yang korang copy tadi...



Dah siap dah... *_*

{ sorry ye kalau gambar tak memuaskan,tak reti sangat nak print screen and edit }





credit to iniialahaku
 

07 Februari 2011

cerita orang bertunang

sudah lama rasanya tidak mengupdate entri,sekarang baru ada masa dan idea...bukan apa,sebabnya cuti raya cina kan,aku pun tumpang bercuti juga la walaupun aku sememangnya 'hari-hari mau cuti' hahaha.

Minggu ini semua ada dekat rumah,abang yang pulang dari KL,adikku yang belajar dekat UiTM Perlis pun bercuti,so aktiviti tu memang banyak la. 4hari ini berjalan je kerjanya...kalau tak pergi shopping,pergi makan pun layan..maunya tak bulat muka aku ni..haha

Okey apa pun nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang melangsungkan pertunangan waima pernikahan pada cuti yang lalu. Diharap tuah tahun arnab ni akan memberi sinar kebahagiaan buat kalian.

My friend pun ada juga yang bertunang pada hari Khamis yang lepas. Marianie binti Omar... Majlis yang sangat-sangat la simple,but happy... Dah lama tak jumpa si Marianie ni sebenarnya walaupun kadang2 dok sembang-sembang juga dalam fb. Marianie dah sedikit berisi berbanding zaman sekolah dulu..hehe.

Tak sangka perkenalan dari kawan-kawan sahaja time sekolah dulu telah membibitkan cinta dan sayang dalam hati kedua insan ini.. harapnya pertunangan kalian akan terus memekarkan kasih sayang sehinggalah detik perkahwinan berlangsung nanti :)

ini bukan marianie,ini aku



cik yang nak bertunang


hantaran hasil tangan marianie..hehe *mcm tak percaya*



gila susah nak amik gambar makcik ni,kalau tak nganga mulut,nampak belakang je..huh


nyummy..


geng renek dengan si tinggi ^_^
 nak tunang jugak.... *_*

06 Februari 2011

~will be back soon~



i'm quite busy right now, and i cannot blogwalking and update entry..

but will be back soon,just wait for me dear... : )

have a nice day......  ^_^