Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

10 April 2011

pagi-pagi dah merempit!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Betul... Pagi-pagi tadi bangun ja terus fikir " Apa aku nak masak hari ni". " lauk untuk mak lain,lauk untuk adik-adik dengan abah lain, untuk aku??? hurmm.... "

Rutin harian,kena pergi beli surat khabar,pastu pikir-pikir nak masak apa untuk makan tengah hari... Almaklumlah, suri rumah sepenuh masa walaupun belum berkahwin... Lepas mandi segala,bagi makan ternakan,cuci-cuci pinggan,terus amik kunci kereta.. Eh adik tak pergi sekolah,so bolehlah naik motor je...

Sejak-sejak ada kereta,rasa macam dah lama dah tak bawa motor. Masa zaman belajar kat UM dulu,aku la minah rempit... haha. Muka aku selalu je ada dekat bengkel moto seksyen 17. Sikit-sikit checking moto,kot ada apa-apa yang tak kena... Kalau kat KL,bawak moto time jammed memang best! Time cilok-cilok tu feel ja...hahaha.

Tapi tu semua dulu, sekarang dah tua, umo makin meningkat, so kesihatan kena jaga... Merempit pergi beli nasi lemak,beli surat khabar.then pergi pasar beli sayur sket...( merempit ke ). Aku menunggang dengan penuh berhemah tanpa memakai topi keledar... Bukan apa,nak bagi rasa udara fresh pagi-pagi..

Lepas update entri ni,nak terus memasak... Nanti siap boleh update lagi,tu pon kalau rajin...

Da.......

26 Mac 2011

sabar sikit oiii....

Benci betul dengan orang yang kurang kesabaran nie, rasa berbulu ja tengok.. Adakah orang yang kurang sabar ini boleh dikategorikan sebagai panas baran juga??? Alhamdulillah dalam family aku takde yang panas baran sangat. Cuma yang kecik-kecik tu ja,belum matang lagi,so dimaafkan... 


Seharian hujan hari ni. Biasa la kalau hujan,perut mula berkeroncong meminta isi. Meminta isi pula bukan calang-calang isi, KFC kot... Mungkin disebabkan 'Hari Gaji' , perut pandai pula meminta KFC untuk santapannya malam nie... Macam biasa,sengih-sengih depan mak dgn abah,dapatlah wang ihsan RM35 untuk membeli KFC untuk 5beranak kami...


Sesampainya di sana,terus aku order take away dengan jayanya...siap demand ayam nak drumstick dengan tight(betul tak eja camni?) je ( memang suka request part ni je kalau beli ayam kfc). Sambil-sambil menunggu order disiapkan,tetiba rasa macam ada bodyguard kiri kanan. Eh apehal kau... Siap amik menu angkta ke belakang belek-belek lagi tu...berbekas aku. Tak reti sabar ke, tak reti beratur ke,tunggu ar turn ko..bukannya ramai customer pun kat kfc gurun nie...hampeh.. Dah la main langgar-langgar aku plak... Hangin. 


Aku pandang kiri kanan 2-3 kali,dapat order trus blah.. Bantutkan emosi je...


Aku yang panas baran ke diorang yang tak sabar??????

20 Februari 2011

SEKADAR BERKONGSI KEGEMBIRAAN

Macam biasa hari ini celik-celik ja mata terus on lappy untuk update blog,nuffnang,churpchurp,facebook dan sebagainya...

Tengok blog..takde apa yang bertambah pun,ok... Pastu buka nuff plak,still earning RM0.00,takpe...teruskan ke churpchurp... Terkejut tengok yang dekat ruang atas tu,RM0.20 earned." RM99.80 more to cash out".



Wuuuu weeeee woooooo. Tak sangkanya benda tu bergerak...hehe. Padahal memang before ni dok tgk juga,tapi macam tak kisah pun. Sebenarnya tak faham macam mana benda churpchurp ni berfungsi la,kalau la kata per click dapat Rm0.20,maknanya selama aku berblogging ni baru sorang je yang klik churpchurp aku tu???

Abes yang datang melawat cakap 'dtg sambil klik klik' tu dia klik apa? Ke aku yang salah? Kalau ada sesiapa yang boleh terangkan dengan lebih lanjut pasal churpchurp and nuffnang ni dalam bahasa yang mudah sila silalah ye...


 Churpchurp Rock!!!! ^_^


Penang Asam Laksa dengan minuman untuk RM6 sahaja at Sbread, The Gardens. Food court pun tak dapat nie...klik klik jangan malu jangan segan

15 Februari 2011

~pernah makan mi goreng mamak tak~


Sapa cakap tak pernah makan tipu......hehehe
Tapi betul ada yang tak pernah makan jugak,not my taste katanya....iyo la makan pun kat 'NOODLE Station' yang kelas-kelas tu,padahal kat Noodle Station pun ada jer mi mamak ni..

Kalau orang Penang,memang mangli la dengan mi mamak ni kan,p la cari ceruk mana pun,mesti jumpa punya. Kedah pun sama juga,tapi nak cerita ni,kat bedong,ada satu kedai mi ni memang dah lama ada kat sini dari aku kecik lagi.Dulu stall dia kecik ja,yang kereta tolak-tolak tu la kan,dulu sebelah kanan,sekarang kedainya udah ler besar ha,tapi tetap kat tepi jalan jugak,cuma ke sebelah kiri pulak.

Hari tu,masa cuti raya cina,aku balik dari interview kat sungai petani,tetiba dapat msg dari abang,katanya satg singgah beli Mi Abu. Mee yang kat tepi jalan ni la... Abang teringin kot..haha

Aku pun singgah la dan terus mengorder,segala mee goreng rebus basah suma aku order.pasembor pun balun jugak. Punya pelahap kami adik-beradik makan.huhu.

Sambil-sambil dok menunggu tu,hajat di hati nak mengambil gambar,iya la dah ada blog kan,rugi kalau tak masukkan ni..hehe. Tapi segan gila. Mula-mula aku snap-snap yang keliling ja,pastu masa uncle Abu nak start goreng,aku tercangak depan dia dengan kamera kat tangan ready nak snap. kamera henpon ja pun.



Pak Abu sergah aku kot..terkejut aku,dia ingat aku wartawan mana dok amik-ambil gambar dia gamaknya. Pastu aku cakap elok-elok untuk letak dalam blog. Myb dia tak tahu apa itu blog,dia ingat aku nak letak dalam Facebook. Facebook pun Facebook la...janji dapat snap. Pastu dia membebel apa tah dekat pekerja dia aku buat-buat tak dengar. Nada macam tak puas hati jugak la...hehehe

Tengoklah hasilnya *_*

sambil masak sambil bising aku amik gambar dia hahaha

ni amik curi-curi kot blkg ..heh

 Sesiapa nak try Mee Abu ni, ini alamat dia. Dah siap tulis kat sampul surat and tampal kat kedai. Senang...hehehe






RESEPI MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan :



300 gram mi kuning - dibersihkan dan di tos


200 gram udang


100 gram tauge


2 tangkai sawi (dipotong)


2 tangkai daun bawang (dihiris)


1 keping tauhu (dihiris)


1 biji bawang besar (di tumbuk)


5 ulas bawang putih (di tumbuk)


3 sudu besar minyak masak


1 sudu besar cili kisar


1 sudu besar kicap pekat


1 sudu besar kicap cair


1 biji tomato dibelah 4






Cara membuatnya:






Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing.


masukkan cili kisar, tauhu goreng dan udang. Masak selama 2 minit.


Kemudian masukkan mi, sawi, tauge, daun bawang, kicap pekat, tomato dan kicap cair. Gaulkan supaya bercampur rata. Goreng selama 5 minit.


Sedia untuk di hidang.




Selamat Mencuba!

11 Februari 2011

MAKAN,MAKAN & MAKAN edisi II

Bertemu lagi dalam segmen Makan Makan & Makan edisi II. Kali ini nak bawa korang layan ikan bakar dekat Kuala Perlis. Tau tak Kuala perlis terletak di mana? Ha pandai pun,kat Perlis la kan...ala kalau nak g Langkawi,kena naik bot kat situ la....hehehe

pinjam gambar kat google

OKEY tengok peta nampak tak Dataran Makanan Laut Kuala Perlis tu? Di situlah lokasi makanmakan kali ini ye... Memang seafood heaven la kalau korang pergi sana.. Tempat ni on the way nak ke Jeti,dekat-dekat dengan Hotel Brasmana.

Tapi bila sampai sana,korang kena pandai pilih kedai la,sebabnya dia macam Petaling Street skit,nanti ada ramai waiter datang serbu korang suruh makan kat kedai diorang. Tapi sini takde tarik-tarik baju okey :).

Aku nak rekomen kat korang kedai mana pun aku tak pasti nama kedai. Tapi aku pun baru ja berjinak-jinak makan kat situ. baru 2 kali je... 1st time pergi masa baru balik Langkawi. Kedai yang kitorang makan tu sedap n ikan dia fresh giloss. Siap ada belangkas lagi. tau tak apa itu belangkas? Pernah makan ke??? hehehe

ini adalah belangkas
 But kedai yang second time pergi ni sedap jugak,cumanya ikan gerut yang dibuat bakar tu tak fresh sangat la. Isi dia keras and tak manis. So ok ok jer...

Tapi apapun,porut den totap konyang jugak :)

Macam biasa kalau tiada gambar tak meriah ler... Enjoyzzz....



pilih saya pilih saya

ketam pun ada jugekkk


this is mentarang..sangat sedap!


org ckp laksa kuala perlis famous,tapi yang ini kureeeeng
 RM3 w/o egg even half...expensive lol

ice cream ais kacang


suasana tempat makan
tapi ni bukan kedai yang kitorang makan


THAI soup a.k.a tomyam

encik ikan yang kena bakar


mentarang pun kena bakar jugak

muka puas!

 Lepas ni korang pula kena pergi try makan kat tempat ni k,nanti bolehla kita bertukar-tukar pendapat *_*


Terima kasih semua...

MAKAN,MAKAN dan MAKAN

Harap semua enjoy dengan gambar-gambar yang akan anda lihat sebentar lagi...

Semua berkaitan makanan,jadi sesiapa yang berdiet,tolonglah tengok juga...muahahaha!!!!





pernah makan nasi bintang tak? *_*


puyuh goreng pedas

tomyam campur



2. MiMi Tomyam @ Jalan nak p Hosp Sultanah Bahiyah (tepi petronas)


katanya ini kuey teow kungfu

nasi putih dan ayam padprik


ini pula hong kong mali lol...

 3. Bg Chik Char Kuey Teow



 

special punya... ^_^


nantikan MAKAN,MAKAN dan MAKAN edisi II

~terima kasih ~

02 Februari 2011

Jom! Makan at TCRS

Penaja utama untuk sesi makan-makan hari ini adalah Puan Jamilah binti Jaafar merangkap puan besar dekat rumah. Seperti entri sebelum ini (kalau nak tau klik SINI ) ibuku merupakan ^ratu poketku^ kala sesak...hehe.
Sebabnya puan besar teringin nak makan nasi ayam so aku sebagai anak yang menurut perintah telah puan besar makan di Restoran The Chicken Rice Shop bertempat di AEON Seberang Prai, Penang. Bertuah la dapat anak macam aku ni,mentang-mentang mak teringin nak makan nasi ayam,nak hambik kau bawak g tempat yang kena service charge and gobemen tax.

Sesudah mengorder dengan senang hati, makanan sampai dan apa lagi,makan time...!!!

AMARAN : Dilarang menelan air liur apabila menyaksikan gambar-gambar di bawah...






chicken slice wantan



this is mine..nampak sangat kau dah makan pastu letak folk n spoon jap pastu snap! sengal kau.


2 orang tukang perabih makanan

owh~owh i like this BBQ chicken..nyumnyum~



kunun on diet order soup..blah kau (adik aku)


puan besar dan anak yang paling besar



end up dengan sepasang sandal cleef berharga RM11.90 :)
berbaloi-baloi!!!