21 Januari 2011

^^ AKHIR SEBUAH CERITA ^^

Hari ini adalah hari terakhir untuk menonton drama kesukaanku iaitu AYOUB. Walaupun pihak TV3 ada gangguan siaran yang kejap-kejap takde suara,pastu gambar hilang (sabo je la)tp aku dan adikku tetap layan drama ni.
Bagus betul Iqram berlakon,memang agak terkesan la jugak peranan dia sebagai Ayoub dan tidak lupa kepada Fizz yg membawa watak antagonis yg mati dipenuhi dengan bisul dan nanah di badan...

tak sabar nak tunggu drama baru yang mengisi slot SAMARINDA minggu depan. Ada Tizz Zakyah n Kamal Adli... Sweet! :)

Kat bawah ni ada sedikit kisah Nabi Ayub yang mungkin korang terlupa...


Kisah NABI AYUB

Membaca kisah Nabi Ayub as, maka kita akan terkagum-kagum dengan ketakwaannya yang tinggi,  Ia menyayangi orang-orang miskin, memelihara janda-janda dan anak-anak yatim, serta menghormati tamu.  Ia juga menyeru kepada kaumnya supaya menyembah kepada Allah Swt.

Allah Swt Berfirman dalam Al-Quran surat An-Nisa’ ayat 163 :

” Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma'il, Ishak, Ya'qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.”

Para ulama tafsir dan tarikh meriwayatkan bahwa nabi Ayub as adalah orang kaya yang banyak hartanya, kekayaannya meliputi, unta-unta yang sehat, hamba sahaya, ternak, dan tanah-tanah yang luas di daerah Batsinah dari Negeri Hauran

Tetapi, nabi Ayub telah diberi ujian daripada ALLAH swt dengan kehilangan kekayaannya,tanamannya musnah dan beliau diserang penyakit ganjil sehingga memaksa beliau menyendiri di sebuah pondok yang jauh dari orang ramai..

Nabi Ayub hanya mampu berzikir dan berdoa supaya disembuhkan penyakitnya.. Akhirnya penyakit beliau sembuh..

Cara penyembuhannya dijelaskan dalam  firman Allah Ta’Ala dalam Al-Quran surat : Shad ayat  42

“(Allah berfirman): "Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”

Maka Allah memancarkan air dingin dan menyuruhnya mandi dan minum dari situ, sehingga Allah menyingkirkan penyakit yang menimpa tubuhnya lahir dan batin


Wallahualam...

2 ulasan:

DeQdEq berkata...

nice entry...keep it up...

nur ikhyar dee berkata...

DeQdEq : thank you so much dear... :)