25 Januari 2011

lagi pasal GSTT 2011

" GSTT Kekal Sebagai Duri Dalam Daging" ?

Sentap juga la aku membaca tajuk besar tu dalam Berita Harian bertarikh 24 Januari 2011 hasil tulisan En. Azhar Abu Samah..sebab saya juga mengharapkan kontrak saya disambung pada tahun ini...

Sejak graduasi pada tahun 2008,aku dah cuba memohon pelbagai jawatan yang ada kaitan denga ijazah yang aku idamkan dan peroleh setelah 4 tahun bertungkus lumus berhempas pulas mendapatkannya. Malangnya setiap kali temuduga daripada syarikat-syarikat swasta,alasan yang diberikan jika tidak berjaya kerana tiada pengalaman kerja... Macam mana hendak wujudnya pengalaman kerja jika tidak diberi peluang?Keciwa dengan interview yang tak pernahnya nak lulus,aku pun cuba memohon untuk menjadi guru ganti dekat PPd. Alhamdulillah,aku diterima menggantikan seorang guru di Jeniang yang menghadiri kursus KDC selama 3bulan... Itu la pengalaman kerja pertama aku setelah grad.

Tamat 3 bulan menjadi guru ganti di Jeniang,tidak lama selepas itu, aku ditempatkan di sekolah di daerah Yan juga sebagai guru ganti selama 3 bulan. Benarlah, jika ada pengalaman,pihak berkenaan tidak teragak-agak untuk mengambil kita bekerja semula. Pada waktu inilah aku akhirnya diterima menjadi seorang GSTT dan kontrak bersambung sehingga akhir bulan Oktober tahun lepas.

Persoalannya di sini,jika ditanya atau diselidik,kebanyakkan GSTT mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang,apa salahnya kerajaan mengkaji untuk mengambil para GSTT ini dan diserapkan ke kementerian-kementerian lain yang bersesuaian dengan ijazah masing-masing? Daripada terus  memberi harapan kepada para GSTT ini...

Cuba baca petikan ini :

"Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan.

Beliau berkata, kerajaan hanya menyambung kontrak GSTT yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut, selain dalam proses untuk menyerap GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Penjelasan beliau itu sekali gus menjelaskan bukan semua GSTT akan diambil berkhidmat semula, termasuk 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu disebabkan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun"


Apakah nasib GSTT akan terus begini dan tiada kesudahan?


gambar hiasan

Untuk artikel penuh, boleh tengok di SINI

Tiada ulasan: