17 Mei 2011

Massage Urut-Urut + Cool Boxes

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Semua...

Apa khabar semua...? Sihat-sihat la harapnya ye ... Aku sihat sokmo... Rasa macam dah lama tak pergi jalan-jalan kat shopping complex la.. Sejak-sejak ada banyak online shop nie, rasa selesa untuk bershopping online ja... Ya la kan, tambah kalau perempuan, nak keluar g kedai, bukan boleh terjah macam tu je, kena la bersiap segala bagi molek dan menutup aurat. Kalau wanita Islam, haruslah menutup aurat waima hanya mahu membeli bawang seringgit sekalipun...

Sebab tu lah aku lebih selesa membeli secara online, mudah, senang dan selesa. Barang pun terus dihantar ke rumah... I LIKe! (nampak benar pemalas). Kalau ada kedai runcit online kan syiok.. Nak bawang seringgit, perencah tomyam satu, order je pastu terus hantar ke rumah... Takat ni dekat kawasan taman aku hanya ada penghantaran barangan runcit ja la, call kedai tu nak apa, nanti dia datang hantar dengan motor..hehe.

Tapi kan aku suka sangat dengan offer-offer dari MilkADeal. Mesti korang tau apa itu MilkADeal kan? Ala kadang-kadang ada iklan dia pada blog korang... Memang certain deal tu sangat berpatutan.. Before ni aku dah beli pakej massage2 untuk dua orang. Each coupon only cost RM23.80 sahaja. Massage pulak untuk 2hours.. FULL BODY ok! Dengan FACE massaage guna guasa lagi... Kalau nak compare, kita pergi facial pun mau RM35 dah kan? Tu baru facial. Kalau full body agak-agak berapa? Ni first time nak buat body massage. Facial dah banyak kali, tapi yang ni Guasa punya, so maybe lain skit.. Appoitment 28 May 2011 nanti at Face Avenue Ayer Hitam, Penang... Tak sabar nak pergi :)



Tak sempat redeem lagi coupon tu, aku purchase lagi satu deal oleh oleolemanis. Kali ni Rm38 untuk 50 kotak. Semua cute- cute dan cantik... Aku beli 50 pcs untuk stand by, mana tau nak tunang ke kawin ke dalam masa terdekat ni kan... Ooops!hehe. Yang ni tak pasti berbaloi ke tak, tapi disebabkan tertarik dengan kecomelan semua box tersebut, so aku beli je..




Comel kan???? Ada banyak lagi design lain. Kalau nak tengok silalah ke oleolemanis.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawen..??jgn lupa jemput..haha

Unknown berkata...

nanti jgn lupa review pasal massage tu ek