11 Jun 2011

! AKHIRNYA KU KETEMU JUA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hasil borongan
Hai semua.... Apa khabar korang? Lamanya la tak update blog. Bukan apa, sibuk dengan hal rumah yang entah bila la nak berakhir... dan sebagai kakak yang paling BESAR, banyak tanggungjawab yang perlu digalas bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Siapa lagi yang mak abah nak harapkan melainkan aku kan, selagi terdaya Insyaallah akan ku galas segalanya... Wah gitu ayat intronya...

Minggu lepas, sibuk dengan undangan perkahwinan, sampaikan tak menang tangan mengalahkan pengantin. Bukan apa, banyak sangat undangan, sampai tak tahu nak pergi mana dulu. Buat kawan-kawan yang aku tak sempat p kenduri tu, maaflah ye, aku doakan kalian bahagia hingga ke akhirnya...

Aku selalu cemburu dengan 'warga kota' Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekelilingnyalah... Sebab apa cemburu? Kalau kita lihat dari pelbagai segi, memang boleh dikatakan warga Kuala Lumpur , Selangor, Putrajaya dan sebagainya ni sangatlah beruntung. Segalanyalah ada di sana.. Kalau nak design or produk-produk yang latest, carilah kat sana, mesti ada. Kalau nak harap sampai kat kawasan luar KL ni, mau 2 3 minggu jugak baru sampai..

Tapi bila Kumpulan Karangkraf menganjurkan Mini Karnival di Sungat Petani, rasanya semua warga Kedah khususnya sangat-sangat berterima kasih kepada Kumpulan Karangkraf kerana sudi mengadakan di sini. Jarang sangat la Sungai Petani ni menjadi pilihan untuk karnival-karnival. Walhal populasi penduduk di Sungai Petani rasanya hampir menyamai penduduk Perlis dah...

Dari usia remaja hinggalah ke dewasa, aku tak jemu-jemu mengikuti tulisan hasil Sharah Ibrahim. Benda first kalau beli Majalah REMAJA dulu-dulu, mesti nak baca ruangan editor tu dulu... Boleh dikatakan aku peminat karya Sharah Ibrahim juga la.. Ahamdulillah, di Mini Karnival Karangkraf ni, akhirnya aku dapat juga bersua muka dengan Sharah Ibrahim... Peramah orangnya.. Sempat juga berborak macam-macam dengan beliau.. Dan aku tak lupa merakamkan foto dengannya... Kenang-kenangan...



Mini Karnival Karangkraf berlangsung selama 3 hari bermula 10-12 Jun 2011... Potongan BUKU, MAJALAH DAN NOVEL SEHINGGA 20%. Karnival bermula jam 9.00 pagi hinggalah 7.00 petang... 
Buat semua warga Kedah, jangan lepaskan peluang keemasan ini... Berbaloi-baloi!

3 ulasan:

gigiAriEma berkata...

kat mna nih yunk??

Puan NisaKhaidir berkata...

borong mag nampak... hihih..
cnk follow :)

http://pelangichanteque.blogspot.com/

Lulu Caldina berkata...

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)