10 Jun 2011

MINI KARNIVAL KARANGKRAF di DATARAN JAM BESAR, SUNGAI PETANI,KEDAH.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Pejam celik dah hari jumaat dah.. Bermakna cuti sekolah bakal berakhir,..sama jugak la dengan aku, cuti aku pun berakhir juga. Ahad start keja... 

Dah lama tak update blog, rasa kekok pulak nak menulis..hihihi. Straight to the point, BUAT SEMUA warga utara khususnya yang berada di Sungai Petani, silalah berkunjung ke Mini Karnival Karangkraf anjuran Kumpulan Karangkraf di Dataran Jam Besar Sungai Petani, Kedah... Pelbagai tawaran hebat disediakan. Potongan harga untuk semua buku-buku dan majalah. Buat peminat novel pula, time ni lah nak BORONG novel, untuk novel potongan sehingga 20% tau... Sangat-sangat berpatutan...

Ha buat peminat cerita NORA ELENA , novel Kasih Yang Suci boleh dibeli dengan harga RM15.90 sahaja... Murah kan?

Karnival berlangsung selama 3 hari bermula 10 Jun hingga 12 Jun 2011. Anda juga berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan novelis-novelis yang didatangkan khas sempena karnival ini... Karnival bermula jam 9.00 pagi ingga 7.00 petang sahaja..

Pada 11 Jun 2011, akan ada persembahan daripada artis-artis seperti Imran Ajmain dan ramai lagi. Tak pasti pula artis apa lagi yang akan hadir...

So pakat-pakat p meriahkan karnival ni beramai-ramai. Jadikanlah budaya membaca itu budaya dalam diri kita.... Sayonara!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala..jauh la pulak...huuu