24 September 2011

MINTA MAAF...

Asalamualaikum... & Salam Sejahtera...

Apa khabar semuaie.....?
Harap-harap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya...Dah macam nak menulis surat pulak..hehehe. Sesuai dengan tajuk entri which entri pertama aku semenjak last entri pada 22 Jun 2011 yang lalu,aku nak minta MAAF kepada semua kawan-kawan dan readers yang mambaca dan mengikuti blog aku sebelum ni... tak kisah la ada yang baca ke tak, tapi still aku nak jugak minta maaf sebab terlalu lama meninggalkan dunia blog..

Sorry...

Bila aku menonton rancangan The X-Factor di 8TV tadi, ada seorang peserta dari Florida bernama Melanie yang menyanyikan lagu Listen sehingga membuatkan para juri dan penonton begitu kagum dengannya,membuatkan aku terfikir, insan biasa yang tiada sesiapa pun kenal, dapat memberi inspirasi kepada berjuta manusia melalui nyanyiannya... " People like you inspired me" kata Nicole Scherzinger sambil menitiskan air mata..  

                                                THE AMAZING MELANIE AMARO


Bukan senang nak memberi inspirasi kepada orang lain, dan bukan senang juga untuk mencari sumber inspirasi kita yang benar-benar berkualiti, tetapi tiada benda yang mustahil di dunia... Mungkin blog aku atau hasil tulisan aku sebelum ni memberi inspirasi kepada sesetengah orang TETAPI setelah lama aku tinggalkan, mereka hilang inspirasi dan mula beralih arah... Who knows...

Insyaallah, aku akan mula aktifkan semula blog aku ni, dan aku mengharapkan sokongan rakan-rakan dan sahabat blogger yang lain...

life is great!

Tiada ulasan: