19 Oktober 2011

JERAWAT

Assalamualaikum semua...

Salam 1Malaysia

Penat aku selongkar cari hard disk lama aku yang memuatkan gambar-gambar zaman belajar kat Universiti Malaya dulu. Akhirnya jumpa. Memang dah niat nak berkongsi dengan korang semua mengenai masalah JERAWAT ni...

Aku rasa setiap manusia di bumi ni tak terlepas daripada masalah jerawat. Tak kira lelaki mahupun perempuan. and of course la perempuan lebih ambil berat bab-bab jerawat ni, Tapi zaman ni rasanya both men or women is concern about this.Naik ja jerawat sebiji, mula la tak senang duduk... Kejap-kejap pergi belek-belek muka kat cermin,kejap-kejap tempek bedak sejuk bagi hilang...

Zaman aku belajar dulu, aku memang ada masalah jerawat. Orang kata stress pun penyebab jerawat juga selain faktor pemakanan. Cumanya aku nak tambah lagi satu la iaitu salah produk. Yang ni kalau salah produk muka hang hat licin bak punggung baby pun akan menggerutu. itu la yang jadi kat aku..

Tapi muka aku takdak la selicin punggung baby..hehehe. Aku memang dah ada masalah ni since sekolah menengah lagi.. Tapi bila masuk universiti dia jadi makin teruk. Dok universiti lagi la kan dengan stress belajaq,makan sumbat semua, ha semacam menternak jerawat dah la kan.. Muka aku ni seminggu sekali mesti ada kat Klinik Kesihatan Kolej 12 tu, mintak ubat jerawat... Makan ubat kurang la ckit..

Nak jadi cerita, satu hari tu, ada kawan aku suggest beli produk yang dok iklan kat tv tu, Kayla Beyvelill Hill apa tah, mau RM200 gak la satu set... sebabnya kita ni bila ada masalah, org suggest apa pun hat nak bagi solve masalah kita mesti kita beli kan??? So aku dengan tekad dan bulatkan hati bawa keluar duit simpanan beli benda tu satu set... Seminggu pakai muka aku naik lagi banyak biji-biji jerawat. Haissh sudah. Apasal pulak jadi camni kan... Aku pun kabor ke kawang aku tu, dia cakap ''meme cenggini mulo2,ye nak kluar sume la tu''. Ok fine. Tunggu lagi seminggu. The next week aku pakai siap ada nanah-nanah lagi beb. Ni tak leh jadi ni. So stop pakai benda tu.

Masa ni kuliah dah start tau. Memang muka aku teruk gila-gila punya la. Hari first aku ponteng kuliah sebab malu nak pergi dengan muka canggini. 2nd day terpaksa juga pergi. Biasa la dalam dewan kuliah kita mesti duduk dengan geng-geng kan. Sorang -sorang member aku datang tegur... huhuhu. Sedih takyah cakap la. Aku cakap aku salah produk ja... Then aku pergi lagi klinik kkesihatan um untuk amik ubat... Alhamdulillah ubat tu berjaya mengurangkan masalah aku tu.. Mengurangkan ja, bukan settle ok.

Lagi skali benda alah jerawat ni jadi masa aku jadi GSTT tahun 2009. Time ni tuhan saja la yang tau apa aku rasa bila kejap-kejap student aku tanya pasal muka aku penuh jerawat, kejap-kejap cikgu-cikgu plak tanya.. Masa ni aku jalan tunduk ja. Abes mengajar ja trus jalan cepat-cepat dok diam-diam dalam bilik guru.. Time ni pun apa ja orang suggest aku beli dan try.. Duit berlambak-lambak dah habis untuk solve pimple problem ni.. Sampai la satu hari tu, ada member aku, Kak Suriati kenalkan aku dengan satu sabun ni. Kak Su pun ada same problem macam aku gak. But the week after dia guna sabun tu muka dia dah lain. Jerawat suma dah kering and semakin pudar..

EUMORA

Sabun ni la yang telah membantu aku mendapatkan kulit selicin punggung bayi ye kawan-kawan...

Tahun 2011

Dan membebaskan aku dari belenggu masalah JERAWAT!


Tahun 2007

nak bergambar pun tutup muka, malu!

yup! ni aku

did you see my face?


Tahun 2009

again, malu nak bergambar,so tutup muka/pipi cover jerawat




Now aku still pakai EUMORA tu, then aku pakai sun block day krim OLAY TOTAL EFFECT (terbukti berkesan) dan malamnya aku pakai Fruit of the Earth ALOE VERA 100% GEL buat masker..


So for those yang ada masalah sama macam aku iaitu JERAWAT! , don't give up.. Teruskan dan teruskan dan teruskan berusaha cari ubatnya. Insyaallah jalannya pasti ada. Yang pasti jangan rasa rendah diri, anggap ni semua ujian tuhan untuk tengok kita ni kuat ke tak untuk hadapinya... Amin..

Semoga kawan-kawanku dilimpahi rahmat sentiasa..

7 ulasan:

ejulz berkata...

waaa.. berkesan laa... :)

Ila berkata...

wah,memang licinlah..ila nasib baik takde masalah jerawat ni

nur ikhyar dee berkata...

ejulz:

tu pun puas mencuba beberapa tahun... nasib baik tahap kesabaran tinggi hehehe

nur ikhyar dee berkata...

ila:

bestnya takde masalah jerawat!! anda sangat bertuah..

Haw berkata...

kengkadang jerawat ni masa remaja je.. lepas tu hilang sendiri

Tanpa Nama berkata...

Wow..bagusnyee..tahniah ikhyar

Tanpa Nama berkata...

Salam.masih guna ke sabun eumora ni?