06 Mac 2012

Perasaan

asalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1malaysia...

ha kalau penjawat awam memang rasanya kalau bagi kata aluan macam ni la skripnya...tak salah kita greet orang sekeliling dengan kata-kata yang positif..betul?

sekarang ni kehidupan cik ikhyar dee agak sibuk ye..sejak2 memulakan semula kehidupan sebagai warga kampus di UTHM parit raja, batu pahat,johor.. ha jauh dari utara ke selatan..lepas ni kalau nampak cik ikhyar dee makan cucoq pisang cicah sambal kicap jangan terkejut na...hehehe

perasaan bercampur baur sebenarnya ni, nak datang ke johor. almaklumlah..selama lebih 2 tahun kita dok umah kan, tak ke mana, banyak yang dah sebati dengan diri kita yang kita kena tinggalkan... lebih-lebih lagi berjauhan dengan keluarga.. ye walaupun dah bleh kata nak dekat senja dah usia ni,tapi tak la senja sangat kan.. tetap ada satu feel halus bila mak dok lambai2 nak tinggalkan kita tu... Senang cerita homesick la..hahaha.

Nak gelak pun ada tapi itulah hakikatnya... sebesar mana pun kita, setabah manapun kita, kalau melibatkan keluarga terutamanya emak kita, mesti ada jugak ckit rasa sedih dalam hati kan..even bila kita dah kawin nantipun, mesti punyalah.. walaupun dah ada cik abang, emak tetap di hati.. Malu cik ikhyar ni kalau adik-adik baca coretan malam ni...hehehe

Tadi cik ikhyar disedarkan oleh seorang lecturer yang mengajar teknologi dan inovasi dalam pendidikan dengan hakikat dunia kita ni... Some of us ada target dan macam-macam goal dalam hidup kita, same goes to my dpli-gstt friends kat uthm ni...cik ikhyar sangat2lah bersyukur kat Tuhan of course dan semua yang terlibat  dengan program dpli-gstt ni daripada yang perjuangkan, yang pertimbang, yang memudahkan urusan dan juga yang sudi terima kami sebagai student. Peluang datang hanyalah sekali dan manfaatkan sebaiknya... Jangan tunding sana sini, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya... Cuma lecturer tu tekankan walaupun kita mengejar goal/golf ball kita, tapi keutamaan yang lain perlu juga dititik-beratkan seperti kesihatan dan keluarga kerana walaupun kita berjaya dengan golf ball kita ini iaitu lesen ijazah untuk menjadi pendidik, jika tidak dikurniakan dengan kesihatan yang cemerlang dan bercampur dengan masalah rumah tangga, kehidupan kita tidak akan bermakna.. so seimbangkanlah...

Walaupun hari ni penat sangat-sangat dengan perasaan yang bercampur- baur,(emosi kurang stabil), cik ikhyar tetap bersemangat nak meneruskan pembelajaran di sini sehingga berjaya..Semoga keberkatan daripada doa-doa pensyarah, rakan-rakan dpli-gstt batch 2011/2012 uthm, kawan-kawan yang mengenali serta doa mak dan abah di Raudhah menjadi kekuatan untuk cik ikhyar meneruskan perjuangan ini. Kerana jika melibatkan ramai orang, ianya juga melibatkan perasaan...

Dear Fakhri Akmal bin Che Rosslim, cer nyanyi lagu ni untuk cik ikhyar, buat merawat hati yang lara... hehehe..



Selamat Malam!

1 ulasan:

Unknown berkata...

dah lamaa tak update blog yer..rupanya dah jadi student