Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

01 Mac 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??




tengok tengok baru ja nak scroll blog yang update entri,nampak segmen abang ben ni,terus join tanpa sempat berkata apa-apa. HEBAT! 

Kematian itu melibatkan semua,tiada yang terkecuali. Setiap yang bernafas atau lebih mudah dikatakan hidup di dunia,pasti akan mati.Itu sudah ditetapkan. LARILAH sejauh manapun kita tetap akan pergi,cuma masanya sahaja yang belum pasti.

Kalau membincangkan topik kematian,pilihan utama pastinya yang bergelar manusia,tetapi tidak bermakna kematian makhluk lain pun tidak diambil kisah.

dulu pernah dengar dalam radio HOTfm pasal seorang isteri yang bercerita mengenai suaminya. Suaminya seorang perokok. Memang dah lama merokok since dari sekolah lagi. Korang byangkan la kalau umor-umor dah kawin dan start merokok since sekolah,dah berapa dozen dh rokok yang disedutnya...dah berapa kilo nikotin dalam tubuhnya...

Isterinya baru kehilangan suami yang tercinta akibat barah paru-paru. Semuanya sebab rokok. Si isteri dah sedaya upaya nasihatkan suami supaya berhenti,tambah-tambah isteri tu dok mengandung,berapa bulan tak hengat dah. Dia takut apa-apa jadi pada husband tu,sebabnya dia kata lately nampak husbandnya tak sihat. Orang lelaki ni bila kita cakap macam tu,mula la dia kata kita nak dia mati dulu la apa la...

Si husband ni cakap jangan risau sebab dia tiap-tiap hari senaman even dia merokok,kiranya nak kata balance la kan,rokok pastu senaman..hrmm...

Satu hari tu,husband dia jatuh kat rumah,and isteri cepat-cepat bawa ke hospital. Bila doktor check,tengok dia punya paru-paru dah hitam sangat.. Takde lain doktor cakap,please quit smoking. Then barulah suaminya menyesal...tapi benda tu dah terlambat,sebab esok tu suami dia dah meninggal dunia...

Masa aku dengar cerita pemanggil ni kat radio,aku memang rasa sangat,sebabnya mencik pun merokok juga. Then aku pun pernah 2 - 3 kali ingatkan dia cerita ni,pastu dia cakap apa 'alah takdak apa la'. Nak tunggu ada apa-apa baru nak berentikah??? Arwah tok aku baru meninggal tahun lepas,pun disebabkan oleh asap rokok arwah tokwan aku...Jadikan pengajaran...

to all smokers out there...please say TAK NAK to ciggarette!


p/s : kalau ada sesiapa yang dengar juga pasal ni,and ada part-part yang aku salah,boleh tegur ye... i pun ingat-ingat lupa dah...


12 Februari 2011

*UPDATE* ~perempuan kalau sayangkan suami/hubby/teman lelaki/boyfriend/bucukbucuk sila baca~

my friend cakap gambar kecil and tak nampak tulis apa,so i update gambar baru..
tQ kak suriati *_*



tajuk entri panjang tak hengat.

Sayasayanghubbysaya. Betul ke sayang? Macam mana tau sayang? Betul ke dia sayang?
Ish ish ish...sayang tu universal maksudnya.hanya kita sahaja yang tahu...

bukan kisah berkasih sayang,karang korang ingat aku nak suruh sambut valentine day pulak. Haram!!!

Ada rasa berat badan naik tak? Ala dok asyik study je,malas nak pergi bersenam kan... takpun sekarang dah ada kereta,lif,eskalator,even beskal guna bateri pun dah ada. memudahkan segala hal.

tak leh macam tu. bahaya.karang sayangsayang korang lari cari orang lain siapa yang susah. Tipu la kalau dia cakap "ala awak macam mana pun takpe,saya tetap suka". Boleh belah.

badan mau jaga ye adik kakak. Bukan sebab nak cantik pun tapi yang penting sihat. Kalau kita sihat,umur pun panjang. Kalau cantik tapi badan tak sihat,umur pun ngam-ngam je..tak syiok juga kan.

Mula-mula kira BMi korang dulu kat SINI 

28 Januari 2011

** sayangi PAYUDARA anda **

Wah! wah! tajuk entri tak boleh blah :)

Sebab buat entri ni adalah petang tadi tetiba teringat dekat arwah tok yang baru meninggal tahun lepas ( Allahyarhamah Fatimah binti Putih). Arwah meninggal disebabkan kanser.. Tapi bukan kanser payudara,pasal ni nanti aku buat entri lain ok...wait for me. :)

Semua orang ada payudara.Baik lelaki mahupun perempuan. Eh lelaki ko jgn tak baca entri ni sebabnya sekarang lelaki pun ada payudara dan berisiko untuk dapat kanser payudara sama macam perempuan tau..

Kanser payudara tergolong antara penyakit yang digeruni oleh wanita. Padahal kalau kita tahu gejala kanser ini sejak remaja lagi,peluangnya untuk berkembang menjadi kanser jauh lebih rendah daripada wanita yang lebih tua. Sebab tu la kita kena jaga kesihatan dari usia muda...

ada beberapa tips yang boleh dikongsi dalam usaha menjaga payudara anda ialah :

1) Maintain berat badan ideal.
          Kalau berat kita maintain dan ideal,mesti penyakit-penyakit tak datang kan? Tapi kalau berat kita berlebihan,kita akan rasa cepat penat, badan lemah dan macam-macam lagi. Bila badan lemah,kanser akan mudah menyerang dan badan tidak mampu melawannya .. Kalau kita rasa kita dalam kategori obes,baik cepat-cepat berusaha turunkan berat badan (merujuk kepada diri sendiri) untuk mengelakkan kehadiran penyakit.

2) Senanam..ok!
          Please please please la bersenam. Bersenam dapat meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh kita serta menurunkan kadar estrogen dan insulin. Memang susah kita nak start bersenam kan,tapi bila kita dah start bersenam ianya akan menjadi lebih mudah. Bersenam selama 30-45minit 3 hari seminggu pun dah cukup..

3) Jauhi alkohol
       Dalamapa cara sekalipun,jangan sesekali mengambil alkohol. Alkohol sebenarnya meningkatkan risiko kita mendapat kanser payudara sebanyak 2 kali ganda!.Gantikan dengan mengambil buah anggur yang segar kerana Resveratrol,bahan yang apa pada kulit anggur dapat mengurangi kadar estrogen sekaligus mengurangkan risiko pengembangan kanser payudara.

4) Makan brokoli mentah.
          Ha lepas ni habis la brokoli kat pasar tu kita p borong...hehe. Semua sayur pun ada manfaatnya. termasuk la si brokoli ni.. Sayuran jenis ini mampu memberi perlindungan ekstra pada payudara contohnya brokoli dan kale (sejenis kol hijau). Sayuran ini mengandung sulforaphane, yang boleh membantu mencegah pembelahan sel-sel kanser. Agar efeknya dalam melawan kanser bertambah kuat, makanlah dalam keadaan mentah. :)



5) Check keturunan anda
         Wanita yang pernah mengidap kanser payudara memang tidak secara automatik akan "mewariskan" penyakit ini pada anak-anak perempuannya. Tetapi, "Dari sekitar 15% kes kanser payudara, ada riwayat keluarga yang terkena penyakit tersebut," kata Freeman. Jika anda memiliki seorang anggota keluarga tingkat pertama (maksudnya atas pada kita,mak/makcik/lain-lain) yang pernah mengidap kanser payudara, risiko anda memang tinggi. Jika ada dua anggota keluarga yang terkena, risiko anda meningkat lima kali ganda.

6. Pilih coli/bra yang betul
         Ha yang ni penting sebabnya kita pakai benda alah ni sampai dewasa kan?? So kena pandai pilih coli yang bersesuaian dengan kita. Macam ni ye nak tentukan saiz coli kita :

BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-




Langkah 1

1) Pakai coli semasa mengukur

2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jka anda mndpt nombor genap, tmbah 4 inci.Jka anda mndpat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sbg contoh:

Jka ukuran anda adalah = 31"

Tambah = 5"

Jadi saiz coli anda = 36"




Langkah 2

Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jka nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.


Bagaimana menentukan saiz cup anda:-

1. Saiz coli +0" = Cup A

2. Saiz coli +1" = Cup B

3. Saiz coli +2" = Cup C

4. Saiz coli +3" = Cup D

5. Saiz coli +4" = Cup E        



7) Pemeriksaan berkala
          Kalau rasa ada tanda-tanda kanser payudara kat diri kita,cepat-cepat pergi hospital untuk buat pemeriksaan. Takpun kita boleh buat sendiri pemeriksaan payudara di rumah.






Mulalah daripada sekarang. Jaga kesihatan anda,jauhi gaya hidup yang tidak sihat :)