29 April 2011

DOWN!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aku DOWN terus bila tengok status aku jadi ahli biasa dalam nuffnang!! Sebelum ni elok ja status aku glitter2 tu... Baru ja nak send tiket tanya screening kat Penang dah tak de ke, terus tukar antar tiket tanya kenapa status bertukar.

Nak tido..

Ni Semua Salah Makcik Kantin...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kenapa tiba-tiba emo menguasai diri bila menaip TAJUK entri ini??? Ha...  Bukan emo la.. Tak emo pun.. Tertekan je..heh

Seperti semua orang sedia maklum, isu pelajar-pelajar obesiti dan mengidap diabetis semakin hangat kebelakangan ni, dan masing-masing menunding jari ke arah satu sama lain... Kalau sesiapa yang baca paper Berita Harian hari ini, mesti dah baca pasal peniaga JAJAN digempur pihak berkuasa di seluruh negara kan... Rasa-rasa la kan, lepas ni ada lagi tak budak-budak yang obes lepas peniaga jajan ni digempur??

Tipu kalau cakap takde..


Okey sebenarnya aku sendiri yang belum ada anak ni, ada adik-adik yang masih sekolah dan hat bongsu adalah dalam kategori OBES rasa sangat2lah tak releven langkah yang diambil kerajaan iaitu dengan menggempur dan larangan penjualan makanan tidak berkhasiat yakni makanan ringan kat luar dan di kawasan sekolah.. Aku anggap, jalan penyelesaian ini hanya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa akibat desakan ramai..

Bukan menidakkan jauh sekali mempertikaikan keputusan kerajaan yang sememangnya no 1 dalam hati aku ni, cumanya banyak lagi faktor lain yang kita perlu pertimbangkan. Apa pun, semuanya berpunca dari rumah dan tanggungjawab ibu bapa yang mendidik anak-anak cara pemakanan bagaimana yang bagus untuk kesihatan anak-anak mereka. Ye la nak salahkan pakcik jual jajan tu, dia jual je, anak kau yang pergi beli kopok Super Ring sampai gigi pun dah kaler merah dah.. Duit beli kopok tu, sapa yang bagi??? Takkan pakcik guard kot??? Lagi satu, sekolah mana kantin sekolah dia masak sedap??? Aku rasa cam kebanyakkan kantin tak sedap la diorang masak. Sambal ceroi, ikan bilis ciput, telur senipis yang boleh. Mahal pulak tu.. Masa aku sekolah dulu, aku tak pernah pun g makan kat kantin. Semua balun kat dewan makan je... Sebabnya jumpa ekor cicak dalam nasi lemak. * Muntah!

Patut ke kita salahkan makcik kantin? Ke nak bakor je???

Gaya hidup ibu bapa kadang terbawa sampai ke anak. Ada aku tengok mak bapak usung anak pukul 12tgh mlam lebih lepak Uptown,dah lepak2 lapar, mesti mau kena nasi goreng sepinggan 2 kan? Fast Food yang 24hours lagi la, MAMAK dah sah-sah la kan... Ha kes macam tu macam mana pulak?

Adik aku start obes bila dia dah pandai dah goreng telur sendiri ( i mean telur ayam ok)... Bila dah pandai guna dapur tu, mula la,tengah2 malam dengar orang dok slurp slurp hirup kuah megi tomyam, asal lapar je dia goreng telur, lapar goreng, goreng lapar... Pastu budak2 tahap nak membesar ni kau cakap la apa pun, bukan dia nak dengar. Sampaikan sepupu aku check gula dia, mak ai.... Tinggi ya amat,lebih dari mak aku lagi.. Pastu insaf la KEJAP, seminggu lepas tu, buat balik...

Rasanya kerajaan kena cari alternatif lain jgk untuk tangani masalah ni, bukan just tunding dekat kantin dan pakcik jual jajan je, iklan tv, restaurant2 lain, segalanyalah perlu dipertimbangkan. Banyak cara yang kita boleh laksanakan contohnya seperti buat kartun macam upin ipin tu atau boboiboy tapi cerita pasal cara/makanan-makanan yang berkhasiat dan cara hidup sihat la. Budak-budak kalau dengan kartun, mesti tak miss punya... Lagi satu, kalau time sekolah ada latihan sukan, mak bapak silalah pastikan anak-anak hadir ye, sebabnya dengan bersukan juga kita dpat mengelakkan anak2 menjadi obes. Jangan pula time ada latihan sukan je mak cakap, tak payah p la. Buang masa....

Buang masa tu la yang buang lemak makcik!!!


Iklan...




  

28 April 2011

takde entri pun trafik cenggini ha!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama kagum dengan owner blog ni lepas Ben Ashaari. Takde entri pun statistik blog dia macam ni ha...




Korang kalau tengah bermuram durja ka, berdukacita ka, putus cinta ka,silalah menjenguk blog beliau. Gerenti terobat hati..hehe

27 April 2011

Kita Tengok Siapa Yang Kena... ^__^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang ada baca entri melekat aku tak pasal ni? Ha kalau tak baca lagi, sila pergi BACA sekarang... Okey lepas tu ada lagi entri pasal lagi RM5 nak boleh cash out kan??? tak baca jugak... haip haip nak kena nie... okey pergi baca cepat!!!!!!



Hari nie, dah cukup RM5. 



So aku dah cash out tadi, tunggu pengesahan dari pihak iPanelonline je...
Benda ni tak mengganggu Nuffnang LANGSUNG. kita just menjawab survey yang dihantar kepada kita dan kita akan diberi point/mata untuk dikumpulkan. 500 mata = RM5. Lagi banyak jawab survey,lagi banyak la mata yang dapat dikumpulkan.. Boleh la korang tebus mata nanti dalam bentuk wang tunai.. 

Ramai yang tak percaya. So sekarang aku nak buktikan.. Aku tak nak kita hanya mengharap rezeki daripada satu jalan sahaja padahal ada banyak jalan lagi yang kita boleh dapatkan rezeki tu, dan yang penting dari jalan yang betul.

Daftar je dulu, free tak kena bayar pun..nanti bosan-bosan korang leh cuba jawab soalan survey dia,dan tengok mata korang bertambah tak,then kalau cukup 500 mata,try cash out tgk... OK? 

sama-samalah kita berusaha dan berjaya...

26 April 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah yang Sedang dan Pernah Berkhidmat di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bukan Siswazah dan Siswazah di SK, SJKC dan SJKT bagi Tahun 2011. Tawaran ini adalah dibuka kepada semua GSTT yang sedang dan pernah berkhidmat diSK, SJKC dan SJKT yang memenuhi syarat asas/syarat pelantikan, opsyen serta melepasi prosedur pengambilan guru.
Bidang-bidang kursus yang ditawarkan ialah:
1. Bahasa Inggeris – SK,SJKC dan SJKT
2. Bahasa Tamil – SK
3. Bahasa Cina – SK
4. Bahasa Arab – SK
5. Bahasa Iban – SK
6. Bahasa Kadazandusun – Sk


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada atau sebelum 16 Mei 2011.