30 Januari 2011

DUN Tenang (N05) Milik Barisan Nasional!!!

Calon BN Menang Besar dengan majoriti 3707 undi. Tahniah diucapkan kepada ADUN Rasmi DUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang berjaya mengalahkan calon daripada PAS iaitu Normala Sudirman.



 Azahar yang dilahirkan di Labis memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Portsmouth.


Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dan sebelum itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat dan Penolong Pentadbir Tanah Kluang.
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.
 
Begitulah angin politik kita. Kadang-kadang dunia politik yang tidak stabil pada ketika ini boleh memberi kesan buruk kepada para remaja kini. Lihat sahaja contoh tentang novel Interlok yang menjadi isu kepada kaum India padahal perkataan yang digunakan sudah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu tanpa dipertikaikan.
 
Begitu juga dengan bantahan oleh seorang peguam bukan Muslim tentang laungan azan di Pantai Dalam. Sekian lama penduduk-penduduk berbilang kaum tinggal di Pantai Dalam dengan harmoni,kenapa tiba-tiba isu itu boleh dibangkitkan? Mungkin kurangnya nilai-nilai kemanusiaan dan menghormati dalam diri rakyat Malaysia pada masa kini menyebabkan masalah ini semakin meruncing..
 
Apapun, sokongan penuh kepada pihak kerajaan iaitu kerajaan Barisan Nasional untuk terus memajukan Malaysia...

nak belon nie!!!
 
Oh kejap.
Kalau sesiapa berminat membaca komen mengenai isu laungan azan ini,boleh tekan SINI atau SINI
 
Terima Kasih...  

Tiada ulasan: