30 Januari 2011

Pengambilan GSTT Tahun 2011

Sebabnya hari ini mahu pulang memancing di kampung,awal-awal pagi emak sudah membangunkan anaknya ini... On the way nak balik kampung tu kena hantar abah pergi Seminar dekat Sekolah Sains Kubang Pasu dulu,selepas itu barulah bertolak pulang ke Perlis...

Pukul 1135am,bertempat di Rumah Makteh Con,henponku menyanyi riang lagu " Tentang Seseorang" ost dari filem 'Ada Apa Dengan Cinta'. Ku angkat ku tanya " Siapa itu? " Rupanya rakan x-gstt SMK Bandar yang call, Suraya. Tak dan ( tak sempat ) nak "wei lama tak dengaq brita,buat pa la ni?" terus dia kata "Qeat isi tak lagi borang GSTT 2011 online kat website ppdkmy? Tarikh tutup 30 haribulan before 12.00pm.
What the......... Aku nak isi macam mananya dah aku kat kampung ni. laptop internet wireless suma mana ada... Bengong. Nasib la kawan aku tu sedia membantu. Lepas tu terus aku draf msg and terus forward dekat member-member x-gstt 2010 dan sapa-sapa yang teringin nak jadi gstt untuk tahun 2011.

sabo-sabo

Kepada semua x-gstt,rajin-rajinlah lawati laman sesawang yang penuh sawang ppd daerah masing-masing.Kadang-kadang diorang malas nak layan manusia yang datang bertanya kat kaunter pertanyaan pejabat pendidikan daerah tu (nama pun kaunter pertanyaan) and prefer upload all the form in their website.

Nasib baiksempat tadi,kalau x-gstt daerah KM/Y yang tak sempat submit form tu tadi,sila lah ke ppd untuk pertanyaan lanjut. Maaf la kalau saya tak inform korang awal,tadi masih di kampung.

Jangan risau,insyaallah ada rezeki,kita semua akan berjaya.

Amin...    

Tiada ulasan: