22 Mac 2011

~daripadaNYA kita datang,kepadaNYA kita kembali~

BELANGSUKAWA

di kala entri ini diterbitkan,aku sudah tertidur keletihan...ZZZzzzz...

Riuh rendah rumah bercat kuning di Kampung Guar Jentik jika semua saudara mara berkumpul di sana,tuan rumah sentiasa ceria menyambut setiap tetamu yang hadir,itulah pak ndak din atau Encik Saidin,yang kembali ke rahmatullah pada hari ini... Pak ndak yang sentiasa ceria,sentiasa membuatkan kami baik yang tua mahupun yang muda tidak kering gusi dengan gaya percakapannya dan juga usikannya. Pak ndak juga seorang yang kuat bekeja dan sporting dengan semua... Pak ndak yang minuman kegemarannya adalah kopi kawww,pak ndak yang suka makan nasi dengan garam,pak ndak yang sukakan dan kasihkan binatang. Ingat tak lagi kontest kucing comel yang aku join tempoh hari? kucing tu adalah salah seekor dari kucing peliharaan pak ndak din la... try ke ENTRI ni kalau nak tau...

Kali terakhir jumpa Pak Ndak Din masa nak ke Wang Kelian ari tu,boleh ke SINI kalau nak baca... Pemandu pelancong masa tu adalah mak Ndak..Pak Ndak katanya ada hal yang perlu dibuat,so tak boleh temankan. Hari Khamis lepas, last mak cakap dengan Pak Ndak Din,katanya dia tersalah dail no phone...itulah kali terakhir kami bercakap,tengok2 tadi diberitahu Pak Ndak dah takdak. Pandak selalu pesan kat anak buah cucu cicit dia,lelaki takleh nangis,kena kuat,sebab lelaki adalah CHAMPION...itu kata2 azimat pakndak yang kami sering guraukan dengan arwah...perkataan CHAMPION tak pernah lekang dari bibirnya... Sehinggalah bila diberitahu paru-parunya telah hitam dan injap jantung telah rosak akibat terlalu kuat merokok,Pak Ndak tetap dengan gurauannya,lelaki adalah CHAMPION,sakit-sakit tu sikit ja....

Bila pulang ke rumah pula,terkejut aku kerana 3ekor anak arnab aku juga mati,sebab kematian yang tidak diketahui puncanya...sdih sangat-sangat..di kala entri ini ditulis,air mata mengalir tanpa henti... Kesedihan berganda-ganda hari ni kerana arnab-arnab tersebut telah aku jaga sepenuh hati,syang sangat sebab aku yang jaga dari kecil lagi...memang aku agak fobia dengan kematian. tambah2 bila melibatkan benda bernyawa di sekeliling kita... Sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapinya... Hanya pada tuhan aku berserah dan memohon kekuatan...

Setiap yang bernyawa,pasti akan mati... Ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan...





Al Fatihah untuk arwah Pak Ndak Din,semoga rohnya dicucuri rahmat....

Si Gebu, Si Panda dengan Pak Itam,maaf kerana tidak berjaya menjaga kamu sehingga dewasa...mungkin kamu akan lebih aman di sana...

10 ulasan:

Unknown berkata...

innalillah...
semoga arwah pak ndak dicucuri rahmatNya...

☀ Izzaty Hedry☀ berkata...

al fatihah....

ikhyar follower zaty y ke 200...!..meh tgk kt c ney

http://cekedismanis.blogspot.com/2011/03/sapa-follower-btuah-ak-y-ke-200-ney-erk.html

ksi zaty gmbaq taw zaty nk buat header sbgai fllowr ke 200... :)

☀ Izzaty Hedry☀ berkata...

eh2.. meh tgk kt c ney lh snng...;p


http://cekedismanis.blogspot.com/2011/03/follower-ke-200.html

Nadia berkata...

inalillah..moga paknadak tenang dan dirahmati allah kat sana amin.....

mie berkata...

alfatihah..
setiap yang datang pasti akan pergi...

nur ikhyar dee berkata...

@ShazlinaSaad

insyaallah....

nur ikhyar dee berkata...

@? Izzaty Hedry?

wah dalam bersedih ada gembia juga..tak sangka bertuah ^_^

nur ikhyar dee berkata...

@? Izzaty Hedry?

hehehe

okies dear ^_^

nur ikhyar dee berkata...

@N@di@

moga-moga...
aminnn....

nur ikhyar dee berkata...

@mie

ya betul..
setiap yang datang pasti pegi dan
setiap yang hidup pasti mati...