02 April 2011

nak tunjuk skill sikit la...

Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca...



Sebabnya dua tiga hari ni takdak idea nak terbitkan entri apa,makanya aku nak berkongsi resepi dengan pembaca semua lah...tak pernah lagi ni kongsi resepi dengan korang,sebabnya bukannya pandai sangat memasak pun,takat masak makan seisi keluarga boleh la...hehehe

Maaf ye,skill memasak saya tak sehebat Auntie Nani...






lunch menu for today

sayur campur masak sos hailam

sayur campur masak sos hailam

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kobis China(kobis yang bulat kecil tu)
Brokoli
Lobak merah(parutkan)
Sedikit isi ayam
Bawang Putih 2ulas
Sedikit halia
Sos tiram

Cara-cara Memasak:

1. Brokoli yang dipotong direbus dahulu dengan air yang dicampur sedikit minyak,kemudian angkat,lalukan brokoli tersebut pada air yang sejuk(untuk kekalkan warna hijau dia)

2. Panaskan minyak,kemudian tumis bawang putih yang ditumbuk kasar bersama halia sehingga kekuningan
3. Bila hampir kekuningan,masukkan isi ayam,tunggu sehingga hampir masak kemudian masukkan sos tiram(kuantiti ikut sendiri ye) dan kacau di dalam kuali..Time ni nanti dia akan percik-percik sikit,then masukkan kubis yang dipotong petak dan juga lobak yang diparut.
4. Kalau nak kuah banyak,tambahkan air sahaja,ikut kuantiti yang diperlukan.
5. Kemudian ambil setengah sudu besar tepung jagung,bancuh dengan air dan tuangkan ke dalam kuali(untuk pekatkan kuah)
6. Touch up dengan garam dan serbuk perasa,dan bila dah sedap,tuangkan kuah tiram ni pada brokoli...
7. Sedia untuk dihidangkan ^_^


sambal ayam
Bahan-bahan:
1. Ayam (ikut suka banyak mana,potong saiz sederhana)
2. Bawang besar, bawang putih 2 ulas
3. Cili kering

Cara-cara memasak:

1. Blend bawang besar,bawang putih dan cili kering sehingga hancur
(selalu saya dah ada stok cili mesin dalam peti ais,so just amik and masukkan dalam blender ja,lagi senang )
2. Panaskan minyak,then tumiskan bahan blend tadi...
3. Tunggu hingga pecah minyak,sedapkan dengan perasa,garam dan gula,serta sedikit air asam jawa
4. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga masak
(Aku prefer masak macam ni sebab nanti ayam tu lembut and senang nak makan,kalau nak goreng dulu pun takpa,nanti sambal tu korang tuangkan je pada ayam yang dah siap digoreng tadi)
5. Siap untuk dimakan...


SELAMAT MENCUBA...

4 ulasan:

amny berkata...

gulp....kecur airliurku...!!
huhuh^^

Unknown berkata...

sedap..terliur la plak.huhuh

nur ikhyar dee berkata...

@amny

gulp!
kecur air liurku jugak...
hehe

nur ikhyar dee berkata...

@ShazlinaSaad

mai gurun nanti orang masak kat akak
^_^