Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

12 Mac 2011

ada apa dengan PANDA

Tengah tengok tv3 ke sekarang?rumah saya tiada siaran berbayar Astro,so menonton drama-drama dan cerita dalam siaran percuma ja la...hehe. Sekarang tengah ditayangkan cerita Panda di tv3..tengok tak?? Saya tak tengok pun,haha (jahat) bukan apa,takut teringat kat seseorang...

Eh apa kaitan panda dengan seseorang pulak? HEHEHE... panda merupakan seseorang yang istimewa buat saya... Saya bagi gelaran Panda dekat dia selepas menonton Cerita Kungfu Panda dulu-dulu... ada persamaan antara panda dalam muvie tu dengan panda saya... Cuba teka tang mana??kuikui...

panda betul


panda mencik *_*

Sedikit Info mengenai PANDA

Panda Gergasi (bahasa Cina: 熊貓; pinyin: xióng māo), Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih = black-and-white cat-foot"), merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China.


Nama Cinanya bererti "beruang-kucing," dan boleh juga dibaca terbalik bagi maksud yang sama. Julukan dunia Barat dinamakan menurut Panda Merah. Ia dahulunya dikenali sebagai Beruang Bersalin Kulit - Mottled Bear (Ailuropus melanoleucus).

Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana pandas diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan.


Panda Gergasi juga merupakan saudara jauh Panda Merah, tetapi perkongsian nama kelihatannya diambil dari diet buluh yang sama. Sehingga kaitannya dengan Panda Merah diketahui pada 1901, Panda Gergasi dikenali sebagai beruang separuh warna.

06 Mac 2011

DRIVE ANGRY best tapi........

kenapa ada tapi?

agak-agak?

hehe


ok dalam crita drive angry ni,nicholas cage ni kembali ke bumi dari neraka (kononnya) untuk menuntut bela atas kematian anak kesayangannya dan menyelamatkan cucunya daripada menjadi korban Jonah King. (betul kot nama dia nie). Kalau dulu dalam ghost rider tu dia bawa  moto kan,tapi kali ni dia bawa kereta pula dengan satu awek cun ni..

nak tahu lagi lanjut,sila ke pawagam berhampiran anda...full pack of action that can blow you out.. ^_^


yang tak bestnya,masa screening tu,ada budak-budak/student under 18 pun dibenarkan masuk juga. yala tiket free kan,tak kan nak tapis blogger mana yang bawah umur takleh join, tapi sepatutnya nuffnang kena start buat macam tu dah,contoh terdekat cerita ni la,memang agak ganas even pada permulaan cerita,pastu dengan mencarutnya,dengan adengan seks yang tak dipotong dan macam-macam lagi la...kalau yang dewasa ni ok la sebab dah boleh judge mana baik mana buruk,tapi tak bermakna yang dewasa nie boleh tengok yang 18sx punya...hehehe

Lagi satu,ada nuffnanger/blogger yang dapat tiket free ni ada yang bawa anak kecil. Pada pendapat aku lagi la tak sesuai. Sebabnya kesian dengan budak-budak kecik ni,dah diajar tengok cerita-cerita yang ganas dan adengan 18sx lagi,pastu dengan mencarutnya...ish...ish...ish...

Sebelah seat aku ada la encik tu bawak wife dengan anak dia yang baru nak belajar cakap,pastu bila part yang ganas-ganas potong tangan la telinga koyak la,aku dengan mencik pandang je budak tu tengok reaksi dia macam mana,budak tu tengok skrin tak berkelip...natah apa yang dipikirnya. Budak-budak nie dia cepat belajar tau,takut bila diajar tengok cerita cenggitu dia terbawa-bawa pula...

 Apapun,kalau nak layan cerita aksi...cerita nie ok..boleh layan lagi...cuma kena tahan telinga dengar carut marut dia ja la...hehehe


sapa tak pernah sampai first venue,inilah dia tempatnya...


poster drive angry

poyo lepas claim tiket,amik gambar nak tayang kat korang hehe


inilah rupanya pas premier screening ye

1st Avenue ni tinggi tau,cantik pemandangannya,nampak laut...


_tHe EnD_



03 Mac 2011

aku sudah menang,anda bila lagi???

macam menang isi minyak kat shell je..hehe

seminggu ini,kehidupan seharian sangatlah sibuk,sampai tak sempat nak update entri dan blogwalking. kepada sesiapa yang dah follow aku then aku tak follow korang lagi just tinggalkan link kat mana-mana ruangan komen je k,nanti aku g follow mung :)

tapi yang cakap dah follow aku but sebenarnya tak pun,hi hi bye bye.

berbalik pada tajuk.memang sudah menang. Menang contest pelaut terlampau pilihan [KPTP]




nak tengok prize dia? jap..


pinjam dari mie
target hard rock punya button,tapi tak tahu dapat ke tak..hehehe

nak baca tak story aku? kelip kelip ku sangka api...sila KLIK kalau nak tahu lagi *_*

apapun,thanks la dekat pelaut terlampau sebabnya sudi memenangkan aku..hakhak...jangan marah ye....
ini second time aku dapat sumthing hasil dari berblog,hari tu dapat tiket free nuffnang bagi...apa-apa pun,alhamdulillah...

25 Februari 2011

TERUJA dengan tiket free nuffnang *_*


Pihak Nuffnang bermurah hati memberikan tiket wayang movie 'Drive Angry' lakonan Nicholas Cage kepada aku. Itu pun setelah aku memerah otak memulas keringat menghasilkan slogan bagi memenuhi permintaan untuk dapatkan tiket free ini. Dan alhamdulillah,berjaya!! (^_^)



Jujur cakap,first time ni dapat tiket wayang free...hehe. Yang orang belanja tak kira la kan.... Agak excited nak pergi tengok esok kat TGV 1st Avenue,Penang. Shopping Complex baru berdekatan dengan Komtar. Dulu dah pernah pergi dah !st Avenue ni, tapi masa tu kedai tak banyak buka lagi... Kali ni tak tahu la,kena tunggu esok la baru boleh 'habaq'.

Tak sia-sia juga aku join nuffnang ni,walaupun tak lagi dapat yang orang kata BE BE tu,tapi dah dapat tiket free ni pun kira alhamdulillah la kan bagi orang baru mcm aku nie... Harap-harap pihak nuffnang akan terus anjurkan event untuk kawasan luar KL lagi untuk bagi peluang kat blogger-blogger luar KL dan Selangor  untuk join...

eH dengarnya deQdEq pun dapat tiket free jugak tapi dari churpchurp...ce cite....ce cite....


NUFFNANG ROCKK!!!!!