Dua tiga hari ini asyik hujan sahaja,kalau di Kedah, rasanya dah tiga hari hujan turun tanpa henti,bermula dari hari Sabtu lepas lagi... Kalau siangnya terik,petang nanti mula la mendung berarak kelabu,dan hujan pun turun dengan lebatnya...
Sesetengah tempat mungkin menganggap hujan adalah rahmat dari tuhan...mcam kita pun sama la,kalau time panas-panas sampai kering tekak,mesti berharap "bila la hujan nak turun nie". Tapi bila hujan dah turun tak henti-henti,ayatnya jadi macam ni pulok " la.....hujan lagi".
Lumrah manusia...aku pun kekadang macam tu jugak...hehehe. Cumanya bila hujan turun tanpa henti,dah ramai yang mula risau... Macam sekarang, dengarnya Terengganu dah dilanda banjir.... akibat taburan hujan luar biasa ni, dan berita yang baru diterima daripada kawan di Perlis,air dah mula naik dah terutamanya di kangar,Arau dan Padang Besar..
Adik aku yang belajar kat UITM Arau pun dah call tadi,katanya pihak universiti dah arahkan pelajar-pelajar dia pulang ke rumah memandangkan keadaan banjir dah semakin buruk... Sapa-sapa yang tak dapat balik,diminta untuk stand by makanan dan bekalan air mineral yang mencukupi,takut terputus syok...
Dan kepada ibu bapa sekalian,pada musim hujan ni,awasilah anak anda,sebab malang tidak berbau... jangan menyesal di kemudian hari....
SUMBER DARI enciknakal, BHOnline
senang cerita, sila KLIK